BAB 29
PERLAHAN-LAHAN aku melangkah keluar dari bilik tidur menuju ke tangga untuk turun ke tingkat bawah. Suasana di sekitar rumah sepi kerana waktu baru saja menginjak ke pukul 7 pagi. Aku bersiap ala kadar dengan mengenakan baju sukan lengan panjang warna kelabu dan seluar trek warna biru tua. Tudung sarung hitam menjadi pilihan, alasannya malas nak pakai tudung bawal mahupun selendang.
Sampai di tingkat bawah aku mengambil kunci rumah di dalam bekas yang dikhaskan untuk segala jenis kunci dan menuju ke arah pintu utama. Sehinggalah aku terasa bahuku ditepuk perlahan.
“Ah!” Aku terjerit kerana terperanjat. Rasa bagaikan mahu tercabut jantung sendiri. Sudahlah waktu ini masih awal pagi dan tiada sesiapa pun di tingkat bawah.
Aku berpaling dan mendapati adikku, Elisa yang masih berpakaian baju tidur sedang memandangku dengan wajah kehairanan.
“Adik!” Aku menggeram. Satu jelingan maut aku berikan kepadanya.
“Akak nak ke mana awal-awal pagi ni?” Tanya Elisa dengan suara serak seolah baru bangun tidur.
“Kawan akak ajak pergi jogging,” Terangku tanpa berdolak-dalik.
“Wow, rajinnya! Macamlah orang tak tahu akak ni tak rajin mana nak keluar jogging…” Nada dari suara Elisa seolah sedang memuji tapi dalam masa yang sama dia seolah memerli aku.
Ceitt!
Spontan tangan kananku memulas telinga adikku yang nakal ini.
“Akak!”
Elisa mengusap telinganya yang aku pulas tadi.
“Amboi sedap je mulut tu ya?”
Elisa menaikkan dua jari tanda peace dan tunjuk sengih seolah tak bersalah. Automatik aku menjulingkan mata, tanda menyampah dengan peel adik sendiri. “Bila masa adik turun ni?” Soalku dengan hairan. Tidak perasan pula bila masa dia turun dari biliknya. Derap langkah kakinya pun aku tidak dengar.
“Lama dah. Orang turun bawah sebab nak isi air dekat dapur, dahaga.” Botol Tupperware ditunjuk ke arahku, tanda dia memang turun untuk mengisi air.
Aku sekadar angguk. Bunyi mesej masuk menamatkan perbualan kami. Mesej daripada Aidan. Dia memaklumkan yang dia sudah sampai di hadapan rumah. Aku terus berkata kepada Elisa bahawa aku hendak bergerak keluar dan meminta dia memberi pesan kepada abah dan mama yang aku keluar pagi ini.
“Hati-hati kak,” Pesan Elisa sebelum aku keluar dari rumah.
Selepas memakai kasut sukan, aku terus berlari-lari anak untuk ke pagar rumah.
“Morning dear,” Suara garau Aidan menyapa pendengaranku ketika aku baru saja membuka pintu keretanya di bahagian penumpang.
“Morning,” Aku memberikan senyuman manis kepadanya.
Kalau awal tadi memang aku merungut kerana hari cutiku terganggu dengan ajakan seseorang untuk keluar jogging. Namun, mungkin kerana hatiku mudah berlembut untuk jejaka bernama Aidan. Jadi, rungutan tersebut hanya bersifat sementara. Selebihnya aku jadi teruja untuk keluar dengan dia.
Dasar bucin! Bak kata slang Indonesia yang menjadi trend di media sosial.
“Awak okey?”
Aku pandang Aidan yang duduk di bahagian pemandu. “Okey?” Teragak-agak aku menjawab.
“Saya tahu weekend itu sangat berharga untuk semua orang. Sorry for disturbing your weekend, dear.” Wajah Aidan tampak serba salah.
Aku berdeham seolah hendak membetulkan suara. Wajah ditundukkan untuk seketika. Padahal…hati kita dah cair awaknya! Aidan nampak comel dan dalam masa yang sama nampak charming!
“Elle? Are you alright?” Suara Aidan kedengaran risau, melihatkan aku tidak memberikan respon.
“You ruined my morning sleep!” Aku angkat wajah dan buat muka seolah mahu marah walaupun sebenarnya aku berpura-pura. Sengaja nak menguji Aidan.
