Monday, December 19, 2022

Her Reckless Heart (Bab 23)


BAB 23


"BELLE?" Teguran dari satu suara milik seorang lelaki membuatkan kami yang sedang berada di situ berpaling ke arahnya. Dia berpakaian kasual, baju t-shirt polo dan seluar slack berwarna khaki.


“Mummy!” Hanania, anak kepada Caroline juga muncul bersama lelaki yang baru datang ke arah kami tadi.


"Riq, I dah jumpa Hadley." Ujar Caroline kepada lelaki itu. Disebabkan wajah lelaki itu sedang menghadap Caroline, aku tidak dapat melihat rupa parasnya.


"Thank goodness. Abang dah risau tadi sebab tiba-tiba je Addie hilang." Kata lelaki itu dengan nada kelegaan.


"Hadley, come. Jangan kacau Uncle Idan nak dating tu," Caroline menyuruh Hadley datang kepadanya.


“Okey, mummy. Bye Auntie Elle and Uncle Idan! See you!” Hadley bergerak ke arah kedua ibu bapanya. Sempat juga dia mengucapkan selamat tinggal kepada kami berdua.


Aku membalas dan melambaikan tangan kepada Hadley. Kedengaran suara Aidan juga mengucapkan selamat tinggal kepada Hadley. Aku menoleh ke arah Aidan pula. Wajahnya pada ketika itu nampak natural, dan sempat dia memberikan satu senyuman buatku.


"Hey Aidan." Lelaki itu menyapa Aidan.


Aidan mengangguk tanda dia mengenali lelaki itu. 


"Hazriq."


Hazriq? Nama itu seakan pernah aku dengar, tapi di mana ya? 


"Have a good date then, dah tiba masa pun untuk kau tamatkan zaman bujang." Ujar Hazriq kepada Aidan dengan bersahaja.


Kerana rasa ingin tahu yang sangat kuat, aku menoleh untuk melihat gerangan lelaki itu.


Serentak itu aku terkejut dengan apa yang aku lihat. Kecil betul dunia ini…


"Oh, I've seen you somewhere. Elle Nadirah, kan?" Hazriq berkata setelah melihat wajahku. Nampak ada sedikit senyuman digariskan di wajahnya. Rambut pendeknya dibiarkan gaya bebas. Jika sewaktu dalam pertemuan sebelum ini, gayanya memang kemas yang jelas menunjukkan gaya korporat.


"Have you met with each other?" Soal Caroline dengan wajahnya penuh tanda tanya. Pandangannya terarah antara aku dan suaminya.


"Dad punya firma ada projek dengan company dia." Balas Hazriq, atau patut aku gelarkan Syed Hazriq.


"Oh, I see. Kecil betul dunia ni," Caroline berkata dengan senyuman.


Aku cuma balas dengan satu senyuman manakala Aidan sedari tadi tidak menyampuk perbualan pasangan di hadapan kami ini, sekadar menjadi pemerhati tidak berbayar.


Datang seorang pelayan lelaki menghantar makanan dan minuman yang dipesan oleh kami berdua. 


"Jom kita beredar, kesian Elle dengan Aidan nak menjamu selera."  Ajak Caroline setelah itu.


Hazriq dan Caroline berpamitan bersama anak mereka, Hanania dan Hadley. Kalau awal tadi Caroline memberikan satu pandangan kepada kami berdua, kali ini Hazriq pula melontarkan pandangan senang hati, siap ada senyuman terhias di bibirnya.


Dah kenapa dia ni? Aku mengalihkan pandanganku kembali ke arah Aidan.


Riak di wajahnya dingin. Keningnya bertaut dan sepasang mata hazelnya bertukar menjadi hampir kehijauan, warna coklat yang sering kulihat hilang dari pandangan.


“Aidan, are you okay?” Tanyaku dengan perlahan.


Aidan seakan tersedar dari lamunannya, dia memfokuskan pandangannya kepadaku. Raut wajahnya yang tadi dingin kembali bertukar ceria, seolah apa yang aku lihat sebentar tadi adalah satu ilusi semata-mata.


