BARU saja mahu melangkah masuk ke dalam kereta, telefon pintarku berdering. Sebelah tangan menyeluk poket seluar track suit. Nama mama naik di skrin telefon.
Aku menjawab panggilan dari mama dengan memberi salam terlebih dahulu. Kaki melangkah masuk ke dalam kereta dan Aidan di sebelah menghidupkan enjin.
“Elle dengan kawan dah sarapan ke?” Suara mama bertanya menerpa ke pendengaranku.
“Kami baru habis jogging. Ingat kejap lagi nak pergi cari breakfast.” Balasku.
“Kalau macam tu, breakfast dekat rumah jelah. Ajak kawan kamu sekali.” Selamba saja mama berkata.
Mataku membuntang. Lalu aku menjauhkan telefon dari telinga. Rasa macam salah dengar pula.
“Elle?” Dua suara memanggil namaku. Mama dan Aidan.
Aku menoleh ke arah Aidan. Wajah Aidan nampak hairan dengan tingkahku ketika ini. Aku angkat sebelah tangan tanda menyuruh dia tunggu sebentar. Aku kembali menjawab panggilan mama.
“Mama cakap apa tadi? Sorry Elle jadi blur kejap tadi.” Aku bertanya kepada mama di dalam talian.
“Ish Elle ni! Baru 20-an dah tak dengar. Kalah nenek kamu dekat kampung tu! Mama suruh Elle ajak kawan sarapan sekali dekat rumah. Mama dah siap masak ni.” Sambil membebel kepadaku, mama mengulangi semula kata-katanya awal tadi.
Serentak tanganku naik ke bibir. Biar betul? Mama ajak Aidan breakfast sekali? Ada mama, abah dan Elisa. Harapnya tak adalah Abang Eilman sekali… Abangku yang seorang itu tidak boleh dijangka. Kalau tidak, rasanya akan jadi pertemuan bersama keluarga tanpa rasmi!
Baru declare, dah nak kena jumpa ahli keluarga? Rasa macam nak pengsan sebentar!
“Elle… are you alright?” Suara Aidan terselit kerisauan. Aku pandang dia semula.
“Mama saya ajak awak breakfast di rumah.” Terus aku beritahu dia. Rasa terkejut membuatkan suaraku seakan mendatar.
Aidan sekadar senyum sebelum mengangguk. “Saya okey je.”
Dia okey? Dia tak rasa gemuruh atau berdebar ke? Atau aku seorang saja cepat gabra lalu rasa semuanya seolah mengejutkan diri ini. Risau kalau esok-esok boleh jadi mama minta Aidan masuk meminang pula! Mengenangkan kata-kata mama beberapa sebelum ini, rasa macam nak lari untuk menyembunyikan diri di mana-mana.
Aku pandang Aidan untuk beberapa ketika sebelum memberitahu mama yang kami akan pulang ke rumah. Mama menyambut jawapanku dengan nada girang di dalam talian sebelum aku menamatkan panggilan.
Badan disandarkan ke kerusi penumpang. Terasa badan rasa letih walaupun aku sekadar berjalan di sekitar kawasan tasik tadi. Mungkin juga badan terkejut dengan panggilan dari mama tadi.
Aku memejamkan mata untuk beberapa saat. “Aidan,” Panggilku.
Aidan menyahut, dan aku terasa kereta Aidan mulai bergerak.
“Apa awak akan buat kalau mama dan abah saya nak siasat pasal awak dan hubungan antara kita berdua?” Aku melontarkan soalan kepadanya. Mahu tahu apa jawapan dan reaksi daripadanya.
Aidan berdeham sekali. Mata dibuka dan aku melihat Aidan yang sedang memandu di sebelah. Aidan juga berpaling ke arahku dan satu senyuman dihulurkan kepadaku.
“Buat apa nak takut? Mama dan abah awak makan anak orang ke?” Sempat pula dia membuat lawak!