Aidan pandang wajahku dan riak di wajahnya masih kelihatan serba salah.
“Ke kita batalkan saja aktiviti pagi ni?”
“Awak okey ke?” Perlahan aku bertanya.
Aidan mengangguk. “Mungkin saya pergi seorang je nanti,”
Laju aku menggeleng. “No way! Saya ikut! Nanti kalau awak kena mengorat macam mana? Atau kena culik sebab terlalu kacak?” Tiba-tiba aku meraban tak tentu hala.
Aidan terlopong, riak wajahnya jelas tidak percaya.
“Zaman sekarang ni, orang lelaki pun jadi mangsa penculikan,” Aku sambung merepek. Aku tayang wajah serius. Lelaki seperti Aidan tidak mustahil menjadi pujaan ramai wanita di luar sana. Sebagai kawan istimewanya aku perlu melindungi Aidan supaya dia tidak disambar oleh orang lain. Biar dia saja menjadi kepunyaanku.
“Sayang juga awak dekat saya, ya?”
“Of course!”
Selepas itu baru aku tersedar. Oh shoot! Termakan ayat usikan Aidan! Niat asal aku tadi sekadar mahu menguji dan mempermainkan Aidan. Alih-alih diri sendiri terperangkap dalam permainannya pula.
Aidan ketawa besar. Aku pula menekup wajah sendiri kerana tidak menyangka hal ini terjadi. Malu sungguh!
“Jahatlah awak ni, Aidan!” Aku bersuara dengan gaya mahu merajuk.
“Awak yang mulakan dulu, dear. Naughty!” Aidan memulangkan paku buah keras dan menjadikan situasi sekarang seri antara kami berdua.
“Shut up and drive, Aidan! Saya masih malu lagi ni!” Ujarku sebelum membuang pandang ke arah tingkap.
Sedari tadi kami masih berada di depan rumah, ada baiknya Aidan cepat-cepat pandu keluar.
“Sayang saya?” Aidan cuba menduga.
“Nehi!” Aku mendengus perlahan.
“I know you, Elle. Mulut kata tidak, tapi hati kata ya.” Sempat lagi Aidan mengusik aku sebelum dia mula memandu ke destinasi yang ingin ditujui.
“Perasan!”
*****
AIDAN dan aku tiba di Tasik Putrajaya. Jauh betul tempat jogging kami pada pagi ini. Sejak sampai di tempat itu aku hanya memberikan silent treatment terhadap Aidan kerana rasa malu masih bersisa dalam diriku. Aidan pula membiarkan aku begitu saja. Sebelum memulakan sesi, kami melakukan regangan sebagai warm up untuk mengelakkan sebarang kecederaan semasa jogging nanti.
Diam-diam sempat aku mencuri pandang Aidan yang tidak jauh dari tempat aku sedang berdiri.
Dia memakai t-shirt lengan pendek berwarna kelabu dan seluar trek warna hitam. Semasa Aidan sedang melakukan regangan, mataku tertarik dengan bahagian belakangnya. Sexyback kepunyaannya itu menjadi perhatianku, seperti pertama kali kami berjumpa di dalam lif RZ Holdings.
Terngiang lagu Sexyback nyanyian Justin Timberlake pula.
Cepat-cepat aku mengeleng untuk menyedarkan diri. Anak teruna orang tu, Elle! Hatiku berbisik. Orang datang sini nak pergi jogging, aku pergi menilik anak teruna orang di kawasan sebesar alam ini. Haih…
Aku menyambung melakukan regangan yang terbantut dan menarik nafas setelah selesai.
“Do you think I didn’t feel your stares on my back?” Suara garau Aidan dan soalan daripadanya membuatkan nafasku hampir terputus.
“Awak ni perasan betul!” Aku laju-laju menafikan, mata terus dilarikan ke arah lain.
“Okey, jom kita mula.” Aidan tidak memberi komen selepas itu dan mula berjalan dan meninggalkan aku di belakang. Aku mempercepatkan langkahku dan berjalan tidak jauh darinya. Beberapa minit berjalan, Aidan mula berlari di kawasan sekitar tasik tersebut. Aku sekadar berjalan tanpa mengikut langkah Aidan.