It’s nothing. Jom makan?” Aidan mengambil garfu dan pisau yang tersedia di tepi pinggan yang berisi pesanannya.


Aku juga meniru perlakuannya, mula menikmati makanan yang dipesan tadi. Walaupun hatiku seakan ingin tahu apa yang membuatkan Aidan beriak sebegitu, namun aku biarkan sahaja ia berlalu. 



*****



“AIDAN,” Aku memanggil Aidan. Pada waktu itu kami sudah selesai makan. Ketika itu Aidan sedang memeriksa sesuatu di telefon pintar miliknya.


Yes?” Aidan terus meletakkan peranti yang sedang dipegangnya ke meja. 


Perhatiannya dihalakan ke arahku semula.


Can you tell me, who are you actually?” Aku ingin tahu siapakah Aidan yang sebenarnya.


I am Aidan Harrison. I am 32 years old, going to 33 in July.” Dengan bersahaja Aidan menjawab.


Aku memeluk tubuhku, pandangan tidak puas hati aku berikan kepada Aidan. “Be serious, Aidan. Sepanjang beberapa bulan kita kenal, saya tahu beberapa perkara tentang awak, dan saya juga beritahu beberapa perkara tentang diri saya.”


Aidan mendekatkan dirinya ke meja. “Awak takut saya tipu awak ke?”


Aku mengangguk dengan jujur. “Saya hanya tahu awak sebagai seorang lelaki berbangsa Inggeris dari London, bekerja sebagai seorang peguam dan awak ada adik perempuan dan juga mak awak seorang wartawan.”


Aidan memberikan senyuman bangga kepadaku. “Dan saya kenal awak sebagai seorang IT analyst, mempunyai 2 orang adik beradik, seorang abang dan seorang adik. Ayah awak seorang bekas pegawai polis yang sudah berpencen dan mak awak seorang tukang jahit.”


Something which I didn’t tell you was I am a half Malay.” Sambung Aidan, sekaligus dia membuat satu perakuan tentang dirinya.


Why? Kenapa awak sembunyikan perkara itu? It’s a part of yourself, right?” Aku berasa hairan.


Yes, but it’s a bit complicated. Semua orang yang kenali saya, mereka tahu saya ialah Aidan Harrison. A guy from London, a lawyer and also a senior associate, with a mother who is a journalist and a younger sister. And Harrison is my mother’s family surname.


Aku hanya mendengar, membiarkan Aidan bercerita perihal dirinya.


“Tapi mereka tidak tahu yang saya mempunyai darah melayu dari sebelah bapa kandung saya. Although my parents marriage is legal and my mom even converted into Islam as muslim.


Aku terpempan.


When I was young, I almost hated the fact I was half Malay, but I didn’t know my heritage as a Malay. Sehinggalah saya berjumpa dengan Tengku Zarul. He was my junior at the University of London. He was the one who made me Malay-nised myself. I even fall in love with sambal belacan and all those Malaysian cuisines.” Aidan tergelak dengan ceritanya sendiri.


“Macam mana dengan diri awak sebagai seorang muslim?” Terdetik satu persoalan tentang agamanya dari fikiranku.


“Sewaktu saya di universiti, saya mengenali semula diri saya sebagai seorang Melayu dan muslim. Tengku Zarul banyak tolong saya di sana. Saya tak banyak bergaul dengan orang tapi Tengku Zarul merupakan roommate saya. I was thankful for him for those things. Kalau tidak mesti saya semakin sesat dan lupa tentang asal usul saya. And I might still loathe my half Malay heritage…


Aidan membuang pandangannya ke sudut lain. Wajahnya jelas terpancar satu emosi yang tidak dapat aku tafsirkan.


Wow. Sungguh aku tidak menyangka Aidan melalui perkara sebegini dalam hidupnya. Aku sangkakan dia sempurna, tanpa perlu menghadapi konflik yang besar. Dia seorang lelaki yang dilahirkan sebagai orang berdarah campuran Melayu-Inggeris. Identitinya sebagai seorang muslim menjadi samar-samar.


