BAB 24
HUJAN lebat mulai turun membasahi sekitar jalan raya. Titisan air hujan jatuh ke cermin tingkap kereta milik Aidan. Aku perhatikan titisan air hujan tersebut dengan rasa minat.
Ketika itu kami berdua dalam perjalanan ke Sunway Pyramid kerana aku ingin singgah ke kedai buku yang ada di sana. Aku mengajaknya ke sana memandangkan cuaca seperti tidak mengizinkan kami untuk menghabiskan masa di tempat yang ingin Aidan bawa.
Sampai di pusat membeli belah tersebut, Aidan memarkir keretanya di parkir bertingkat. Kami menaiki lif untuk turun ke level G. Keluar dari perut lif, aku nampak ramai orang sedang berjalan memenuhi ruang di level tersebut sama ada secara berpasangan atau yang sudah berkeluarga. Pastilah kerana hari ini adalah hari hujung minggu jadi ramai mengambil kesempatan hendak keluar meluangkan masa bersama.
Aidan tetap berdiri di sebelahku, cuba mengelakkan aku daripada terpisah darinya. Apabila ada orang mahu berjalan atau melintasi kami, dia akan melindungiku dengan menarik lenganku yang beralaskan baju knitwear warna cream yang kupakai.
Terasa hangat tangannya walaupun lenganku berlapik. Dadaku jadi bergetar dan aku cuba mengawal perasaanku ketika itu kerana jarak yang agak rapat antara kami berdua.
"Sorry kalau awak tak selesa." Ujar Aidan selepas itu. Mungkin dia beranggapan aku terkejut dengan tingkahnya tadi.
Aku menggeleng. "Saya okey je. Thanks for protecting me."
Aku dan Aidan berjalan menuju ke tingkat yang menempatkan kedai buku dengan eskalator yang disediakan. Dia meleraikan pegangannya di lenganku.
Rasa teruja melihat lot kedai buku membuatkan aku tidak sedar bahawa aku terus jalan menonong tanpa mempedulikan Aidan di sebelahku.
Pantas aku masuk dan kakiku melangkah ke arah rak buku bahasa Inggeris.
Barisan rak-rak di seksyen tersebut aku perhatikan dengan penuh konsentrasi. Kot-kot ada judul baharu dari mana-mana penulis kegemaranku. Biasanya aku akan membeli secara atas talian atau kalau malas aku terus beli dan muat turun versi e-book. Kalau rasa mahu memiliki versi fizikal, aku akan beli di dalam talian.
Lama-kelamaan kekerapan untuk aku berkunjung. ke kedai buku semakin berkurangan.
“Ehem!”
Dalam aku sedang melayan dunia aku bersama buku-buku, terdengar satu dehaman dari seseorang. Suara milik lelaki.
Aku mengangkat wajahku. Tak sedar pula Aidan sudah berada di sebelah. Wajahnya nampak terhibur dengan perlakuanku.
"Excited sangat awak ni, Elle. Sampai saya pun awak tak pedulikan dah," Komen Aidan dengan nada usikan.
Aku menundukkan wajah. Tersipu aku dibuatnya. Iyalah, dahlah sekarang ni kami sedang keluar bersama, tapi boleh pula aku jadi tidak ingat dunia sebaik saja melangkah masuk ke kedai buku.
"Sorry, saya memang macam ni. I love books and reading them." Aku menjelaskan tentang minatku kepadanya.
"It's okay. You have told me before. Saya pun minat membaca juga." Aidan seakan tidak kisah dengan kejadian awal tadi. Senyum terbit dari bibirnya.
Aku sedia maklum akan minatnya. Aidan pernah memberitahu bahawa dia seorang yang suka menghabiskan masa lapangnya dengan membaca semasa kami sering berbual melalu WhatsApp atau dalam talian jika kami berdua tidak sibuk.
"My favourite genres are non-fiction and crime mystery. How about you?" Aidan bertanya, sambil itu matanya memerhatikan seksyen buku yang kami sedang berada.
"Romance is my favourite, ever. Also some thriller genres." Dengan riak bersahaja aku menjawab. Memang rak utama di sini menunjukkan genre kisah cinta yang popular dan terkini.
"So, are you a hopeless romantic then?" Serkap Aidan dengan usikan.
"Yes but maybe not?"
"Maksudnya?" Aidan kurang mengerti.
"I do believe in love but those love stories in the books I read are only fictional. Nothing like it happens in reality," Aku menggambarkan akan hakikat yang terjadi pada diri aku sendiri. Sayang dan sesetia mana pun boleh mengubah kasih seseorang kepada orang lain.
