BAB 22
AIDAN membawa aku ke Kafe June De Nova. Sudah lama aku tidak datang ke sini. Teringat aku akan memori ketika singgah ke kafe ini bersama rakan-rakan sekerjaku, dengan Meena dan juga abang Eilman dan adikku, Elisa. Dan kafe ini juga menjadi tempat pertemuan antara aku dan Aidan.
Seperti sudah terbiasa dengan susun atur kafe ini, Aidan terus memilih meja yang sedikit jauh dari orang ramai. Aku hanya mengikuti langkahnya.
"It has been few months since I came here," Ujarku setelah kami mengambil tempat duduk masing-masing.
"Oh? So, you're a regular customer of this cafe?" Tanya Aidan dengan penuh minat.
"Not really, but I've been here few times with my friends and siblings. A nice cafe for foodies if I can say." Aku berkongsi pengalamanku setelah beberapa kali datang ke kafe ini.
Aidan mengangguk.
"I've been here too, for a few times. Nice cafe and I love the vibes." Aidan memberikan pendapatnya pula.
"True," Aku bersetuju dengannya.
"And this place is also a place where we met each other again. Right?" Aidan menyambung dengan senyuman di wajahnya.
Automatik fikiranku melayang ke memori ketika aku menemui Aidan beberapa bulan yang lepas. Pada waktu itu aku keluar bersama abang Eilman dan Elisa kerana adikku yang seorang itu beria-ia mengajak kami keluar bersama. Memang dia bodek dan pau kakak dan abangnya. Dan boleh pula terjumpa dengan Aidan di sini.
"Yup," Balasku dengan rasa senang hati.
Kami berbual kosong sementara menunggu pelayan datang ke meja kami untuk memesan order.
Datang seorang pelayan perempuan ke meja kami. Aku lihat tidak berkelip mata gadis itu menatap wajah Aidan. Seakan terpesona.
"Which one do you want to eat?" Aidan menanyaku, langsung tidak menghiraukan pandangan pelayan perempuan yang sedang berdiri di hadapan kami.
"Just a drink, Actually I've eaten for breakfast." Dengan rasa serba-salah aku memberitahunya.
Lempeng kelapa yang mama buat awal pagi tadi aku bedal dalam 3 keping juga. Punyalah lama tak makan juadah tersebut, sampai tak teringat yang aku akan keluar dengan Aidan pula lepas itu. Kenyang terus perutku.
Aku sekadar menyelak buku menu yang diletakkan di meja itu.
"It’s okay. Darling, you have to choose at least a dessert." Aidan cuba memujuk agar aku ikut memesan sesuatu. Riak di wajahnya langsung tidak menunjukkan yang dia ambil hati dengan apa yang aku beritahunya tadi.
Dia memesan spaghetti dengan chicken grilled dan iced americano.
Aku menongkatkan dagu ke meja. Sebelah tangan menyelak buku menu di halaman yang menyenaraikan pelbagai jenis pemanis mulut yang ada di kafe ini.
"Bagi satu set waffle dengan chocolate drizzle dan air jus epal ya," Aku memberitahu kepada pelayan perempuan itu.
Tak berkutik, pelayan perempuan itu masih leka memandang wajah Aidan. Aku menghalakan mataku ke arah Aidan. Bibir automatik menguntum satu senyuman, tanda aku sedang terhibur dengan situasi yang sekarang ini.
Aidan mengerutkan dahinya. Mungkin tidak faham dengan senyuman yang aku tunjukkan. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah pelayan di depan kami. Tangannya mengetuk meja dengan sedikit kuat.
Si pelayan perempuan itu tersedar dan bahunya ternaik sedikit apabila terdengar bunyi ketukan dari Aidan.
"S-sorry, m-may you repeat it again?" Tergagap si pelayan itu bertanya kepada Aidan.
"One set of spaghetti with grilled chicken, one iced americano, one apple juice and a set waffle of with chocolate drizzle. Thanks." Dengan wajah tanpa senyum, Aidan mengulang pesanan yang dipilih oleh dia dan aku.
Gadis itu mengangguk dan tangannya laju menekan sesuatu di dalam tablet yang sedang dipegangnya.
Selepas pelayan perempuan itu berlalu, Aidan memandangku dengan tanda tanya di wajahnya. Aku pula perhatikan Aidan dengan rasa geli hati.
"Don't be mad, she's attracted to your looks. It's what we called in Malay as terpesona. " Jelasku kepada Aidan.
Aidan melepaskan nafas.
"Looks don't last forever. It's the heart and soul." Ujarnya dengan serius.
Aku mengangguk, bersetuju dengan kata-katanya.
"And she's ignoring you, dear." Aidan seolah tidak berpuas hati, wajahnya jelas beriak tidak senang dengan kejadian tadi.
Aku menjungkitkan bahu. Tanda tidak kisah. Sesiapa yang terlihat wajah kacak seseorang seperti Aidan pun akan terpaku dan berhenti melakukan apa jua perkara yang sedang dilakukan.
Seperti diriku ketika kami bertembung untuk kali pertama, sehinggakan ditegur oleh tuan punya badan. Kalau diingati semula memang aku pun jadi nak sembunyi dan nak lupakan kejadian tersebut.
"Just like I said before. She's attracted with you." Kataku dengan nada hendak mengusik dia.
Aidan buat tidak endah.
"I just need you to be attracted to me. Not anyone else." Balasnya dengan bersahaja.
Kali ini aku terdiam. Tidak tahu nak balas apa kepadanya. Wajahku jadi panas serta-merta. Aku tahu yang Aidan suka memanggil dengan panggilan endearment seperti dear dan darling tetapi adakalanya aku terfikir juga akan adakah dia serius atau sekadar untuk gurauan antara kami berdua sebagai kawan?
"Aidan…" Panggilku.
"Yes?" Mata hazel miliknya menikam pandangan mataku. Aku menelan liur.
"We are friends, right?" Dengan berhati-hati aku cuba bertanya. Padahal dalam hati terasa debar. Debaran untuk apa? Aku sendiri pun tidak pasti.
"Nope." Laju Aidan membalas.
Aku terkedu. Tak sangka akan jawapan yang diberikan olehnya. Jantung terasa seakan mahu luruh.
"You're my special friend. An important person after my mom and my sister." Aidan menyambung kata-katanya dengan nada serius.
Aku menarik nafas panjang. cuba menenangkan perasaan di dalam diri pada ketika itu. Dan aku tak jadi nak sambung terkejut. Ciskek betul.
Kemudian aku lihat ada tisu yang tersedia di meja tersebut lalu aku ambil dan baling ke arahnya.
"Nakal awak ni!" Aku tidak berpuas hati dengan usikan yang dilakukan olehnya. Hampir gugur jantung aku dibuatnya.
Dengan tangkas sekali tangan Aidan menangkap sehelai tisu yang aku baling tadi. Aidan tunjuk sengih.
"If I am, what should you do?" Tanya Aidan dengan nada mengusik.
Sekejap, aku silap dengar ke?
Aidan faham ke apa yang aku bebelkan tadi? Aku merenung Aidan yang duduk di hadapanku.
"Aidan? You can understand Malay?" Soalku dengan rasa tidak percaya.
Dia mengangkat bahu. Tidak mengiakan atau menidakkan tekaanku.
Sekali lagi aku membaling tisu ke arahnya.
"Be calm, dear. I know I am at fault, jangan bazirkan tisu-tisu ni. Benda ni tak ada apa salah pun,” Dalam nada bergurau, Aidan berkata. Senyumannya bertukar menjadi senyum senget.
Aku campak lagi helaian tisu ke arahnya. Geram!
Dan ini merupakan kali pertama aku mendengar Aidan bertutur dalam bahasa Melayu.
"You better explain everything, Aidan Harrison!" Aku mengecilkan mataku, kecil besar je aku tengok mamat Inggeris ni.
"Will do, dear. I will explain everything about myself today." Jawab Aidan sambil menangkap tisu-tisu yang dibaling olehku ke arahnya tadi
"Banyaklah you punya dear!" Gumamku dengan perlahan.
*****
AKU menghadap cermin di dalam tandas di kafe June De Nova. Wajahku yang kelihatan masih terkejut terbias di cermin itu dan aku perhatikan keadaan diriku di saat itu. Kemudian aku gelengkan kepala pula. Tidak menyangka selama beberapa bulan ini, aku ditipu secara hidup-hidup oleh jejaka bernama Aidan Harrison.
Aku memuncungkan bibir, masih tidak berpuas hati dengan jejaka Inggeris itu. Di waktu ini mulalah aku nak overthinking tentang itu dan ini. Ikhlaskah Aidan berkawan denganku? Atau dia mempunyai agenda lain?
Tiba-tiba terasa bahuku disentuh dengan perlahan. Aku tersentak.
"Miss? Awak okey ke?" Tegur satu suara milik seorang perempuan.
"Makk!!" Terjerit aku dibuatnya, terperanjat dengan teguran itu. Aku menoleh ke sebelah, mahu lihat siapakah yang menegur aku tadi.
Pandangan mataku terarah kepada wanita berambut panjang lurus berwarna perang muda yang sedang berdiri di tidak jauh daripada aku. Dia mempunyai raut wajah orang putih tulen dan bermata biru.
"Elle? Elle Nadirah, right?" Tanya wanita itu dengan senyuman.
"Yes, saya Elle.” Jawabku. Untuk beberapa ketika aku cuba mengecam gerangan wanita Inggeris di sebelahku. Kemudian, mataku membulat setelah mendapat jawapan.
“Uhmm…Caroline?” Tekaku dengan sedikit rasa teragak. Jika diingati semula, jarang sekali aku menemui orang putih kecuali Aidan dan juga Caroline, di mana pertemuan kami hanyalah sekali pada beberapa bulan yang lepas.
Caroline mengangguk. Senyuman lebar diukir dan nampak cantik bila dilihat. Orang cantik, memang apa-apa perlakuan dibuat olehnya kelihatan cantik di mata orang lain.