Sambil berjalan aku memperhatikan sekeliling kawasan Tasik Putrajaya. Nampak luas, entah berapa kilometer Aidan nak jogging pada pagi ini. Harapnya janganlah jauh sangat. Aku dapat rasakan yang aku akan menyerah awal kalau ikut Aidan pusing mengelilingi tempat ini.
Sekali lagi perasaan kesal menghurung diriku. Kalau diikutkan, jarang juga aku ke sini untuk melakukan aktiviti jogging dan seangkatan dengannya. Kebiasaannya aku akan datang ke sini untuk ke pusat beli-belah yang terdapat di sini dan singgah mencari tempat makan yang sedap di sekitar Putrajaya.
Datang ke Tasik Putrajaya untuk jogging? Bukan dalam senarai aktiviti untuk seorang Elle Nadirah. Untuk Aidan? Ya. Aktiviti seperti ini adalah kegemarannya kerana aku tahu Aidan sering workout sama ada di gim atau jogging di kawasan sekitar kediamannya di London. Aku ikut Aidan kerana sedikit paksaan dan kerelaan. Risau Aidan kena mengorat pun menjadi antara sebabnya. Hehe.
Cakap jelah diri sendiri suka keluar dengan Aidan, hatiku berkata.
Mulut kata tidak, namun hati kata ya. Telahan Aidan itu benar tapi aku sangkal kerana dah terkantoi dengan dia.
Selebihnya aku banyak berhenti dan melihat orang lain jogging dan berbasikal di sekitar kawasan tasik tersebut. Sempat aku mengambil beberapa keping gambar dari telefon pintarku. Ketika aku sedang membelek gambar yang diambil di galeri, terdetik di dalam hatiku untuk membuat status di WhatsApp dan Instagram Story di Instagram.
elle.nadirah - accompanying someone here 🙂
My Status - someone called me after Subuh and asked to get ready for jogging session 🥲 #byebyesleep 😢
Selesai membuat posting, aku meneruskan langkahku mengelilingi kawasan tersebut. Setengah jam kemudian aku menyerah dan mencari tempat untuk melepaskan lelah. Mujur pagi ini cuaca masih sejuk dan sedikit berangin biarpun matahari sudah naik. Kemudian aku kembali membelek telefonku dan membuka aplikasi media sosial.
Hampir sejam aku menunggu dan kelibat Aidan muncul tidak jauh dari tempat aku sedang melepak. Aidan mendekatiku dan kedengaran desahan nafasnya mungkin kepenatan. Aku memanggungkan kepala dan kelihatan Aidan sudah melabuhkan punggungnya di sebelahku. Wajahnya sedikit memerah dan peluh membasahi dahinya.
“Having fun?”
“Definitely. Dah lama tak keluar jogging di luar lepas datang ke Malaysia.” Aku faham maksud dari kata-kata Aidan. Mungkin dia tiada masa untuk melakukan aktiviti senaman di luar dan sekadar menghabiskan masa di tempat tinggalnya.
Bercakap tentang tempat tinggal Aidan…
“Awak stay dekat mana je sejak datang ke Malaysia?” Baru sekarang aku teringat nak tanya tentang ini. Adakah dia tinggal di hotel atau dia menyewa di mana-mana sebagai tempat untuk dia tinggal?
“Oh, selalunya saya tinggal di hotel saja sebab I don’t came here often. Kalau datang ke Malaysia pun duduk dalam beberapa hari saja. But now I stayed in a condo.”
“I see. Awak sewa ke?” Rasa ingin tahu membuatkan aku selamba saja bertanya.
“Ahem, kondo itu pemberian dari bapa saya. Sebenarnya semua anak dia dapat sebuah kondo bila masing-masing dah mencapai umur 18 tahun.” Tanpa diminta Aidan memberitahu aku serba sedikit tentang hal peribadinya.
Aku mengangguk tanda mengerti. “So, awak, Syed Hazriq dan Adelia dapat sebuah kondo ya?”
Aidan mengiakan dengan anggukan. Nama Syed Hazriq seolah tidak memberikan kesan terhadapnya. Manakala Adelia adalah nama adik perempuan Aidan yang sedang belajar di luar negara. Secara teknikal, Adelia belajar dari luar United Kingdom.
“Adelia biasa datang ke Malaysia?”
“Ya, dan dia pun tahu Syed Hazriq tu abang dia.” Balas Aidan sekaligus menyatakan bahawa adik perempuannya juga tahu akan kewujudan Syed Hazriq.