Cerita cinta yang aku sering baca hanyalah indah di dalam fantasi, namun realitinya tak sama. Sedih betul.
"Elle?" Panggil Aidan.
Aku tersedar dari lamunan sendiri. Aku pandang Aidan. Dahinya berkerut seakan risau dengan perubahanku secara tiba-tiba.
"Do you believe in love, Aidan?" Aku terus mengubah topik.
Aku juga ingin tahu pendapatnya.
Aidan membalas dengan senyuman hambar. "Not so much."
Soalan daripadaku menjadi penutup perbualan kami. Masing-masing terdiam, melayan perasaan masing-masing.
"Aidan," Aku sebut namanya.
"Yeah?" Matanya fokus ke arahku. Pandangan kami saling bertaut.
"Apa tujuan awak berkawan dengan saya?" Tenang aku melontarkan ayat pertanyaan kepadanya.
Selepas mendengar pengakuannya di kafe tadi, aku jadi mahu menanyakan soalan ini kepadanya. Mengapa sekarang dan bukan pada awal-awal kami mula mengenali antara satu sama lain?
Adakah aku baru mahu rasa curiga terhadap Aidan? Sebelum ini memang aku langsung tak pernah rasa seperti ini. Mungkin kerana aku rasa selesa dengannya sejak awal?
"I see, you're quite agitated with my answer just now." Wajah Aidan langsung tidak berubah, ekspresinya tenang.
"I am sincere towards you and our friendship. I am interested in you. As friends and maybe more..." Sambungnya lagi.
Sangat jelas Aidan menyatakan jawapan terhadap soalan aku berikan. Dan part jawapan yang seterusnya membuatkan aku mahu pandang ke arah lain. Muncul satu rasa seakan ada bunga sedang mekar dalam hatiku.
"So, what is your view on having another person to share your lifetime with?" Aku kembali membelek buku-buku di rak seksyen novel Inggeris, tak berani nak bertentang mata dengannya lagi. Soalan yang agak peribadi. Tapi aku cuba mengamati reaksi Aidan yang di sebelahku dari ekor mataku.
"At first, I would say I will never be married for my whole life. The idea of spending my lifetime with someone else was quite a strange thing for me."
Jawapan dari Aidan membuatkan aku terdiam. Jari-jemari tidak jadi untuk terus meneroka susunan buku-buku yang ada di rak tersebut. Aku pusingkan badan dan menghadap Aidan berdiri tidak jauh dariku.
"Is it because of your parents' marriage?" Tekaku dengan teragak-agak.
"You're right, Elle." Aidan tidak menafikannya, sekaligus membenarkan tekaanku itu.
"Perkahwinan ibu bapa saya membuatkan saya terfikir, why not I just spend my bachelorhood for a lifetime? I have a good career, a nice home, and cars and there's my sister to continue the family's bloodline." Sambil berkata dia ketawa sinis.
Aku sekadar mendengar dan melihat reaksi di wajahnya.
"But Elle, those things were squashed away when I met you. You made me feeling something in my heart, walaupun kita jarang berjumpa dan banyak berbual melalui telefon." Aidan memberikan satu pandangan bermakna kepadaku setelah itu.
"Sweet talker." Aku membuat muka, tak percaya.
"It's true, Elle." Tutur Aidan dengan wajah serius.
"Aidan, saya pernah bercinta dengan seseorang. Kami kenal sewaktu saya masih di universiti. Dan kami putus setelah tiga tahun bercinta angkara orang ketiga." Tanpa dipaksa aku menceritakan akan kisah percintaanku yang terputus di tengah jalan.
Aku perhatikan wajah Aidan. Dia tidak berkata apa-apa, sekadar menjadi pendengar setia.
"Pertemuan kita berdua untuk beberapa kali, waktu itu saya baru je beberapa minggu putus cinta. We became fast friends and exchanged numbers. Saya rasa senang bila kita berbual dan berbalas mesej. I already forgot about the heartbreak I received from my ex-boyfriend. No, saya bukan jadikan awak as pengganti or boundary love ke apa. Saya fikir you are someone who is really nice to talk to and I wish we are not that far away from each other." Panjang aku luahkan, rasa malu jangan dicakaplah, memang terasa sangat sampai rasa nak sembunyi wajah sendiri dari Aidan.
"How I wish I can pinch your nose. Do you know? Awak sangat adorable. You deserve someone who appreciates you more than your ex." Ujar Aidan untuk beberapa ketika. Lesung pipi di wajahnya naik.
Wajahku membahang, sebelah tangan naik memegang hidung sendiri. Aku menjeling Aidan. "Bukan muhrim ya!"
