BAB 33
KETIKA aku dalam perjalanan pulang ke pejabat, ada mesej dari Aidan masuk di Whatsapp. Bibir terus menguntum senyuman tanpa sedar. Aplikasi tersebut dibuka lalu aku membaca mesej tersebut.
Aidan: Assalammualaikum, dah habis meeting?
Elle: Waalaikumsalam. Dah, tengah on the way nak balik.
Aidan: Jom keluar lunch. I miss you.
Di saat ini senyuman aku masih tidak lekang di bibir. Orang tengah bahagia, semuanya indah belaka. Haha. Terus aku menaip balas tanda setuju untuk keluar dengannya. Sementara Aidan menghabiskan cutinya, bolehlah kami keluar walau hanya makan tengahari bersama. Bila sudah jauh, pasti aku akan merindui momen-momen sebagai pasangan kekasih.
“Hah!” Sheera menyergah.
Hampir gugur jantung sendiri dek terkejut. Aku menoleh ke arah Sheera yang duduk di sebelahku.
“Sheera!” Aku sebut namanya, tidak tahu hendak marah atau apa.
Sheera sengih.
“Sorrylah weh. Aku dok perhati dari tadi. Kemain senyum lebar. Tengah mesej dengan marka ke tu?” Sheera menyusun jemarinya tanda memohon maaf kerana menyergahku tiba-tiba.
Aku mengangguk, senyum terbit lagi di wajahku.
“Elok dah ni…”
“Apa yang eloknya?” Aku mengerutkan dahi, tidak mengerti.
“Elok dah suruh marka hang masuk meminang!” Sheera membalas.
Aku menampar bahunya. “Hang ni! Kami baru declare tau? Nampak gelojoh pulak kalau macam tu!” Kenal sudah lama tetapi untuk ke arah itu, aku perlu tunggu Aidan.
“Love after nikah lagi syok! Boleh pegang-pegang, cium…”
“Asheera!” Aku menjegilkan mata. Malu tidak terkira mendengarkan usikan dari rakan satu department denganku ini.
Sheera gelak secara perlahan. Kami berdua duduk di seat belakang sekali kerana hari ini bos besar bermurah hati membawa kereta MPV kepunyaannya untuk ke syarikat klien.
“Aku melawak je. Tapi lagi sweet tau bercinta lepas kahwin!” Dia masih mahu menyambung.
Aku mengangguk tanda mengiakan kata-katanya. “Terima kasihlah, Sheera. Aku tunggu je marka aku tu masuk meminang,” kataku dengan harapan untuk menamatkan usikan dia yang membuatkan wajahku berona merah.
“Amin!”
*****
TEPAT PUKUL 12 tengahari, aku menggalas beg tangan dan melangkah untuk keluar dari pejabat. Sejak sampai di pejabat, aku tidak mampu fokus untuk melakukan sebarang tugas. Fikiranku asyik melayang ke arah si jejaka kacukan Melayu-Inggeris yang sudah berjanji untuk keluar makan bersama. Bukan tidak pernah berjumpa, baru saja beberapa hari lepas kami bertemu, tapi biasalah peel orang bercinta ini. Rasa rindu kian menggebu. Bagaimanalah kalau Aidan sudah pulang ke London semula? Mesti jadi kangen banget!
“Wah, ada orang tak nampak member dia dah lepas ada boyfriend ni!” Satu suara menerjah ke pendengaranku. Suara seperti suara Dilla, rakan rapatku di pejabat.
Aku memusingkan tubuhku dan mendapati Kamelia, Hani dan Dilla berada di belakangku. “Hai korang.” Senyuman terukir untuk mereka.
“Kau ni Dilla, chill ah! Member tengah bahagia tu! Kasi chance…” Kamelia menyenggol lengan Dilla yang berdiri di sebelahnya.
“Saja nak mengusik! Jangan ambil hati eh?” Dilla berdiri di sebelahku lalu mengurut lenganku. Sengihan terukir di wajahnya.
Aku tidak terasa kerana biasa mendengar usikan kawanku ini. Awal tadi sudah aku beritahu mereka yang aku akan keluar makan tengahari bersama Aidan melalui WhatsApp.
Kami keluar dari pejabat bersama-sama dan menunggu lif untuk turun ke tingkat bawah. Kami berborak seperti kebiasaan kalau berjumpa.
“Kirim salam dekat pakwe kau tu! Nanti ajaklah dia berkenalan dengan kitorang,” Sempat Kamelia menitipkan pesan sebelum kami berpisah di tingkat bawah.
Aku mengangguk. Setelah melihat bayangan mereka hilang dari pandangan, aku menyeluk telefon pintar sambil menantikan kedatangan Aidan.
Telefon pintarku berdering, aku menjawab panggilan dari Aidan.
“Dear, lagi 5 minit. I’m sorry, tadi jammed pula dari kondo,” Setelah memberi salam, dia memberitahu keberadaannya.
“Tak mengapa, drive elok-elok. Saya tunggu,” Pesanku dengan lembut.
“Okey, dear. Can’t wait to see you,” Balas Aidan.
Aku menundukkan wajah dengan satu senyuman. Wajah membahang mendengarkan kata-katanya itu. Kedengaran biasa tetapi jadi luar biasa bila si dia yang menuturkannya. Sungguh hatiku sudah bergolek kerana dipanah asmara.
Aku menunggu kedatangan Aidan sambil memeriksa laman media sosial kepunyaanku.
Tiba-tiba aku berasa seolah sedang diperhatikan. Aku mengangkat kepala dan ada seseorang berdiri tidak jauh dariku. Sebelah tangan naik ke dada kerana terkejut. Kaki bergerak ke belakang untuk menjarakkan diri.
“Eddie?” Kemunculan dia tidak aku duga.
Sebelum ini dia menelefonku melalui nombor lain. Mati-mati aku ingat scammer, rupanya dia! Kali ini dia muncul di hadapanku setelah sekian lama.
“Awak apa khabar? Makin cantik saya tengok lepas lama tak jumpa,” Eddie bertanya dengan ramah, ada senyum di wajahnya. Seolah apa yang berlaku beberapa bulan dulu tidak membawa kesan terhadap kehidupan masing-masing.
Aku menegakkan tubuhku, terasa diriku sedang berusaha melindungi diri sendiri. Aku pandang kiri dan kanan. Kawasan di sekitar bangunan yang menempatkan pejabatku ini sedikit sunyi kerana tidak banyak kedai buka kecuali kedai mamak yang selang beberapa buah kedai.
“Elle…”
“Saya minta maaf. Saya tahu apa yang saya buat tu dah lukakan hati awak. I was confused,” Ucapnya dengan wajah kesal.
Keliru? Apa benda dia kelirukan kalau hatinya sudah ada orang lain? Aku masih ingat selepas Eddie meminta putus, aku nampak dengan mataku sendiri yang dia keluar dengan wanita lain.
“Maaf tapi saya dah move on.” Tegas aku memberitahu Eddie.
“Awak terima tak jambangan bunga tu? How was it? Do you like it?” Eddie seolah-olah buat pekak dengan kata-kataku. Wajahnya bertukar ceria semula. Ia membuatkan aku jadi resah untuk berlama di sini.
“Eddie Afzan! Awak ni pekak ke apa? Saya tak nak sambung apa-apa lagi dengan awak! We’re done from that day!” Sekali lagi aku bertegas supaya dia sedar bahawa kami sudah tiada hubungan lagi.
“Elle! Berapa lama kita bercinta? 3 tahun! Awak tak sayangkan memori kita sepanjang bercinta ke?”
Rasa mual, aku rasa mahu termuntah mendengarkan kata-katanya. Tiga tahun yang sia-sia bagiku.
“Saya dah ada teman lelaki. Abah dan mama saya pun dah jumpa dengan dia. Tak lama lagi kami akan bertunang,” Separuh benar dan separuh lagi aku reka, mahu Eddie berhenti dan beredar sebelum Aidan sampai.
“No! Awak tipu saya! Memori sepanjang kita bercinta, takkan awak dah lupakan semuanya?” Wajah Eddie bertukar rona, dia kelihatan bengang mendengar kata-kataku.
Aidan! Mana Aidan? Hatiku terus menyebut namanya.
Rasa kesal menghurung diri kerana turun lebih awal. Sungguh aku tidak menyangka orang lain yang muncul. Dalam hati aku berdoa agar Aidan lekas sampai dan kami terus pergi ke mana-mana untuk makan tengahari.
“Elle…”
Mataku membundar. Eddie semakin ingin mendekatiku. Aku cepat-cepat berlari ke arah lain.
Patutnya aku naik semula ke atas. Sekali lagi rasa kesal hadir. Kenapalah jadi begini?
“Elle, awak tak boleh jadi milik orang lain! I’m back to be yours again!” Laung Eddie bagai orang tidak betul.
Aku menjerit sekuat hati. Tidak peduli jika orang lain atau sesiapa yang berdekatan mendengarnya. Asalkan ada orang tahu ada sesuatu sedang berlaku.
“Elle!” Eddie cuba mendekati diriku lagi.
Aku berlari dan turun melalui tangga yang ada di hadapan bangunan tanpa menoleh. Aku perlu jauh dari Eddie!
Tiba di tangga akhir, aku terlanggar seseorang. Haruman cologne yang biasa aku bau membuatkan esakan kecil terkeluar dari bibirku.
“Aidan…” Akhirnya dia sampai juga.
“Elle!”
“Dear? Apa dah jadi ni?” Aidan memegang lenganku. Tanpa berfikir panjang, aku terus bergerak dan menyembunyikan diriku di belakangnya. Panggilan Eddie membuatkan tubuhku jadi menggigil. Tingkah Eddie menakutkan diriku ketika ini.
“Kau siapa? Elle? Come back to me!” Aku langsung tidak mengendahkan panggilan daripada Eddie.
“Aku yang patut tanya kau siapa. Kenapa kau kacau bakal tunang aku?” Suara Aidan dingin.
“Bakal tunang? Hah! What a joke!” Eddie menghamburkan tawa. Dia ingat kata-kata Aidan itu kelakar agaknya.
“Yes, Elle is my future wife. Do I have time to joke around?”
“Hei, Elle tu girlfriend aku! Kami bercinta dari zaman uni lagi!” Ujar Eddie tanpa rasa malu. Mahu saja aku tanggalkan kasut tumit tinggi kepunyaanku dan baling ke arahnya. Biar otaknya itu membetulkan semula sel-sel yang terputus!
Dalam rasa takut, terfikir juga aku hendak mencederakan si Eddie itu.
“Elle, get in the car. Biar saya uruskan your trash ex-boyfriend,” Tanpa menoleh ke arahku, Aidan memberi arahan. Kunci kereta diserahkan kepada kepadaku dari arah depan.
Akur, aku berjalan ke arah kereta jenama BMW yang tidak jauh dari bangunan yang menempatkan pejabatku. Lututku terasa lembut. Dada pula bergetar hebat kerana kejadian tadi. Mujur Aidan tiba akhirnya. Kalau tidak… aku mengucapkan istighfar berulang kali. Aku tidak mahu membayangkan apa akan terjadi seandainya Aidan tidak sampai lagi ketika ini.
Usai menghidupkan enjin kereta dan masuk ke bahagian penumpang, aku terus menyandarkan badanku ke kerusi. Dada masih berdebar, tangan menggeletar akibat rasa takut. Dahi terasa basah dengan peluh.
Mata dipejamkan dan aku menarik nafas untuk menenangkan diri sendiri. Bibir menyebut istighfar berulang kali. Mujur saja…
Eddie memang tahu pejabatku di mana kerana sejak dulu dia biasa menjemputku kalau dia ingin menemuiku. Lokasi tempat kerja kami jauh, sekali-sekala saja dia akan datang ke sini. Aku tidak menyangka dia akan datang untuk mengacau aku setelah kami putus.
Bukankah dia sudah bahagia dengan orang lain? Kenapa dia mahu menganggu aku lagi? Antara aku dan dia sudah lama tamat. Aku sudah menemui orang baru yang lebih menghargai diriku.
Bunyi pintu kereta dibuka membuatkan aku tersedar. Mata dibuka, Aidan sudah masuk ke dalam kenderaan kepunyaannya. Aku terus pandang dia.
Aidan menoleh ke arahku. “I’m sorry, dear.” Itu saja keluar dari mulutnya.
Wajahnya bertukar riak menjadi muram.
“Siapa sangka dia akan datang kacau saya.” Aku menggeleng. Selama berbulan aku tenang dan menghadapi kehidupan selepas diputuskan begitu saja, bekas teman lelaki datang dan cuba menakutkan diriku.
“Are you alright?” Soalnya dengan prihatin.
“I think I am?” Setelah cuba bertenang, rasa takut dan debaran di dada sudah berkurang.
“Apa yang awak lakukan dekat Eddie?”
“Saya bagi amaran. Kalau dia cuba ganggu awak lagi, saya akan suruh awak laporkan kepada polis terus.” Ujar Aidan dengan wajah tegas.
Aku senyum. “Terima kasih. I feel good hearing this.” Cair jugalah bila Aidan seakan melindungi biarpun dia yang berhadapan dan memberi amaran kepada Eddie.
Aidan ikut senyum, namun riak risau masih terpancar di wajahnya.
“Saya risau pula sebab saya pasti dia dah tahu tempat kerja awak,”
Aku diam, memikirkan sesuatu untuk sejenak.
“Nanti saya akan inform dekat kawan-kawan satu ofis dan mungkin akan beritahu majikan saya kalau perlu,” Aku pasti kawan-kawanku di pejabat bakal terkejut dengan apa yang terjadi kepadaku pada hari ini.
Selepas ini aku perlu lebih berhati-hati dan mungkin perlu keluar jika ditemani oleh kawan-kawan sepejabatku.
“Mungkin kita patut bertunang dan kahwin secepat mungkin,” Ujar Aidan tanpa berlapik.
Hah? Aku tercengang. Biar betul? Aku pandang Aidan dengan debaran di dada. Dia bergurau kan?
“Risau kalau apa-apa jadi dekat dear saya ni. Nasib saja saya sampai masa tu. Kalau tidak…” Aidan mengepalkan tangannya.
“Allah lindungi saya dan beri kesempatan untuk awak tiba pada masa tu.”
Mata kami bertembung. Aidan memberikan senyum dan aku juga begitu. Ya, di saat aku sedang dalam keadaan yang memerlukan, walaupun dia terlewat sedikit, Tuhan tetap membawa Aidan kepadaku.
Rasanya tak terlambat kot nak ucap Selamat Tahun Baru, walaupun dah seminggu, haha!
Selamat Tahun Baru 2024 untuk semua pembaca, semoga itu dan ini untuk kalian! <3
Enjoy bab baru Her Reckless Heart ni dan jangan lupa vote dan komen jika sudi :)
Semoga author dapat habiskan HRH dan fokus tulis cerita lain pulak! XD
No comments:
Post a Comment