Tuesday, October 25, 2022

Her Reckless Heart (Bab 20)

BAB 20

SUASANA di dalam kereta yang dipandu oleh Aidan senyap kecuali iringan suara daripada dj dan lagu-lagu yang terpasang melalui saluran radio bahasa Inggeris. Sejak tadi sewaktu aku menaiki keretanya, aku cuma menegurnya dan dia pula membalas teguranku.


Ini merupakan kali pertama kami duduk di satu ruang yang sama. Sebelum ini kami banyak menghabiskan masa berbual melalui atas talian dengan aplikasi WhatsApp dan ada kalanya kami menggunakan panggilan video. Boleh dikira berapa kali kami bertemu secara bersemuka. 


Dari ekor mataku, aku cuba menilik rupa parasnya. Hari ini dia memakai pakaian gaya kasual, berseluar slack berwarna khaki dan baju kemeja warna putih dan disertakan tali pinggang kulit berwarna coklat gelap. Rambutnya yang berwarna hitam kelihatan sedikit pendek berbanding dari pertemuan kami beberapa bulan yang sebelum ini. Jambang yang melatari wajahnya nampak kemas dan rapi, jadi sedap mata memandang dibuatnya sebab tidak kelihatan serabut.


Kedengaran Aidan berdeham, mematikan pemerhatianku terhadapnya.


So, any difference on my face?” Aidan mengusikku. Terbias senyuman nakal di bibirnya.


Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. Wajah terasa hangat kerana usikan Aidan. Haa…kan dah tertangkap dengan tuan punya badan.


Hey, I’m just trying to lightened the mood.” Kata Aidan dengan gaya seakan hendak memujuk. Mungkin dia ingat aku terasa dengan usikannya apabila aku langsung tidak memberikan apa-apa jawapan. 


Aku menggelengkan kepala. “Nope, it’s just…” Ah, segan nak mengaku yang aku asyik menilik gaya penampilan dan paras rupa tuan punya badan di sebelah ini! 


Just what?” 


Nothing la!” Balasku dengan geram, cuba menutup rasa segan dalam diri ini. Pandangan aku masih dihalakan ke luar tingkap, tidak mahu memandang ke arah Aidan di sebelah.


Terletus tawa dari Aidan. Ketawa yang kedengaran maskulin bagi aku. 


Pandai ya kau Elle, ketawa pun ada kategori…maskulin lah, feminin lah…


Senyuman terukir di wajahku tanpa sedar. Sekaligus, perbualan kami itu memecahkan suasana senyap di dalam kereta.



*****



SAMPAI di sebuah restoran masakan Melayu yang dipilih oleh Aidan, kami berdua berjalan menuju ke restoran tersebut. Memang jauh aku keluar hari ini. Lokasi restoran ini terletak di Taman Botani Perdana, antara tempat tumpuan orang tempatan dan pelancong sebab banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi jika datang ke kawasan ini.


Sepertinya Aidan sudah menempah terlebih dahulu sebelum datang ke sini kerana selepas kami berdua masuk ke restoran itu, Aidan memberikan namanya kepada pelayan yang bertugas di kaunter sebelum kami dibawa ke meja yang sudah ditanda dengan notis ‘reserved’.


Kami berdua mengambil tempat masing-masing. Aku duduk di depan Aidan dan Aidan duduk di depanku, jadinya kami menghadap sesama sendiri. Aku bercadang untuk duduk sebentar sebelum bangun untuk mengambil makanan kerana aku perasan restoran ini menghidangkan makanan style buffet. Aku memerhatikan rekaan yang ada di restoran ini.


Sedang mataku ralit meneroka rekaan dan konsep tradisional di sekeliling ruang restoran tersebut, entah bagaimana mataku bersabung dengan lirikan sepasang mata berwarna hazel milik Aidan. Aku menundukkan wajah, hati ini tidak kuat hendak melawan pandangan yang ditujukan olehnya.


Shy?” Aidan bertanya.


It is and it has been a while since we met each other.” Tanpa berselindung aku memberitahunya.


It is,” Aidan tersenyum, mengiakan kata-kataku. 


Aku ikut tersenyum. 


Let’s go and take our lunch?” Ajakku. kalau berlama lagi di sini entah apa pula akan jadi. Perut pun sudah mula berkeroncong. Bau lauk-pauk yang menusuk ke hidung membuatkan aku hampir menelan liur.


Aidan mengangguk. Kami berdua bangun dan beratur untuk mengambil nasi dan lauk yang diinginkan.


Seperti kali pertama kami berjumpa dan menjamu selera di restoran masakan melayu, aku tidak dapat menyembunyikan rasa kagum apabila Aidan mencedok sambal belacan. Bukan semua orang putih suka akan bau belacan tu, orang Melayu kita pun ada sampai gatal-gatal hidung dan berair mata bila terbau belacan…


Aku mengambil lauk masak lemak daging salai, dan jadi kecur liur bila tengok senarai menu lauk di sekitar tempat yang disusun dengan label nama lauk. Selesai mengambil makanan kami terus duduk dan mula menjamu selera.


Di dalam pinggan kepunyaan Aidan, ada lauk masak lemak ikan keli salai, sayur campur goreng, timun dan sambal belacan. Aku pula menambah sayur campur goreng dan juga sambal belacan.


Masing-masing diam menikmati makanan. Aku pun lapar sangat jadi memang tak pandang kiri kanan dah. Kalau ada orang tegur pun kita buat tak tahu.



*****



SELESAI makan tengahari kami berbual seketika sebelum Aidan bangun hendak membayar bil. Cepat-cepat aku panggil untuk menghalang. Sebelum ini Aidan juga yang bayarkan apabila kali pertama kami berdua keluar makan, dan aku teringat janji untuk giliran aku bayarkan jika kami keluar bersama lagi.


No, this time I invited you, so next time, ok?” Aidan menolak pelawaan aku.


No.” Aku membantah. Memanglah nampak seperti lelaki budiman, tapi aku kan dah janji nak belanja dia pula.


Dear…let me pay for today. Please?” Meleret suara Aidan menekan perkataan ‘dear’ itu. Wajahnya seakan merayu.


Terkelu aku dibuatnya, terbantut niat mahu membalas bila Aidan bertindak sebegitu rupa. Satu sisi baru seorang Aidan yang tidak pernah aku lihat. Aku merenung Aidan yang duduk di depanku. Dia meniru perlakuanku, merenung aku yang di hadapannya.

Dadaku terasa bergetar. Jantung mula hendak bertukar rentak, dari biasa ke mod laju. Aku menelan liur. Bahaya betul kalau dia tenung. Tak berkelip sepasang mata berwarna hazel milik Aidan fokus ke arahku. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan ke arah lain. 


Kemudian kerusi di hadapanku berbunyi tanda Aidan bangun dan bergerak untuk membayar di kaunter. Aku juga ikut bangun mengikuti langkahnya dari belakang. 


Hal tadi itu biarlah aku fikirkan nanti.


*****



I WILL be staying in Malaysia for three months.” Aidan memberitahu aku ketika kami sudah ada di dalam kereta. Kami bergerak pulang kerana waktu makan tengahariku hanyalah sejam, tapi memang aku masuk lewat sedikit kerana tempat makan aku pergi hari ini adalah luar dari kawasan aku sering pergi di hari kebiasaan di waktu kerja.


Aku mengangguk tanda mengerti. Maknanya kami bolehlah berjumpa selalu kan? Hatiku berbisik.


Are you staying for work or personal reasons?” Aku bertanya, sekadar ingin tahu. 


Personal.” Dia melirikkan pandangannya ke arahku ketika menjawab pertanyaanku.


Sekali lagi aku mengangguk.


How about your work?” Tiga bulan tu tak lama tapi takkanlah dia cuti tanpa menguruskan kerjanya di London?


I have a team and they will be communicating with me online. I will conduct everything from here, unless I am needed in London,” Terang Aidan dengan santai. 


Wow…itu saja yang mampu aku fikirkan. Memang ada gaya ala seorang bos besar atau CEO di dalam novel romantik yang biasa aku baca di waktu lapang apabila dia tenang saja beritahu yang dia ada team yang akan menguruskan kerja-kerjanya di sana.


Amazing…” Kagum betul aku dengan gaya dia ni.


Really?” Soal Aidan dengan senyuman di bibirnya. Lekukan di kedua belah pipinya terserlah.


Aku mengangguk lagi, dah nak macam burung belatuk.


You’re adorable, Elle. Very adorable.” Ayat yang berbaur pujian dari Aidan membuatkan aku jadi kembang setaman dalam jiwa. Dah macam orang kena digulakan. Hmm…memang sah aku digulakan dengan Aidan pada hari ini. Mula-mula dipanggil dear, lepas itu dipuji pula dengan perkataan adorable yang bermaksud comel.


Dasar mudah digulakan betul seorang Elle Nadirah ni…bagaimanalah jiwa dan raga tak tergolek dan terbabas perasaan apabila lelaki bernama Aidan Harrison ini berkata-kata…


*****



AKU bagaikan tidak percaya akan apa yang terjadi pada waktu tengahari tadi. Aidan menghantarku ke pejabat semula, dia siap berjanji denganku untuk keluar pada hari Sabtu pula. Dan aku pun setuju begitu sahaja tanpa berfikir panjang. Fikiran pun tak sempat nak proses, tahu-tahu dah jawab ok.


Let’s consider it as a date, then,” Satu kenyitan diberikan oleh Aidan sebelum dia keluar dari tempat pemanduan dan bergerak ke sebelah untuk membukakan pintu kereta untukku.


Aku keluar dari keretanya dan kedudukan antara kami jadi agak rapat kerana Aidan berdiri di tepi pintu keretanya manakala aku berdiri di depan menghadap dia. Tak pernah lagi aku serapat ini dengan mana-mana lelaki selain abah dan abangku. 


Bau cologne yang dipakai oleh Aidan masuk ke deria hidungku.


Aku cuba menahan nafas. Segala rasa dalam hati aku tak perlu cakaplah, gabra mat.


Bye dear, miss me always?” Sempat Aidan berkata sebegitu sebelum dia menyuruh aku naik ke pejabat. Aku tak membalas, cepat-cepat beredar sebab rasa terkejut tak habis lagi.


Masuk ke dalam pejabat, aku bagaikan robot yang diprogramkan oleh penciptanya. Tahu-tahu sudah tiba meja kerja sendiri.


 Aku melabuhkan duduk di ruang kerjaku, aku pandang skrin komputer yang gelap. Badan dilepaskan ke kerusi. Aku menarik nafas panjang sebelum mata dipejamkan. Tak tahu nak mengungkap perasaan yang ada dalam diri sendiri.


Sebenarnya aku gembira setelah beberapa bulan tidak menemui Aidan. Cuma tidak menyangka bahawa dia cuba membuat kejutan kepadaku dengan memberitahu kedatangannya ke Malaysia.


Tapi lagi tak terkata betapa terkejutnya aku apabila dia mengirimkan mesej di WhatsApp dan…the rest is history.


Dan kelakuannya yang tadi itu, macam mana aku nak bereaksi ya? Aku memegang dadaku. Jantung kembali buat hal, lari dari ritma asal dan kini menjadi laju. Kalau nama Aidan yang muncul di dalam fikiran, memang jantungku akan mula berperangai sedemikian rupa.


Ketika masih bersama dengan Eddie pun aku tidak sebegini. Padahal lama juga aku dan Eddie bertahan , dari status sebagai kawan sehinggalah bertukar menjadi pasangan kekasih sewaktu masing-masing masih mengejar segulung ijazah. Sakit cinta dikhianati dan dicurangi oleh satu nama itu sudah lama pudar. Biarlah cerita aku dan Eddie menjadi satu sejarah dalam kehidupan seorang Elle Nadirah.


Untuk beberapa minit aku cuba menenangkan diri. Selepas itu aku bangun dan menuju ke surau untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Sewaktu hendak masuk ke sana, terserempak dengan geng lunchku. Aku sekadar naikkan satu jari ke bibir sebagai tanda tiada komen kalau-kalau mereka hendak bertanyakan tentang hal aku keluar lunch tadi.


Dilla mendekat ke arahku, lalu dia mencuit, ekspresi wajahnya tak puas hati dengan respon yang aku berikan.


“Dahlah tu, Dilla. Jom. Elle, pergilah solat cepat,” Hani masuk campur, menyuruh aku menyegerakan ibadah wajib sebelum menarik Dilla untuk pergi menyambung kerja masing-masing. Kamelia pula sekadar menggeleng. Dia mendekatiku.


You deserve to be happy, Elle.” Ucap Kamelia dengan ikhlas sebelum melangkah pergi bersama Hani dan Dilla yang sudah menjauh.


Aku termenung di situ buat seketika lalu menggelengkan kepala. Kaki terus melangkah masuk ke surau Aku hanyalah seorang insan biasa. Soal jodoh itu aku serahkan kepada-Nya. Entah jodoh atau ajal yang akan sampai dulu.


Author's Notes:

Finally Her Reckless Heart dah masuk ke Bab 20! 😭😲😳💗 Aaaa, lepas setahun! Hshshs I am really a procrastinator tau ;_; Semoga HRH akan jumpa penamatnya, Aminn! Sebenarnya aku ingat nak stop HRH dulu dan tulis My Sweet Caroline (kind of spin off HRH?), cerita mengenai Syed Hazriq Arryan dengan Caroline Isabelle Carter - fyi cerita ni aku tulis wayy before HRH, aku tulis masa aku umur remaja, but maybe aku akan teruskan update HRH dulu hehe. Lol byk bebelnya.
Oh, aku ada create TikTok account untuk share penulisan aku haha cuma tak rajin nak promote sebab tahu aku jenis lambat update haha. boleh search username: linaellenia di TikTok tau! Thanks kepada yang sudi baca HRH! Enjoy!💋

No comments: