BAB 21
PAGI hari Sabtu, seperti kebiasaan keluargaku akan bersarapan bersama. Kebetulan abang sulungku Eilman pulang setelah lama tidak nampak bayangnya di rumah. Dia sibuk sangatlah tu sampaikan adik-adiknya nak jumpa abang sendiri pun susah. Lagi-lagi bila dia memang mempunyai rumah sendiri di Kuala Lumpur, jadi memang jaranglah untuk dia pulang ke rumah keluarganya selalu.
Mujurlah zaman sekarang sudah ada kemudahan internet dan media sosial, jadi kami sekeluarga banyak bertanya khabar melalui perbualan di group WhatsApp keluarga atau panggilan telefon.
Aku dan Elisa membantu mama masak dan menghidangkan sarapan pagi. Hari ini mama masak lempeng kelapa atau orang belah utara panggil peknga. Makanan ini menjadi antara makanan kegemaran kami sekeluarga terutamanya abah yang asalnya orang utara. Lempeng kelapa wajib dicicah dengan kuah gulai ikan atau sambal tumis, kalau makan lempeng tanpa cicah kuah pun dah sedap. Dan bila dipadankan dengan minuman air teh o panas atau kopi o panas memang terangkat!
Awal tu abah bercadang hendak bawa kami satu keluarga keluar makan di luar saja, namun awal-awal aku beritahu abah yang aku akan keluar berjumpa dengan kawan. Jadinya abah memutuskan untuk bersarapan di rumah saja.
Elisa pula dah renung aku semacam sewaktu aku memberitahu abah akan rancanganku itu. Wajahnya penuh persoalan. Tak sah budak seorang ini. Rasa ingin tahu itu sangat kuat.
Mama dengan abah rileks je tak tanya apa-apa. Cuma memberi pesanan agar menjaga diri bila nak keluar nanti.
"Lama Eilman tak balik, mama rindu lah," Kata mama semasa kami anak beranak sudah duduk di meja makan.
Abang Eilman hanya senyum.
"Banyak projek tengah berjalan, ma. Itu sebab abang tak sempat nak balik tengok abah dan mama," Balasnya.
Abah mengangguk tanda mengerti akan kesibukan anak lelakinya itu.
"Tak apalah, mama kamu tu memang. Yang, Eilman dah ada depan mata awak tu, tak payah nak berkeluh tanya bila dia nak balik." Ujar abah kepada mama yang duduk di sebelahnya.
Aku dan Elisa hanya menjadi menjadi pendengar, tak menyampuk langsung.
Tiba-tiba mama buat drama air mata.
"Lama tak berkumpul macam ni…kalau nanti anak-anak kita dah berumah tangga, lagilah sunyi saya ni, bang." Adu mama kepada abah. Air mata pun dah mengalir turun membasahi wajah cantik mama.
Ah sudahh…bisikku dalam hati.
Abah cuba menenangkan mama yang agak beremosi pada pagi ini. Mungkin mama gembira melihat keluarga kecilnya berkumpul jadi perasaan tu orang kata overwhelmed sampai teremosi sebegitu rupa.
"Sabar Erna, anak-anak kita ni walaupun dah berumah tangga pun suatu hari nanti, mesti mereka akan datang tengok kita. Kita dah didik mereka dengan elok dah," Abah memujuk mama.
Hampir saja kami anak-anak kepada Encik Azmi dan Puan Erna tak jadi nak menjamah sarapan pagi.
Sebabnya? Jadi kenyang tengok drama suami isteri antara mama dan abah. Mama ni memang cengeng, bak kata abah. Abah kami bertiga ini nampak je macam tak banyak cakap, tapi dengan mama lain sikapnya. Gaya memujuk pun mesti lama dah abah kuasai, yalah dah hampir 30 tahun melayari bahtera perkahwinan kan. Mesti dah masak dengan perangai sesama pasangan.