“Keluarga mak awak restu ke perkahwinan antara ibu bapa awak?” Tanyaku lagi.


Yes. Datuk saya sendiri restu. He’s an open minded person. Bagi dia, asalkan mummy saya gembira dengan pilihannya sendiri. Cuma keluarga di sebelah bapa kandung saya…mereka tidak restuinya. Mereka sudah ada pilihan yang telah ditetapkan untuk bapa saya. My mom was hurt by the fact my biological dad had to marry to his family’s choice.”


Aidan meraup wajahnya, ada sedikit senyuman diukir olehnya. “Ironically, I really hate to come to Malaysia. I guess it was because of you, Elle. I started to feel that Malaysia wasn’t that bad. There’s you. Our accidental meeting in the elevator was a fated one for me.


Mengingati semula pertemuan kami yang itu membuatkan ingin menutup wajahku. Masih ada rasa malu bertandang kerana kelakuanku yang tidak semenggah. “Don’t mention about it. It’s really embarrassing!” 



*****



SELESAI menjamu selera dan meluangkan masa dengan berbual tentang Aidan di Kafe June De Nova, kami menuju ke destinasi yang seterusnya. Cuaca di waktu itu sedang mendung, padahal pagi tadi elok je panas. Jam di dashboard kereta sudah ke pukul 1:00 tengahari. Suasana di dalam kereta milik Aidan ditemani dengan suara lagu-lagu di saluran radio.


How did you know Caroline? And also her husband?” Tanya Aidan kepadaku selepas kami lama mendiamkan diri.


We met a few months ago, at a bookstore in KLCC. Syed Hazriq pula awal tu saya pun tak ingat yang saya pernah terjumpa dia sebab saya terlupa, tapi company saya memang tengah ada ongoing project dengan firma ayah dia,” Balasku tanpa berselindung.


Aidan mengangguk setelah mendengarnya. 


She’s a close friend of mine actually.” Terang Aidan kepadaku.


I see…so that’s why you and Hadley are close.” Aku merumuskan bahawa Aidan dan Caroline adalah kawan rapat dan anak-anak Caroline juga rapat dengan dia kerana keakraban mereka.


Yeah. She has been through ups and downs in her marriage and I was there during those times. Saya pernah tolong dia jagakan anak-anak dia.” Cerita Aidan dengan tenang.


Selepas itu, aku mengalihkan perhatianku dari melihat pemandangan di jalan raya dan memandang sisi Aidan yang sedang memandu. Terdetik sesuatu di dalam hatiku dari kata-katanya.


Patutkah aku bertanya? Atau adakah ia akan mengganggu privasi hidupnya?


Why?” 


“Huh?” Aku blur untuk seketika.


“Awak macam ada soalan untuk ditanyakan.” Ujar Aidan kepadaku.


Aku menggelengkan kepalaku. “It’s okay, nothing to be asked.


“Dia kawan saya semasa keluarga saya tinggal di countryside. She’s my neighbour. Her parents' house was near my family’s house.” Ujar Aidan tanpa dipinta. 


Aku mengangguk. Ini antara maklumat baru yang aku tahu tentang Aidan. Tadi dia sudah menceritakan secara panjang tentang dirinya. Sekarang mengenai perkenalannya dengan Caroline dan juga Syed Hazriq?


“Awak kenal ke suami Caroline?” 


“Lebih kuranglah.” Pendek Aidan menjawab, seolah tidak mahu bercakap mengenai Syed Hazriq.


Fikiranku serta-merta mengingatkan aku akan peristiwa aku bertemu dengan Aidan bersama anak-anak Caroline di sebuah pasar raya. Boleh pula aku sangkakan Aidan seorang duda dan mempunyai anak! Tanpa disedari, aku tergelak sendiri.


“Kenapa? Apa yang kelakar tu?” Soal Aidan, mungkin pelik melihat aku tertawa keseorangan.


Sorry, saya teringat pasal kali kedua kita terjumpa di satu pasar raya ni. Bila tengok awak layan Hadley dan Hanania tu, saya ingat awak duda anak dua.” Cepat-cepat aku menekup mulutku, risau tergelak lagi kerana masih berasa kelakar apabila mengingati peristiwa tersebut.