"Tak sangka kita berjumpa di sini." Ujar Caroline dengan gembira. Dia bertutur dalam bahasa Melayu, dan aku masih terpegun apabila mendengarnya.
"Betul tu." Aku mengiakan.
Tak sangka kami bertemu dan masih mengenali diri masing-masing walaupun sudah berbulan lamanya. Jumpa pun baru sekali, tapi dah macam lama kenal.
"Datang dengan siapa?" Caroline bertanya, dia bergerak ke arah singki di sebelahku untuk mencuci tangan.
Aku juga ikut mencuci tangan. Tujuan asal ke sini adalah untuk menenangkan diri. Alih-alih terjumpa dengan Caroline pula.
"Dengan kawan." Pendek aku membalas.
"Ohh…" Bibirnya membentuk seakan 'O'.
"Awak datang dengan anak-anak ke?" Teringat aku akan anak kecil yang bernama Hadley itu, petah bercakap walaupun masih muda, lagikan pula anak itu mempunyai darah campuran Melayu-Inggeris.
"Haah, sekali dengan suami I."
Kami berbual untuk seketika sebelum masing-masing meminta diri untuk kembali ke meja masing-masing.
*****
SEWAKTU aku hampir sampai di meja yang aku dan Aidan duduk, aku terlihat satu gambaran yang bagiku comel. Di meja itu, Aidan sedang melayan seorang kanak-kanak perempuan.
Aku mendekati mereka. Pandanganku tertumpu ke arah kanak-kanak perempuan itu.
"Hadley?" Terpacul satu nama dari bibirku.
Kanak-kanak perempuan yang sedang berbual dengan Aidan mendongakkan kepalanya, mungkin terdengar namanya disebut.
"Auntie Elle!" Terpancar senyuman di wajah comel Hadley, siap nampak gigi susunya lagi.
Hadley turun dari kerusi didudukinya sebelum mendapatkan aku yang tidak jauh daripadanya.
Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Aku menyambut huluran salamnya. Seperti seakan terbiasa, aku mengelus lembut rambutnya yang berwarna perang muda itu.
"Hadley sihat?" Tanyaku dengan lembut.
Hadley mengangguk.
"Auntie Elle datang sini dengan siapa?" Petah Hadley menyoalku.
Tanganku naik memegang kedua belah pipinya. Comel dan geram sangat dengannya.
"Dengan Uncle Aidan," Jawabku sambil menunjukkan ke arah Aidan yang sedang perhatikan kami berdua dengan minat.
"Oohh, is she your special one, Uncle Idan?" Dengan polos Hadley bertanya kepada Aidan pula.
Di saat ini aku tak mampu nak berkata apa-apa. Terkedu dengan kata-kata Hadley yang naif tetapi memberi satu kesan dalam diriku.
Aku mengerling Aidan yang sedang duduk. Dia sekadar senyum ke arah kami berdua.
Belum sempat aku menunggu Aidan untuk membalas, terdengar suara seorang wanita sedang memanggil nama Hadley.
"Hadley! Di sini kamu rupanya. Puas mummy dengan daddy cari kamu!" Suara Caroline memecahkan suasana senyap di meja tersebut.
“Aidan? What are you doing here? When did you come to Malaysia? Eh, Elle?” Panjang soalan dilontarkan oleh Caroline setelah melihat Aidan dan diriku di situ.Wajahnya jelas kehairanan.
Aku juga mempunyai pelbagai persoalan ketika ini. Aidan dan Caroline memang saling kenal antara satu sama lain? Bagaimana mereka kenal dan sebagainya. Tetapi aku hanya mendiamkan diri dan menunggu Aidan bersuara.
“Sorry mummy. Hadley ternampak Uncle Idan, so I went to him!” Hadley menjawab apabila orang dewasa di sekelilingnya hanya mendiamkan diri.
“Ohh…” Caroline mengangguk. Dia masih memandang antara aku dan Aidan yang berada di meja itu.
“Hi Callie. Didn’t expect to meet you here.” Aidan menyapa Caroline tanpa menjawab soalan yang dilontarkan oleh wanita itu.
“Yes, me too.” Caroline masih tidak lepas memandang kami berdua.
“Mummy, Auntie Elle is Uncle Idan’s special one!” Riang suara Hadley memberitahu kepada mummynya.
Aku tak mampu bereaksi, dan aku lihat Aidan juga tidak menegur atau membetulkan apa yang disampaikan oleh Hadley. Caroline memandang kami berdua dengan satu pandangan yang berbeza.
“Is it true?” Soal Caroline dengan nada teruja, matanya bersinar.
“Well, that is what Hadley said. She is indeed my very special friend,” Tidak teragak-agak Aidan menjawab.
Aku? Aku hanya tunjuk senyum jelah.
Author's Notes:
Hi semua! Dah sebulan lebih aku tak update HRH. Banyak benda jadi awal bulan lepas, family matters etc. Bulan ni baru sempat nak bukak draft HRH hshshs. Maaf kalau ada typo atau ayat tak siap. Memang dah nekad nak post sebab lama sangat peram dah ni shshsh. Enjoy! 😘💕
No comments:
Post a Comment