"Alaa mama ni, jangan risau. Elisa akan jaga mama dengan abah. Biar abang Eilman dan kak Elle kahwin dulu. Elisa muda lagi…" Elisa pula memujuk mama, sekali dengan cubaan membuat lawak.
Lagilah mama jadi bertambah sedih.
"Anak-anak mama…" Rintih mama dengan rasa sedihnya.
Dengan itu, terjadi pula babak berpelukan sesama anak beranak. Aku dan Elisa bangun dari tempat masing-masing dan memeluk mama, manakala Abang Eilman dan abah seolah mati kutu, hanya melihat tingkah kami bertiga di meja makan.
Selama ini, mama dengan abah jarang sekali membuka bicara hal kahwin dengan kami bertiga. Mungkin mama masih tak dapat melepaskan anak-anaknya untuk ke peringkat seterusnya dalam kehidupan masing-masing.
Sejurus itu, perkara ini membuatkan aku terfikir. Bagaimanalah kalau suatu hari nanti aku memberitahu mama yang aku ingin berkahwin?
Adakah boleh jadi drama air mata seperti tadi atau sebaliknya?
*****
AKU berdiri di depan meja solekku untuk membetulkan awning tudung bawal berwarna biru pastel yang terletak elok di kepala. Aku memilih untuk memakai baju knitwear warna beige dan seluar jeans warna biru muda untuk memadankan bersama tudung yang sedang aku pakai.
Beberapa hari telah pun berlalu sejak aku keluar makan tengahari secara mengejut bersama Aidan. Kami berbalas mesej melalui WhatsApp seperti kebiasaan, tak banyak yang berubah. Kecuali…mungkin sebelum ini masing-masing jauh, seorang di Malaysia manakala seorang lagi nun jauh di England.
Kini, bila masing-masing berada di satu negara yang sama membuatkan hatiku terasa gembira dan tidak sabar untuk meluangkan masa dengan Aidan sepanjang keberadaannya di Malaysia. Bagiku, bukan senang untuk dia meninggalkan kerjanya yang begitu penting baginya.
Aku memeriksa telefonku untuk melihat jika ada mesej dari Aidan. Jam di telefon menunjukkan pukul 10:30 pagi. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri sendiri, aku menutup suis elektrik di dalam bilik tidur sebelum beg tangan dicapai dan bersedia untuk turun di bawah untuk menunggu Aidan datang.
Ya…Aidan menawarkan diri untuk mengambilku dari rumah keluargaku. Awalnya aku nak menolak tapi Aidan cakap bukan dating namanya kalau pergi sendiri-sendiri. Aku sekadar membalas dengan emoji ketawa pada mesej kirimannya. Jadinya aku menghantar lokasi rumah keluargaku supaya senang dia untuk mengambilku.
Turun ke bawah, aku berjalan ke bahagian ruang tamu. Kelihatan Elisa sedang asyik menonton drama Korea melalui kaca televisyen. Heronya Song Joong Ki.
“Wow, kak Elle. Cantiknya!” Elisa memuji selepas dia nampak aku masuk ke ruang tamu. Tidak lagi fokus ke arah drama Koreanya sebaliknya fokus ke arahku pula.
“Hmm, ni puji-puji akak ni ada makna ke?” Sengaja aku mengusik. Tapi, mengenali adik sendiri, aku rasakan mesti ada sesuatu ni kalau dia mula memberikan pujian.
Aku melabuhkan duduk di sofa.
“Lahh, salah ke kita nak puji? Cantik akak harini. Macam gaya orang nak pergi dating,” Nada dan memek wajah Elisa ketika itu seakan hendak merajuk.
Eh-eh…ayat yang hujung-hujung tu kan…sempat pula dia menambah.
Aku perhatikan Elisa yang duduk di sofa menghadapku.
“Ada apa yang Elisa nak?” Terus aku tanya dia, malas nak belok sana sini.
Elisa tayang sengih.
“Kalau keluar nanti, bawa baliklah apa-apa makanan ke minuman yang sedap-sedap.” Tanpa rasa segan dia memberi pesan penaja kepadaku.
“Ok, fine.” Aku bersetuju tanpa kompromi, lagipun tahu sangat adikku yang seorang ini bagaimana, pantang tengok aku keluar, mesti ada yang dipesan olehnya. Nama pun adik bongsu kan…wajib pau kakaknya.
“Thanks, kak!” Elisa bangun, hendak memelukku. Aku mengelak darinya.
“Ish, akak dah pakai cantik begini, nak peluk apa!” Kataku sebelum menjeling Elisa yang berdiri tidak jauh dari jarak aku sedang melabuhkan duduk.
“Ohh…maknanya memang nak keluar pergi dating lah ya?” Elisa meneka, cuba mengorek rahsia dariku.
“Siapa yang nak keluar dating tu?” Entah dari mana, abang Eilman muncul di ruang tamu. Aku pun tidak perasan.
“Eh tak adalah, bang. Elisa ni haa, saja nak usik Elle.” Cepat-cepat aku menafikan.
Mengenali abang sulungku ini, walaupun nampak saja macam jenis banyak berdiam dan tak ambil peduli, boleh jadi dalam diam abangku boleh jadi pengintip tak berbayar secara rahsia.
Entah-entah…peristiwa mama menerima kiriman gambar bekas kekasihku Eddie dengan wanita lain di sampingnya itu mungkin kerja abang Eilman. Puas juga aku fikir, tapi firasatku mengatakan bahawa itu merupakan kerja abangku. Kenapa? Sebab abangku tinggal di Kuala Lumpur, dan Eddie juga tinggal di kawasan sana, jadi kemungkinan untuk dia terserempak dengan Eddie itu sangat tinggi potensinya.
Tapi, aku tak cuba pun untuk bertanya, kerana bagiku bendanya dah berlalu dah. Orang itu pun dah tak ada apa-apa hubungan denganku lagi.
Bunyi nada dering telefonku menamatkan perbualan kami antara adik beradik. Pastinya Aidan sudah sampai. Aku bangun dan memegang tali beg tanganku. Telefon pintar diambil dari dalam beg tangan dan tertera nama Aidan di skrin.
Aku menjawab panggilan darinya dan bangun dari dudukku di sofa. Dari sisi belakang terasa seakan ada pandangan dihalakan oleh Elle dan Abang Eilman ke arahku.
“Hello, Elle. I’m here, in front of your family’s house,” Suara garau Aidan menyapa telingaku.
“Alright, on my way to go out.” Balasku dengan ringkas. Panggilan ditamatkan.
“Nanti beritahu abah dengan mama. Elle pergi dulu! Assalamualaikum!” Aku memberikan pesan kepada abang Eilman dan adikku Elisa sebelum bergerak keluar melalui pintu utama rumah.
“Elok-elok keluar tu.” Pesan Abang Eilman.
“Bye kak!” Sahut Elisa pula.
Aku melambaikan tangan ke arah mereka berdua.
Kasut sneakers berwarna hitam dicapai dari rak kasut yang ada di tepi luar pintu utama rumah dan disarungkan sebelum aku berlari-lari anak ke pagar.
*****
KERETA model Audi warna hitam sedang berhenti di hadapan rumah keluargaku. Pastilah ia kereta milik Aidan. Sebelum ini dia memandu kereta model BMW. Dia import dari England ke? Sempat aku bertanya dalam hati. Cermin tingkap bahagian depan sebelah penumpang diturunkan. Muncul wajah kacak Aidan dari pandangan mataku.
“Hey dear…” Aidan menegurku dengan senyuman di wajahnya.
Aku tersenyum dan membalas, “Hi.”