Tanganku lagi sikit mahu diangkat dan menampar lengan tegap kepunyaan Aidan. Nasib mahram, kalau halal ini memang dah kena sebiji.
Mataku menjeling si dia di sebelahku.
Melihat reaksiku, Aidan gelak. “Jangan risau. Lagipun saya dah ready nak jumpa bakal mertua saya!” Nadanya penuh yakin ketika mengatakan kata-kata itu.
“Amboi! Confident betul awak ni!” Aku berkata sambil terasa getar di dada apabila dia menyebut perkataan bakal mertua. Ah, boleh terbuai aku dibuatnya!
“Mestilah kena confident. Hubungan kita ini saya nak kekal sehingga ke ikatan suci, Elle. I’m not that young, dear. Umur saya ini bak kata mummy, dah patut ada seorang atau dua anak.” Aidan menggeleng dengan senyuman hambar dan pandang ke arahku untuk sebentar.
Aku terdiam, cuba menghadam kata-katanya itu.
Ya, Aidan sudah berumur awal 30-an jadi dia tiada masa untuk bermain soal hati dan perasaan seperti anak remaja atau orang di usia 20-an. Kalau sebelum ini, Aidan berkata bahawa dia tiada keinginan untuk menamatkan zaman bujang kerana kisah perkahwinan ibu bapanya, namun setelah dia mengenaliku mungkin fikirannya berubah.
Aku pula, mengenai jodoh ini aku tidak menolak jika tiba masanya untuk berkahwin di usia 20-an. Umurku juga tak lama lagi akan menginjak ke lewat 20-an. Tetapi selepas dikecewakan oleh bekas kekasih, aku sedikit hilang kepercayaan terhadap cinta. Biarpun aku seorang hopeless romantic dan menggemari bahan bacaan bergenre cinta, rasa selepas ditinggalkan oleh orang yang pernah berada di dalam hati, rasa dikhianati masih bersisa walaupun kini tidak sebesar seperti awal dahulu.
“Aidan.” Panggilku.
“Ya?”
“Satu hari nanti kalau hati awak dah berubah, tolong beritahu saya secara terang.”
Brek ditekan secara mengejut. Aku hampir terdorong ke arah dashboard kereta namun sempat Aidan menahan dengan sebelah tangannya. Natijah tidak menyarungkan tali pinggang keledar kerana ralit menjawab panggilan dari mama tadi.
“Aidan!”
“Elle Nadirah!” Suara Aidan meninggi.
Aidan memberikan lampu isyarat setelah dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. Mujurlah tidak banyak kereta sedang melalui di jalan tersebut.
“Day one and you’ve decided to say this?” Aidan seolah berang. Wajahnya hilang senyum dan ada riak kecewa dan marah berganti.
Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain.
Kedengaran tali pinggang keledar di bahagian kerusi pemandu dibuka.
“Elle, look at me, dear.” Lembut dia memanggilku. Suara Aidan kembali tenang.
Aku tidak berkutik, masih memandang ke arah lain. Aku tahu keterlanjuran kata-kataku sendiri. Tetapi aku rasa perasaan itu memang akan ada. Walaupun aku tidak arif sangat dengan perhubungan cinta namun luka ditinggalkan dan dikhianati masih ada bekasnya di dalam hatiku ini.
“I never had a relationship before. Tapi saya nak hubungan antara kita ini kekal sampai bila-bila. I choose you and will forever make sure of it. You’re mine, dear. Tipulah kalau tak akan ada dugaan dalam sebuah hubungan tapi saya harap kita akan sentiasa cuba selesaikan segalanya dengan baik. Saya tak mahu awak sebut lagi perkara macam tadi tu. Promise me, Elle?”
Wajahku kini menunduk. Terasa seakan kata-katanya itu memujuk aku untuk menerima dan memandang Aidan semula.