"Tapi boleh kalau kita kahwin!" Aidan tunjuk senyum senget.
“Saja nak buat lawak kan!”
Aku menjegilkan mata. Kalaulah aku boleh sentuh dia seperti kawan sama jenis dengan, lama dah aku cuit lengannya yang tegap itu…
*****
“THANKS FOR today.” Ucap Aidan setelah dia menghentikan keretanya di hadapan rumah keluargaku. Waktu sudah menginjak petang. Selepas kami mengunjungi kedai buku, aku mengajak Aidan lepak di Coffee Bean Tea Leaf di situ.
“Terima kasih jugak, dahlah harini awak belanja makan. Buku dan makanan tapau untuk adik saya pun awak tolong bayarkan.” Rasa macam segan pula bila Aidan asyik keluarkan duit, sedangkan aku dah cakap nak belanja dia. Tak aci betul.
Di kedai buku pula dia menawarkan diri nak bayarkan. Cashier perempuan di kedai buku tersebut tersengih melihat gelagat kami berdua. Kemudian bila aku singgah ke Llao llao untuk adikku yang bertuah, Aidan juga bayarkan.
“I insist. Tadi kan awak dah belanja air.” Aidan mengingatkanku.
“Next time, saya belanja awak!” Aku nekad, lain kali aku akan belanja dia pula.
“Oh maksudnya ada next date ya?” Mata hazelnya bersinar, lesung pipitnya juga terserlah. Entah berapa banyak senyuman yang muncul dari Aidan pada hari ini.
Aku terhilang kata-kata buat seketika. Jadi terpegun melihat ekspresi di wajahnya.
Selepas itu aku mengalihkan wajahku ke arah bertentangan darinya. Bertahanlah wahai hati! Cuba bayangkan dalam masa tiga bulan ni, Aidan selalu dekat dengan kau… Sempat hatiku mengingatkan diriku.
“Elle, awak okey ke?” Soal Aidan setelah melihat aku masih diam tanpa suara.
“O-okey!” Aku tayang sengih, cuba menutup rasa dalam hatiku.
Tali pinggang keledar aku tanggalkan. Aidan keluar dari perut kereta dan berjalan ke arah pintu penumpang. Dia buka pintu. Kalau sebelum ini aku rasa segan, kali ini aku jadi biasa.
Beg plastik berisi buku-buku dan dessert llao llao yang aku beli aku capai sebelum keluar dari pintu bahagian penumpang.
“See you when I see you?” Aku berkata pada Aidan.
“Miss me, okay?” Aidan mengenyitkan matanya. Dia kembali masuk ke dalam kereta.
Aidan beri isyarat menyuruh aku segera masuk ke dalam rumah. Aku mengikut dan masuk ke dalam kawasan rumah. Dari dalam keretanya, Aidan melambaikan tangannya.
Hilang bayang Aidan dan keretanya dari pandanganku, aku melangkah ke pintu utama rumah. Masuk ke dalam rumah, aku lihat ruang tamu sunyi tanpa sesiapa. Mungkin ahli keluargaku sedang berehat di bilik masing-masing.
Aku ke dapur untuk menyimpan dessert yogurt yang dibeli untuk Elisa di dalam peti ais bahagian tingkat atas.
Kakiku melangkah memanjat tangga untuk naik ke tingkat atas pula, sambil itu aku tersenyum sendirian. Kemudian, tanganku naik menyentuh sebelah pipiku. Panas.
“Seronok keluar dating?” Entah dari mana, Elisa muncul.
Ternaik bahuku, lalu aku memegang dadaku, terperanjat aku dibuatnya. “Adik!” Geramku.
Elisa buat muka tak bersalahnya. “Seronok dating, Kak Elle sayang?” Dia mengulang soalannya.
Aku pun buat muka tidak mengerti. “Kawan akaklah.” Jawabku.
“Yelah tu, kita nampak lelaki tu siap bukakan pintu untuk akak lagi!” Elisa senyum mengejek.
“Hisy, sibuk je kamu ni!” Rasa macam tertangkap buat salah pun ada. Almaklumlah, Elisa ni kan polis pencen tak bertauliah di rumah ini. Kalah abah kami yang sememangnya bekas polis yang sudah pencen.
“Boyfriend baru ke, kak?” Elisa mula nak mengorek rahsia.
Aku tidak menjawab. “Akak penatlah, bye!” Aku beralasan, cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik sendiri dan pintu dikunci dari dalam.
“Akak! Jawablah!” Tombol pintu dipulas dan pintu bilik diketuk bertalu-talu oleh adikku.
“No comment!” Jawapan klise aku berikan.
No comments:
Post a Comment