Aku terus masuk ke dalam keretanya, tak mahu menyusahkan Aidan turun untuk membukakan pintu keretanya untukku. Kali ini dia bawa kereta lain pula. “Another car?” Sengaja aku bertanya dan pandang wajah kacaknya di sebelah.
“Yup,” Pendek Aidan membalas.
Gayanya ketika itu kelihatan santai dengan badannya disandarkan ke kerusi bahagian pemandu. Tangan kanannya diletakkan atas stereng manakala tangan kiri direhatkan di paha kirinya.
Aku juga tidak memanjangkan pertanyaan. Tali pinggang keledar ditarik untuk dipakai sebagai langkah keselamatan.
Aidan menghidupkan enjin kereta untuk memulakan pemanduan. Sempat juga mataku meneliti pakaian yang dikenakan olehnya. Baju t-shirt lengan pendek kolar bentuk V berwarna putih yang dipadankan dengan seluar jeans berwarna biru muda. Rambut hitamnya dibiarkan gaya messy tapi tidak nampak terlalu serabut. Simple dan sedap mata yang melihatnya.
Sesuai dengan gaya untuk keluar di hari hujung minggu, bebas dan tak perlu formal.
“How are you? Can you adapt to your stay in Malaysia?” Aku memulakan perbualan. Mahu tahu bagaimana dia menyesuaikan diri untuk tinggal di Malaysia.
“So far, it’s good?” Balas Aidan kepadaku.
“And actually, I am not that unfamiliar with this country.” Aidan menyambung lagi
“Hah?” Aku terpegun, agak terkejut dengan jawapan darinya. Aku mengalihkan pandanganku, menumpukan seratus peratus ke arah Aidan. Pemandangan di luar aku dah tak hiraukan, kerana aku berminat untuk tahu jawapan darinya.
“Let’s just say that I have been to Malaysia for quite few times,” Aidan menjawab, namun nadanya seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.
Aku perhatikan tingkah laku dan ekspresi muka Aidan. Dia kelihatan tenang, tak ada perubahan di wajahnya.
“As we have already known each other for a few months, I would like to tell you some little bits of myself, more than what you knew before this.” Aidan mengalihkan pandangannya, merenungku yang duduk di sebelahnya.
Untuk seketika, mata kami saling bertembung. Terpancar satu sinar yang aku tak mampu tafsirkan dari sepasang mata berwarna hazel milik Aidan. Sinar kepercayaan? Aku akui bahawa Aidan memang biasa bercerita tentang dirinya. Cuma adakalanya aku tertanya juga adakah itu memang semuanya atau ada lagi yang dia tidak ceritakan kepadaku?
Namun, tidak semua perkara harus diceritakan. Aku juga begitu, ada perkara aku tidak beritahu kepadanya. Aku menghormati Aidan sebagai kawan, dan Aidan juga menghormati aku sebagai kawannya.
“You can tell me, Aidan. You are my friend, right?” Ujarku.
Aidan mengalihkan pandangan wajahnya ke arahku sebelum memberikan satu senyuman lagi kepadaku. Suka aku melihatnya, dengan pakej lesung pipi sekali.
“You’re too precious, my dear. How can I not let down as my special friend?” Satu kenyitan diberikan oleh Aidan selepas itu.
Senyuman terbit di bibirku, terhibur dengan Aidan.
“Don’t fret too much, when the time comes I will tell you,” Nada suaranya kedengaran misteri ketika mengucapkan kata-kata itu.
Kemudian Aidan kembali menumpukan perhatian terhadap pemanduannya ke arah jalan raya. Aku pula diam melihat gaya pemanduannya sambil cuba menganalisis makna di sebalik kata-katanya.
Update untuk minggu ni!
Kalau ada ayat tertinggal ke apa, abaikan dulu. Aku pun dah naik juling check dan baca hahaha
#HelloNovember //hint: birthday month aku and birthday aku esok hshshs kbaii🤩💘💋
No comments:
Post a Comment