“Saya minta maaf. It’s just I feel this thing will happen soon or later.”
Bagiku Aidan seorang lelaki budiman yang mempunyai paras rupa dan gaya yang boleh membuatkan ramai perempuan di luar sana terpikat dan ingin mendekatinya. Kerjayanya yang bukan calang-calang pasti menarik minat sesiapa sahaja yang ingin mencuba untuk menjadi pasangannya.
Namun aku menyukai Aidan kerana sikap dan peribadinya. Kami sudahlah tinggal di tempat yang berlainan, seorang di Malaysia dan lagi seorang di England. Kerjaya Aidan di sana dan kerjayaku di sini. Untuk masa ini aku tidak mahu memikirkan kemungkinan yang tidak pasti. Biarlah waktu menentukan dan segalanya aku serahkan kepada-Nya.
Cuma, aku berharap hubungan ini akan kekal sehingga peringkat yang lebih suci. Seperti apa yang diharapkan oleh Aidan, tidak mustahil untuk aku mengharapkannya.
“Saya faham. Kalau ada masalah atau konflik, I hope both of us can handle it and solve it together. Please?” Aidan memandangku dengan wajah yang penuh pengharapan.
Aku mengangguk. “I am sorry again, Aidan. Kita baru je nak mulakan fasa baru hubungan, saya dah terfikir pasal itu. Tapi, hati kita ini tak mustahil boleh berubah. Hari ini sayang, esok boleh jadi menyampah.”
Aidan merenungku tajam. “Elle…”
Aku pamer senyum nipis.
“Doa. Supaya hati kita berdua tetap menyayangi antara satu sama lain. Dia selalu mendengar, dear. Let’s walk into this relationship together until the end.” Satu nasihat yang membuatkan aku senyum lagi dan membuatkan aku sedar segalanya adalah ketentuan dari-Nya.
“Thank you. And I’m sorry again, Aidan.”
Aidan menggeleng dan jari telunjuknya dinaikkan ke bibirnya, tanda dia tidak mahu mendengar kata maaf daripadaku.
“Saya akan cuba buat awak lupakan segala sakit dan luka lama itu. Saya tak sempurna mana, Elle. Tapi saya akan buat awak bahagia dengan saya. It’s time for us to be happy.”
Aku mengangguk, bersetuju dengan kata-kata Aidan.
“Jom kita balik. Mesti family saya dah tunggu kita berdua.”
“Nanti saya cakaplah yang kita lambat sebab bergaduh tepi jalan. Lovers quarrel, eh?” Sempat Aidan membuat satu gurauan sebelum dia memandu semula.
“Eh janganlah! Malu saya dengan mama dan abah!” Tak pasal pula dicop mengada dengan ibu bapa sendiri. Seorang Elle Nadirah di mata mama dan abah adalah anak yang tak banyak ragam dan nampak cool kecuali ketika bergaduh dengan adik-beradiknya.
Aidan sekadar sengih. Suka kot melihat aku diusik olehnya. Nasib sayang, kalau tak mungkin ada yang bergaduh di tepi jalan sekali lagi.
*****
“ASSALAMUALAIKUM,” Salam diberikan ketika melangkah masuk ke dalam rumah. Aidan mengekoriku dari arah belakang.
“Elle?” Muncul abah dari ruang tamu. Serta-merta rasa berdebar ketika itu. Abah menghalakan pandangannya ke arah Aidan yang sudah berdiri di sebelahku. Aidan terus mengatur langkah ke arah abah dan bersalaman dengannya.
Aku membatu di tempat yang sama. Menjadi pemerhati antara abah dan Aidan. Rasa macam tidak percaya pun ada. Abah dan Aidan berada di satu tempat yang sama. Aku jadi tidak tahu nak bereaksi apa.
“Elle?” Giliran mama pula muncul di ruang tamu. Pasti mama baru turun dari tingkat atas. Mama kelihatan bergaya dengan blaus dan skirt panjang dan tudung yang dikenakan.
Aku lihat mama sedang memerhatikan Aidan yang berdiri di sebelah abah. Aidan memberikan senyuman kepada mama dan mama membalas senyuman itu dengan lebar. Siap menganggukkan kepalanya. Agaknya apalah yang mama sedang fikirkan pada waktu ini ya?
“Duduklah. Siapa nama kamu? Eh faham ke dia bahasa orang kita ni?” Mama memandang ke arahku pula.
“Saya faham je, auntie. Ayah saya orang Melayu, ibu saya orang Inggeris.” Balas Aidan lalu bercerita secara ringkas mengenai latar belakang dirinya.
Abah dan mama duduk di sofa yang mempunyai tiga tempat duduk. Aidan mengerling ke arahku yang sejak tadi seolah tiada arah tuju. Aku melabuhkan duduk di sebuah sofa dengan dua tempat duduk, tak jauh dari sofa mama dan abah yang sedang duduk. Aidan pula duduk di sebuah sofa di depanku, sekaligus dia menghadap mama dan abah.
“Oh!” Dari wajah mama, dia kelihatan kagum. Abah di sebelahnya sekadar mengangguk menjadi pendengar. Rasa macam abah sedang berada di dalam mod soal siasat persis seorang pegawai polis. Mungkin kerjayanya itu sudah sebati dalam diri abah walau sudah bersara.
“Nama kamu siapa?” Sesi berkenalan aka sesi soal siasat dimulakan oleh abah.
“Saya Syed Aidan Rifqi tapi lebih senang gunakan nama Aidan Harrison. Harrison itu nama dari keluarga mama saya.”
Abah dan mama bersilih ganti bertanya itu dan ini kepada Aidan. Umur, pekerjaan, tempat tinggal dan hal-hal berkaitan dengan dirinya.
Aku yang mendengar tidak tahu hendak mencelah di bahagian mana.
“Berapa lama dah kenal dengan Elle?” Abah menyoal lagi, suaranya serius.
“Dah nak setahun, uncle.”
Abah dan mama saling berpandangan. Kemudian mereka memandang ke arahku dengan pandangan yang aku sendiri tidak tahu nak tafsir.
“Aidan serius dengan Elle?” Soalan abah itu membuatkan aku menoleh ke arah Aidan.
Aidan mengangguk. “Ya, saya serius, uncle.”
“Ada perancangan nak tamatkan zaman bujang?”
“Ada, uncle. Saya tunggu green light daripada uncle dan auntie.” Jawapan daripada Aidan membuatkan wajahku membera menahan rasa malu. Selamba betul Aidan ni! Depan mama dan abah pula itu! Aku rasa nak lari naik masuk ke dalam bilik pada ketika ini.
“Elle, pergi tolong Elisa dekat dapur kejap.” Arah mama selepas itu. Aku menoleh ke arah mama. Wajahnya masih ceria walaupun ada terselit keseriusan mengikut tingkah abah di sebelah.
Tanpa berlengah, aku bangun dan berjalan menuju ke dapur. Sempat aku memandang ke arah Aidan, dia berikan satu senyuman. Mungkin dia nampak riak wajahku seakan risau untuk meninggalkan dia bersama mama dan abah.
*****
“KAK ELLE!” Masuk ke dapur, aku disergah oleh si adikku yang bertuah, Elisa. Dia menangkap lenganku lalu dia menarikku ke deretan kerusi yang tersedia di meja makan. Aku duduk dan memandang Elisa dengan dahi berkerut.
“Kenapa ni?” Tanyaku sambil menarik dia ikut duduk di hadapanku.
“So, itu ke boyfriend Kak Elle?” Wajah Elisa beriak nakal, keningnya terjongket. Pasti dia curi-curi tengok dari arah dapur tadi, dasar kepochi!
Aku mengangguk. Tiada lagi rahsia, segalanya sudah jelas kerana Aidan pun sudah menemui mama dan abah. Kami pun sudah sepakat ingin membawa hubungan ke peringkat yang serius. Kalau tiada masalah, mungkin akan dilanjutkan ke hari bahagia.
Elisa bangun dari duduknya dan melompat seolah dia yang mendapat teman lelaki baharu, bukannya aku.
Elisa meluru ke arahku dan dia mengeratkan pelukannya. Wajahnya sungguh gembira.
“Kita gembira untuk Kak Elle! Jodoh akak berganda-ganda helok dari ex akak tu!” Ujar Elisa dengan pujian untuk Aidan dan kutukan untuk si dia yang aku malas hendak ingat namanya.
Aku mengangguk dan menepuk bahu Elisa. Entah mengapa rasa sebak hadir tanpa dipinta dan aku terus memeluk Elisa dengan erat.
“Jangan menangis kak. You deserved to be happy. Pasti ada sebab kenapa Allah takdirkan akak dengan si Eddie tu berpisah dan hadirkan lelaki yang jauh lebih baik dari mamat tu. Jangan sedih-sedih lagi. It’s time to be happy.” Elisa seolah memahami perasaanku ketika ini.
“Mana ada akak nangis! Tengok! Air mata pun tak ada!” Pelukan dileraikan dan aku berlagak kuat di hadapan Elisa. Hilang saham sebagai gadis cantik di depan adik sendiri kerana nak menangis? Oh tidak! Terus jadi cool, Elle Nadirah!
Tangan Elisa mencuit hidungku. Aku mengaduh tanda kesakitan. Aku balas apa yang dia lakukan kepadaku tadi. Maka terjadilah aksi mencuit sesama kami berdua di dalam dapur.
“Bertuah betul dua orang ini! Mama suruh tengok-tengokkan apa yang patut, ini pergi bergaduh pula!” Masing-masing menghentikan perlakuan ketika mendengar suara mama menegur. Entah bila mama masuk ke ruang dapur pun kami tidak perasan. Sibuk nak cari pasal sesama sendiri.
Aku terus acah sibuk menyusun atur cawan-cawan porselin dan gelas-gelas cantik kepunyaan mama yang terletak elok di dalam dulang di atas meja makan. Elisa pula membetulkan pinggan dan mangkuk yang telah disediakan di meja makan. Berpura-pura sungguh!
Mama tidak mampu berkata apa-apa setelah melihat gelagat kami berdua.
“Bertuah punya anak-anak…” Itu sahaja terkeluar dari mama.
Aku dan Elisa saling berbalas pandang. Masing-masing cuba tahan diri dari tersenyum atau mengeluarkan sebarang suara, nanti kena bebel dengan mama. Tak pasal jatuh saham dengan boyfriend sendiri jika si dia terdengar dari ruang tamu.
“Sudahlah. Elle pergi panggil abah dengan Aidan. Rasanya kejap lagi Abang Man sampai kot.”
Hah? Abang Eilman pun ada? Ah sudah! Masin betul kata-kataku yang berupa monolog pada awal tadi. Tak pasal nanti kena usik dengan abangku yang seorang itu. Ini pasti mama yang beri perintah supaya Abang Eilman mencemar duli ke rumah!
“Okey, ma.” Aku pasrah dan mengikut sahaja arahan mama. Langkah diatur ke ruang tamu semula.
_______________
Author's Notes:
Dan akhirnya Her Reckless Heart dah masuk bab 30! /throws confetti/
Masa awal-awal tulis Her Reckless Heart ni, saya target 50 bab! Tapi kita tengok how it goes.
Risau cerita meleret je. Tapi mungkin nanti lepas tamat cerita ini, saya akan buat editing dan baca semula Her Reckless Heart.
Enjoy reading! Boleh tinggalkan komen kalau sudi! 😚
No comments:
Post a Comment