Aku cuma menjadi pendengar, tidak mahu menyampuk.
“Elle,” Aidan memanggil namaku dengan nada tenang.
Aku menoleh ke arah Aidan semula.
“Awal tadi di dalam kereta tu saya sengaja nak usik awak. Tapi, betul ke awak takut saya kena culik dengan orang lain? I am a grown up man, for godsake dear.”
Terasa darah menyerbu ke muka. Aku menggigit bibir. “Saya risaukan awak je!”
“Awak sayang saya?”
Nafasku kembali tersekat. Otak seakan tidak mampu memproses kata-katanya. Tiba-tiba saja Aidan melontarkan ayat itu.
“A-awak sayang saya ke?” Aku pula kembali melontarkan soalan itu selepas beberapa saat.
“Sayang.” Tanpa ragu Aidan menjawab.
Aku menunduk. Perasaanku ketika ini? Cemas dan berdebar. Jantung mula membuat irama.
“Will you be girlfriend, Elle? Saya betul-betul nak bawa perhubungan kita ke peringkat seterusnya.” Tanpa berselindung Aidan terus mengucapkan kata-kata itu. Wajahnya bertukar serius.
Mataku terbeliak. Tidak menyangka Aidan sedang serius dan mengajak aku untuk bersama dengannya di peringkat seterusnya. Apakah aku sedang bermimpi? Ke aku sedang tidur dan bermimpi tentang kejadian ini?
“No, you’re not dreaming. Saya tahu awak tak expect tapi saya dah lama tunggu saat ini. Kita dah berkenalan hampir setahun dan saya tunggu supaya awak dapat buka hati awak untuk saya. I know your heart were broken by your ex, but I want to be the one who will cherish you until the end. The distance shouldn’t deter our relationship hence it will become stronger. Dan kali ini saya ke Malaysia dan stay selama tiga bulan di sini kerana awak, Elle.”
“Saya risau kalau saya semakin berlengah mana tahu ada lelaki lain yang akan terpikat dan mahukan awak. You don’t know how lovely you are but I know you are. Saya nak jadi seseorang yang boleh menghargai awak. Life is unpredictable, dugaan dan ujian akan datang dalam menguji sesebuah perhubungan tapi kalau awak sudi terima dan beri peluang terhadap saya, I will accept it with my humble heart.” Panjang lebar Aidan luahkan isi hatinya jika aku sudi menerima dia.
Aku menarik nafas untuk menenangkan perasaanku dan kembali memandang Aidan. Berkali-kali aku cuba membuka mulut untuk membalas sebelum aku berkata, “I do, saya terima.”
Aidan terus bangun dan berlari setempat seakan menggambarkan perasaan dirinya pada waktu ini. Teruja dan gembira.
Kelihatan beberapa orang pengunjung yang melalui tempat kami sedang duduk memperhatikan gelagat Aidan dan aku yang menunduk kerana menahan rasa malu. Aku ikut bangun mendekati Aidan dan menarik hujung baju t-shirtnya.
“Aidan, kawal diri awak tu. There’s people watching us!” Bisikku kepadanya dengan rasa malu masih menebal.
“Wow, ada orang melamar ke?” Kedengaran ada suara yang bertanya, cukup jelas di pendengaranku dan Aidan.
Aku dan Aidan saling berpandangan.
“Behave yourself, Mr. Lawyer. Hilang saham awak sebagai lelaki kedua terkacak di mata saya! Ingat reputasi awak sebagai peguam terhormat!” Aku menekan ayat lelaki terkacak.
Aidan ketawa geli hati. Dia kemudiannya berdeham untuk seketika dan kembali serius. Aidan terus mengajak aku pulang kerana waktu sudah semakin cerah dan cuaca sudah mula panas.
Sepanjang perjalanan menuju ke tempat parkir kenderaan, masing-masing senyap tanpa kata dan melayani perasaan di dalam hati.
I am back with a new chapter. Alhamdulillah, beberapa hari ni ada sedikit idea untuk bab seterusnya. Finally a confession scene! /wipes imaginary sweat/Sedikit berdebar ya dengan penerimaan readers untuk bab ni shshsh. Jenuh ya Cik Elle kita berteka-teki sampai ke sudah haha! So sorry to my female lead haha. Kalau ada sebarang typo harap dimaafkan.
xoxo, linaellenia
No comments:
Post a Comment