“MORNING SEMUA!” Sapa Dilla ketika dia masuk ke ruang pantri di pejabat. Aku, Hani dan Kamelia serentak memandang Dilla. Hari Isnin minggu baharu, pada awal pagi sebelum mesyuarat mingguan bermula, Kamelia mengajak aku dan Hani minum di pantri.
“Amboi kemain happy, Dilla? Ada apa-apa ke?” Tanya Kamelia yang sedang mengisi air panas di hadapan mesin penapis air.
“Tak ada apa-apa, cuma aku happy lah minggu ni dah minggu gaji!” Balas Dilla dengan sengih di wajahnya.
Serentak itu aku, Kamelia dan Hani ketawa. Eh betullah bila diingatkan semula akan tarikh hari ini, lagi beberapa hari nak masuk gaji. Kerja di sektor swasta memang kena tunggu awal bulan baru masuk gaji.
Kami berbual mengenai hal semasa dan hal berkaitan kerja seperti kebiasaan.
“Eh Elle, weekend baru ni kau ke mana je? Aku ada nampak IG story kau post sesuatu.” Soal Dilla yang duduk di meja yang ada di pantri.
“Boyfriend aku ajak jogging weekend lepas,” Selamba aku menjawab.
Kedengaran ada yang batuk kerana tersedak air. Aku menoleh ke arah Kamelia. “Weh kau okey ke tak ni?” Terus aku menarik tisu yang ada di meja dan hulurkan kepada Kamelia.
“O...okey.” Kamelia mengelap mulutnya dan memandangku dengan rasa tidak percaya.
“Omg! Adakah ini pengumuman untuk geng kita?” Dilla seakan teruja. Dia pandang aku dengan gaya mahu aku beritahu lebih lagi mengenai perkembangan cerita cintaku.
“Kira soft launch lah ni,” Hani memberi komen, dia senyum kepadaku.
“Ni hard launch lah!” Kamelia bersuara setelah keadaannya sudah baik sedikit. Tak sangka pula dia boleh tersedak mendengar kata-kataku tadi. Maaflah Kay!
“Tak kisahlah secara lembut ke keras ke, yang penting kita bertiga dah tahu yang Elle dah kembali berpunya!” Dilla bersorak.
“Boyfriend kau tu yang naik BMW tu eh?” Risik Hani dengan senyum.
Aku mengangguk.
Dilla menepuk kedua belah tangannya. “Akhirnya! Sekarang kita tunggu panggilan kenduri dari Elle je!” Gaya macam dia yang terlebih teruja dari aku sendiri sebagai tuan punya badan.
“Haah lah! Kau kena inform kalau jadi!” Kamelia ikut serta, dia juga teruja seperti Dilla. Hani pula memerhatikan gelagat dua orang di hadapan kami ini. Dah jadi tempat bergosip pula pada pagi ini.
“Doakan ya. Baru je weekend hari itu dia jumpa family aku.” Aku senyum dengan rasa bahagia menjalar ke seluruh tubuhku. Baru dua hari berlalu tetapi aku masih rasa seolah sedang bermimpi, semuanya berlaku atas kehendak-Nya.
“Weh korang dengar tak? Dah sampai jumpa family dah!” Dilla mulai kecoh. Dia dan Kamelia memang jenis suka hype apa-apa perkara yang penting untuk kami berempat.
“Entah-entah tak lama dah dia nak panggil kita makan nasi minyak!” Kamelia menepuk meja di pantri, nasib tak kuat sehingga didengari oleh staf lain. Walaupun hanya ada kami berempat di pantri itu.
“Sabar ya korang, nanti aku ajak makan nasi minyak dekat kedai mamak.” Aku sengaja membuat lawak mahu mengenakan Kamelia.
Pap!
Kamelia menepuk bahuku pula. “Main-main ya!” Matanya mencerun tanda dia tidak puas hati denganku.
Aku tayang sengih dan naikkan jari telunjuk dan jari tengah yang bermaksud peace.
“Adik-adik oi, korang menyembang apa lagi tu? Meeting nak mula dah ni!” Salah seorang staf perempuan senior menegur kami dari arah ruang masuk pantri.
Cepat-cepat kami berempat bangun dan membasuh muk yang digunakan oleh masing-masing. Kami tayang senyum ke arah senior staf tersebut sebelum sama-sama berlari-lari anak menuju ke tempat masing-masing untuk mengambil buku nota dan pen lalu ke bilik mesyuarat.
*****
SEBELUM masuk waktu tengahari, perbincangan antara team Project Management dan team programming bersama bos kami, Encik Nazri diadakan di bilik mesyuarat. Tujuannya adalah untuk menunjukkan perkembangan projek kami bersama Syed and Associates.
Team programming, Encik Jo dan Encik sedang menunjukkan demo laman web yang sudah siap dengan maklumat yang relevan dimasukkan melalui database. Team Project Management pula akan memberitahu progress yang sudah siap mengikut jadual dalam software khas untuk pengurusan projek. Selain itu, akan ada guidebook disediakan untuk pihak klien supaya memudahkan mereka memahami susun atur dan cara penggunaan laman web yang ditempah.
“Once pihak klien ok dengan demo ini, kita akan launch the website to the server dan serahkan kepada mereka sekali guidebook yang team PM dah siapkan.” Ujar Encik Jo kepada Encik Nazri yang sedang melihat skrin TV LCD yang menayangkan laman web versi demo itu.
“Ok, got it. Kita kena settle kan this project then proceed to next one. Baru-baru ni kita dah terima projek dari dua klien baru untuk something related to system and website. I hope this current project will be accepted by our current client. To me it’s already okay, just need their approval lah.” Komen Encik Nazri secara menyeluruh selepas Encik Jo selesai menerangkan tentang progress projek. Sempat juga dia memberitahu tentang projek akan datang yang sudah diterima dan sedang dalam proses perbincangan dengan klien baharu kami.
Giliran ketuaku, Encik Khairil membentangkan hasil projek dari bahagian team kami. Contoh guidebook yang sudah siap juga dipamerkan di skrin TV di bilik mesyuarat.
“Well done semua. Saya harap last progress ini akan berjalan dengan lancar. Anything can be informed dalam group Whatsapp projek ni, semua boleh bersurai. Thank you for your hard work and time.” Encik Nazri memberikan senyuman sebelum perbincangan bersurai.
Selesai perbincangan semua team kembali ke tempat masing-masing.
Aku menarik nafas tanda kelegaan. Semoga projek ini berakhir dan kami boleh fokus ke projek-projek akan datang. Aku menyelak halaman di dalam buku nota. Briefing mengenai projek baharu sudah dimulakan pada dua minggu lepas. Team kami sudah mula mengumpul maklumat sebelum menjadualkan masa untuk bertemu klien sama ada secara bersemuka atau melalui atas talian.
Satu lagi sebab aku ingin projek antara pihak kami dan Syed and Associates segera selesai adalah kerana aku tahu tidak lama lagi aku pasti akan menemui bapa Aidan, Dato’ Syed Arman. Kalau boleh aku ingin mengelakkan berlaku conflict of interest walaupun aku rasa tidak akan menjejaskan pengaruh Dato’ Syed Arman untuk bersetuju dengan projek yang sedang berjalan antara pihak syarikatku dengan firma guamannya.
Aku dengan Aidan pun sudah mengenali antara satu sama lain sebelum firma guaman milik keluarga ayahnya terlibat dengan syarikat tempat aku bekerja. Aku pun tidak menyangka firma guaman itu ada kaitan dengan dia kerana Aidan pun baru sahaja menceritakan tentang keluarganya.
Dan jika Dato’ Syed Arman tahu akan hubungan aku dan anak lelakinya itu, takkanlah dia nak bersikap bias dan mencampur aduk antara hal peribadi dan hal kerja kan?
It’s okay Elle, once semua dah selesai kau dah boleh tarik nafas lega dan jumpa dengan keluarga Aidan tanpa rasa risau, hatiku memujuk.
Aku mengangguk, cuba menenangkan rasa berdebar bila memikirkan nanti aku akan berjumpa dengan Dato’ Syed Arman selain berkaitan hal kerja bersama Aidan kelak.
*****
HARI RABU tiba dengan pantas. Hari ini pihak kami akan ke Syed and Associates untuk menunjukkan progress projek laman web firman guaman tersebut. Kalau tiada masalah, pihak kami akan launch laman web tersebut ke dalam server dan melakukan briefing untuk pihak klien supaya mereka tahu cara untuk menggunakan laman web yang tersedia mengikut spesifikasi mereka.
Guidebook juga akan diberikan bersama penerangan supaya tidak berlaku masalah di masa kelak. Pihak kami juga akan membantu dari masa ke semasa jika terdapat masalah teknikal berlaku. Laman web ini akan beroperasi dan akan diselenggara selama tiga tahun mengikut perjanjian yang telah dipersetujui dan sudah ditandatangan antara pihak kami dan pihak Syed and Associates.
Sampai di firma guaman itu, kami disambut oleh Puan Anisa yang pernah melayani pihak kami ketika kali pertama kami datang ke sini.
“Sila tunggu sebentar ya. Kita tunggu kedatangan Dato’ Syed Arman dan beberapa staf yang berkenaan. Pihak NJ Solutions dah boleh set up apa yang perlu untuk presentation nanti.” Ujar Puan Anisa ketika kami masuk ke bilik mesyuarat.
Hari ini Encik Nazri, Encik Jo dan dua orang dari team programming, dan team kami, Encik Khairil, aku dan Sheera hadir sebagai wakil dari NJ Solutions. Masing-masing mengambil duduk di beberapa buah kerusi yang tersedia di dalam bilik mesyuarat tersebut.
Penghawa dingin yang terpasang di bilik mesyuarat itu membuatkan tubuhku berasa dingin. Baru pukul 9 pagi. Tambah sekali pakej rasa berdebar kerana pertemuan kali ini aku akan bertemu dengan bapa Aidan. Kalau sebelum ini aku tidak rasa gugup sangat kerana masih belum mengetahui tentang hubungan Dato’ Syed Arman dan Aidan sebagai bapa dan anak.
Di bahagian depan di dalam bilik mesyuarat ada TV LCD berukuran 45 inci. Dua orang anak buah Encik Jo sedang set up laptop untuk dihubungkan ke televisyen tersebut.
Aku menoleh ke arah Sheera yang duduk di sebelah kiriku. Jemariku naik mencuit lengannya. Kelihatan Sheera terkejut, kedua belah bahunya ternaik sedikit. Dia terus menoleh ke arahku dengan kerutan di dahinya.
“Awat hang ni? Nasib aku bukan kaki latah!” Bebel Sheera dengan nada perlahan.
Aku sengih dan menayang barisan hadapan gigi. “Sorrylah Sheera. Saja nak tanya kau something.”
“Hah, nak tanya apa?”
“Kejap lagi apa kata kau present untuk terangkan pasal guidebook tu? Sebelum ni aku dah present.” Cadangku dengan senyum di bibir.
“Alaa, awat tak habaq siap-siap? Hang ni! Hisy!” Sheera mengeluh sebelum mendengus.
Aku menunjuk muka kesian. “Kasi chance la, Sheera. Guidebook tu nanti aku tolong edarkan.”
Sheera hadiahkan satu jelingan kepadaku sebelum dia mengangguk. “Demi persahabatan kita sebagai rakan satu pasukan, aku akan tolong.”
Aku mencebik sebelum menaikkan ibu jari tangan kanan. “Jasamu akan dikenang!”
Sheera menjegilkan matanya. “Overlah hang ni!” Komennya.
Aku ketawa tanpa suara. Selepas itu aku beralih untuk membelek nota di dalam buku nota kepunyaanku.
“Guidebook nak diedarkan sekarang ke, Encik Khairil?” Kedengaran suara Sheera bertanya kepada ketua kami.
“Boleh je. Senang mereka nak tengok sambil team programming present dekat depan nanti.” Balas Encik Khairil.
Sheera mencuit bahuku dan aku terus bangun untuk meletakkan guidebook di sekitar tempat duduk kosong dan kepada ahli NJ Solutions yang lain. Sebelum aku sempat selesai mengedarkan buku tersebut, pintu bilik mesyuarat dibuka dari luar. Aku menghentikan perlakuanku dan berdiri tegak. Ada sedikit rasa cuak dalam diriku.
Kelibat Dato’ Syed Arman dan beberapa orang staf yang pernah aku lihat ketika perjumpaan sebelum ini masuk ke dalam bilik mesyuarat. Terasa kaki digam di tempat sedang aku berdiri. Aku menarik nafas untuk menenangkan diri sendiri sebelum bergerak dan mengedarkan guidebook yang masih berbaki di tanganku.
Namun sempat aku berlalu ke tempat dudukku semula ketika semua orang menuju ke tempat duduk yang masih kosong.
“Assalamualaikum dan selamat pagi. Thank you for coming today.” Suara garau Dato’ Syed Arman memberi ucapan.
Encik Nazri membalas ucapan dengan berterima kasih kepada pihak Syed and Associates kerana sudi menggunakan perkhidmatan dari NJ Solutions. Selepas itu, Encik Jo bangun dan membentangkan hasil laman web untuk klien kami yang sudah siap sepenuhnya.
Aku memandang ke hadapan untuk melihat laman web sedang ditunjukkan di skrin TV itu. Aku cuba mengosongkan fikiranku dengan mendengar penerangan daripada Encik Jo. Perihal tentang hubungan aku dengan Aidan dan tentang Aidan dan bapanya aku cuba hapuskan supaya tidak mempengaruhi fikiran pada waktu ini.
Kedengaran Dato’ Syed Arman dan stafnya yang lain sedang bertanya kepada Encik Jo.
Giliran Sheera pula bangun dari duduknya untuk menerangkan mengenai penggunaan buku guidebook yang disediakan oleh pihak kami.
“Tolong jadi tukang jaga slide.” Bisik Sheera sebelum dia berlalu ke hadapan.
Aku menurut dan duduk di kerusi di bahagian depan yang kebetulan kosong.
Sempat mataku bertentang mata dengan Dato’ Syed Arman yg duduk di bahagian depan itu!
Aku memberikan senyuman sebagai tanda hormat. Dato’ Syed Arman mengangguk dan membalas senyumanku.
Aku menggelengkan kepalaku untuk kembali fokus dan menggerakkan tetikus dan membuka slide guidebook. Sheera memulakan pembentangan dan aku mendengar sambil melihat slide yang tersedia di skrin laptop tersebut.
*****
ENCIK NAZRI berjabat tangan dengan Dato’ Syed Arman sebaik saja pembentangan selesai. Nampaknya Dato’ Syed Arman dan beberapa orang stafnya berpuas hati dengan hasil laman web yang direka oleh pihak kami. Dalam diam aku menarik nafas kelegaan kerana semua berjalan dengan baik. Bahagian guidebook juga tiada masalah kerana pihak klien seakan faham dengan panduan yang diterangkan oleh Sheera.
Sejurus itu, aku dan Sheera duduk semula di tempat kami. Encik Khairil memberikan senyuman dan menaikkan ibu jari sebagai tanda dia suka akan prestasi kami untuk hari ini. Aku menarik nafas kelegaan. Sheera juga begitu kerana sejak beberapa bulan team kami dan team programming sudah berhempas pulas menyiapkan projek ini.
Setiap team sudah berusaha sehabis baik supaya memenuhi kriteria yang diinginkan oleh klien kami. Kalau ada bahagian di dalam laman web yang perlu dibetulkan, pihak kami akan membetulkan secepat mungkin sebelum menyerahkan sepenuhnya kepada klien untuk kegunaan mereka sebagai end user.
“Lepas ni fokus projek lain pula.” Beritahu Encik Khairil.
Aku dan Sheera mengeluh.
“Lepas ni suruh Jun Hui join jadi pembentanglah.” Ujar Sheera.
“Aik?Korang dah penat jadi presenter ke?”
“Bagi peluang dekat junior pulak, Encik Khairil.” Balasku dengan selamba sebagai jawapan selamat.
Encik Khairil ketawa. “Macam-macamlah korang ni.”
Aku dan Sheera saling berpandangan dan senyum. Itulah tujuannya. Harap selepas ini giliran orang selain kami berdua pula dibawa untuk perbincangan projek bersama klien yang lain.
Dalam masa yang sama, selepas ini mungkin aku dan Dato’ Syed Arman akan bertemu sebagai bakal menantu dan bakal bapa mertua? Tentang persoalan ini aku masih tiada jawapan.
Aidan: Regarding to the last sentence... Jawapannya, ya. Wait my dear, nanti kita jumpa your future in-laws /winks/
Elle: /muka terkejut/ Andwae!
Author's Notes:
Selepas dua bulan lebih... Bab terbaru Her Reckless Heart muncul.
Rasa malas tu ada, kekangan masa tu pun ada... hahaha. Alhamdulillah masih ada kesempatan diberi masa untuk update sebelum 2023 melabuhkan tirai. Hehe.
Terima kasih kepada yang sudi baca. Sudi-sudikan diri anda untuk vote dan komen ya? XD
*terpengaruh dengan c-novels bila author buat "little theatre" untuk karakter dalam novel mereka di hujung setiap bab, haha. lama dah nak buat hahaha.
Enjoy reading!
xoxo, linaellenia.
No comments:
Post a Comment