Cheeky girl! So what if I am a widower? Tak sudi ke?” Usik Aidan dengan ketawa.


Aidan sebagai duda? Fuhh, duda hot lah! Aku rasa kalaulah dia berstatus duda, pastilah ramai anak dara dan janda ingin memikat dia untuk dijadikan suami. Inikan pula dia masih berstatus bujang.


“Takpe, nasib saya masih bujang. Lepas ni awak kena reserve saya siap-siap!” Makin galak Aidan bergurau.


“Amboi awak ni Aidan!” Wajahku kembali membahang, terkena dengan usikan olehnya.


Don’t worry about Callie and her family. Let’s worry about our date for today.” Aidan mengubah topik pula selepas itu.


What to worry about?” Aku tidak mengerti.


It’s going to be raining, I guess? I want to take you somewhere open and to talk about ourselves.


Tentang kami berdua? Tiba-tiba muncul satu debaran dari dadaku.


Belum sempat aku bertanya dengan lebih lagi, kedengaran bunyi nada dering telefon bimbit. Aku perasan bunyi tersebut datang dari telefonku. Aku menyeluk tanganku ke dalam beg tanganku. Setelah itu tertera nama Meena di skrin.


“Hello?” Aku menjawab panggilan dengan suara diperlahankan.


“Assalamualaikum Elle!” Meena memberi salam. Aku menjawab salamnya.


“Lama kau tak call, busy ke?” Soal Meena kepadaku. 


“Eh takdelah busy sangat.” Aku menghalakan pandanganku ke arah depan dashboard.


“Hari sabtu ni kau dekat rumah ke keluar lepak?” Meena bertanya dan nampak ada gaya seperti polis pencen kedua selepas adikku, Elisa.


“Aku keluar dengan kawan.” Memang aku tengah keluar dengan kawan pun, tapi dengan kawan berlainan jantina dan agak istimewa. Hehe.


“Asal suara kau perlahan? Line slow ke?” Soalan daripada Meena membuatkan aku rasa nak tepuk dahi. 


Aku mengintai Aidan di sebelah yang sedang fokus memandu, mungkin terasa diperhatikan, Aidan mengalihkan pandangannya ke arahku untuk seketika. Sebelah keningnya terjongket.


“Oh, member aku tengah drive ni. Malas nak cakap kuat.” Aku memberi alasan yang dirasakan logik.


Dari ekor mataku, aku nampak Aidan menahan dirinya daripada ketawa. Dia meletakkan sebelah tangannya ke bibir. Mungkin dia merasakan alasanku agak menggelikan hatinya.


Aku mengemam bibir, ah nanti aku pulak yang nak ketawa!


Untuk beberapa ketika aku dan Meena berbual sebelum dia meminta diri kerana ibunya menyuruh dia turun ke dapur. Rasanya Meena pulang ke Taiping kerana cuti di hujung minggu dan adiknya yang sedang belajar di universiti juga sedang cuti semester.


Kami sempat berjanji untuk menyambung perbualan di waktu malam pula memandangkan aku dan dia agak sibuk di hari siang.


“Member eh?” Usik Aidan setelah panggilan telefon tamat.


“Member special punya!” Selamba aku membalas, rasa malu dan segan aku campak jauh-jauh. 


Author's Notes:
Bab 23 is up! Alhamdulillah, ada jugak idea walaupun eh entahlah. Risau merapu je ni 😬😭 But I try to trust myself to keep on writing this story sebab aku nak cabar diri aku untuk habiskan cerita ni. Himnae! 💪💪💪 A/N ni kira tempat aku hype up kan diri sendiri lmao (dah terbiasa dari zaman tulis fanfic lagi shshsh). Selamat membaca.
P/s: Finally...Aidan ceritakan pasal diri dia...hehe I thought nak delaykan part tu but eh it's okay. Sometimes we just need to let the story flows how it is despite the plans we have been trying to create. I might not good at foreshadowing things but kot2 ada yang tries to connect the line? Haha pandai2 lah gais 😆

No comments: