Saturday, October 22, 2022

Her Reckless Heart (Bab 19)

 

BAB 19


“WEH, aku ada cerita hangat ni!” Sheera datang menyerbu ke meja kerjaku. Waktu itu aku baru saja sampai di pejabat. Punggung pun belum panas lagi di kerusi. Beg tangan dan beg laptop diletakkan di atas meja kerjaku.


“Awal betul kau nak gosip. Apa cer?” Soalku kepada Sheera.


“Alaa ni pasal meeting klien semalam tu…” Sheera memulakan mukadimah.


Aku mengangguk.


Sheera mula menceritakan mengenai progress projek antara kami dan klien iaitu Syed Arman and Associates. Katanya Dato’ Syed Arman dan staf yang lain bersetuju dengan contoh reka bentuk yang telah ditunjuk kepada mereka. Untuk update yang seterusnya pihak kami dan klien akan membuat perjumpaan secara atas talian, sebagai untuk menjimatkan masa. Pertemuan antara dua muka akan dilakukan dalam masa lagi satu bulan setengah untuk peringkat testing reka bentuk laman web yang sudah siap dibina.


Aku memberi respon apa yang patut. Pastinya nanti kejap lagi akan ada meeting antara bahagian kami dan bahagian programming mengenai hasil dari perjumpaan semalam bersama bos besar.


“Haa, yang cerita seterusnya ni memang bagi aku hot.” Sheera sempat meneguk air. Bercerita pun boleh keringkan tekak.


Aku mengangkat kening, sebagai isyarat supaya Sheera meneruskan penceritaannya.


“Masa tu team kita dengan team programming dah habis meeting. Puan Anisa dengan Encik Khairil tengah sembang sekali. Kemudian, ada setiausaha firma tu beritahu dengan Puan Anisa yang ada seorang tetamu datang nak jumpa Dato’ Syed Arman. So, tak ada hal la kan? Puan Anisa pun minta diri nak layan tetamu yang baru datang tu sementara Dato’ ada dekat bilik dia.”


“Sempat la aku usha tetamu firma diorang tu, sebab aku nak keluar cari tandas kan. Eh kemain hensem weh! Ni ori punya mat saleh! Pakej lengkaplah bagi aku! Dia nampak smart dengan pakai suit bagai. Aku pun ambik kesempatan nak usha dengan lebih lagi. Hampir cair aku dibuatnya!” Bersinar mata Sheera menceritakan apa yang berlaku sewaktu dia di sana.


Aku mengangguk, tekun mendengar. Memikirkan tentang Sheera yang agak kepochi memang tak sah kalau tak ada gosip yang dia tak dapat ambil tahu.


“Mamat foreigner tu nak jumpa Dato’, itu yang aku ingat masa terdengar setiausaha tu cakap dengan Puan Anisa. Aku cuba usha dari jauh sebab segan pula nak usha dengan lebih dekat. Karang orang tu perasan, malulah aku!”


“Lebih kurang dalam beberapa minit macam tu, mamat foreigner tu masuk jumpa Dato’. Haa, tiba-tiba kan anak Dato’ Syed Arman, yang si hensem Syed Hazriq tu datang ke firma. Dia terus rempuh masuk bilik Dato’, tak bagi salam apa. Setiausaha dengan kerani firma pun tak sempat nak halang.” Bergerak-gerak tangan Sheera, seiring dengan cerita yang sedang disampaikan.


“Tak sampai lima minit anak Dato’ masuk, aku terdengar bunyi gaya orang nak bergaduh! Baru je aku nak dengar lagi, aku kena cuit dengan seseorang. Alih-alih Encik Khairil lah! Aku pun tayang sengih jelah. Terus ketua kita ajak balik sebab dah settle perjumpaan tadi. Dalam hati tak puas hati juga, sebab nak tau apa yang berlaku. Cuma itulah antara anak Dato’ tu dengan mamat foreigner tu dua-dua memang ada pesona yang tersendiri. Seorang mixed Melayu-Arab, seorang lagi pure orang putih. Haihh untung laa sesiapa dapat kedua-duanya tu!” Sheera masuk mood berangannya sambil sebelah tangan ditongkatkan ke meja kerjaku. 


Aku tergelak sedikit selepas Sheera habis bercerita. Terhibur sekali dengan gaya dia bercerita.


“Kau ni patut tukar kerjaya tau! Dari IT analyst, boleh jadi wartawan portal gosip!” Sempat aku menambah sebagai modal untuk mengusik kawan sekerjaku itu.


Pap!


Sheera menampar lenganku. “Aduh hang ni! Ada saja nak mengusik aku!”


Sekali lagi aku gelak. “Terima kasih untuk gosip ni, harap kau dapatlah cuci mata dengan sepuasnya. Lepas ni tak tahu lagi kalau ada kesempatan nak jumpa orang good looking macam mereka yang kau ceritakan tu.” 


Sheera menjelingku. “Sama-sama! Tak salah cuci mata! Nak juga dapat orang jenis helok lagu depa tu!” Terkeluar senyum nakal di bibir Sheera.


Aku gelengkan kepala dan mencuit bahu Sheera sebelum membalas kata-katanya. “Aminn!” 



*****



DERINGAN dari telefon pintarku membuatkan aku tersedar dari fokus menghadap PC di hadapanku. Aku menyeluk sebelah tanganku ke dalam beg tangan yang ada di tepi meja.


1 Missed call

016-234XXXX


Berkerut dahiku apabila melihat nombor yang naik dalam senarai panggilan tidak dijawab di skrin telefon pintarku. Semalam pun ada nombor seperti ini menelefonku. Aku fikir orang yang nak menipu orang lain melalui panggilan telefon kerana dah banyak kes seperti ini berlaku. Lagi-lagi zaman sekarang sudah di zaman teknologi, orang pun boleh mengesan nombor kita dengan mudah.


Sudahnya aku membiarkan saja, asalkan ia tak menganggu aku. Banyak benda lain boleh aku fikirkan dan lakukan dari memikirkan nombor yang tidak aku kenali. 


Waktu hampir ke pukul 11 pagi. Aku membuat sedikit regangan untuk melegakan otot dan sendi seluruh badan yang terasa lenguh setelah beberapa jam duduk tegak menghadap komputer di meja kerja. Untuk beberapa minit seterusnya aku bangun dan berjalan di sekitar ruang yang ada di kawasan aku melakukan kerja.


Aku lihat semua ahli pasukan bahagianku sedang tekun mengerjakan tugas mereka. 


Alang-alang dah bangun, aku bergerak ke pantri untuk mengisi air kosong dalam botol air Tupperware kepunyaanku.


Sedang aku menunggu air yang diisi penuh, aku menghalakan pandanganku ke arah luar tingkap di hujung pantri. Aku terkenangkan akan seseorang yang selalu menanya khabar apabila dia punya waktu untuk berbual denganku.


Aidan.


Rasanya sudah beberapa hari aku tidak menerima apa-apa mesej darinya melalui aplikasi WhatsApp. Aku menggelengkan kepala sendiri. Apalah kau ni Elle. Dia kan orang yang bekerjaya. Seorang peguam dan mempunyai jawatan tinggi di dalam firma. Pastilah dia akan sibuk untuk mengendalikan kes-kes dan naik turun mahkamah.


“Elle?” Namaku dipanggil.


Aku tersedar dari lamunan sendiri. Mataku terpandang Kak Liza yang seperti kehairanan. Ketika itu terasa seperti tanganku dingin dibasahi air. Lantas mataku jatuh ke arah mesin penapis air Coway di hadapanku. Aduh! Boleh pula terlupa yang aku tengah isi air!


Nasib air sejuk, kalau air panas? Alahai Elle…


Cepat-cepat aku tarik botol air kepunyaanku sebelum ditutup dengan penutupnya. Aku lihat air yang tertumpah di lantai pantri. Kena ambil tisu atau ambil mop untuk dibersihkan. Tak pasal jadi satu kerja…


“Nasib akak tegur, kalau tidak tercangaklah kamu dekat situ, Elle!” Ujar Kak Liza dengan nada bergurau dalam katanya.


Aku tunjuk senyum kepada Kak Liza, senior bahagian HR. Walaupun jarang bertembung tetapi setiap kali mesyuarat mingguan pastilah semua staf akan masuk. Jadi kenallah juga nama dan rupa semua staf dari bahagian lain dalam syarikat tempat aku bekerja ini.


“Terima kasih tau kak sebab tegur. Kalau tidak mahunya saya membazirkan air dekat office!” Balasku dengan nada berseloroh.


Kak Liza senyum dan tergeleng kepalanya melihat akan perlakuanku. “Tak apalah, kejap lagi panggil acik cleaner, biar dia tolong bersihkan.”


“Eh, tak apalah. Nanti susahkan acik cleaner tu pula!” Aku menolak cadangan Kak Liza. 


“Alaa, itukan kerja dia.” Kak Liza bergerak mengambil sebuah mug kaca untuk membancuh air milo panas.


Aku tunggu Kak Liza beredar dari pantri sebelum aku cari tisu di kaunter dekat pantri untuk mengelap kesan air yang tumpah di lantai. Nasiblah tidak banyak, kalau tidak kena pergi cari batang mop.


Dalam aku sedang mengelap lantai, aku menggelengkan kepala sendiri. Mengelamun pun tak kira tempat kau ni, Elle!


Selesai mengelap, sisa tisu dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan lalu aku mencuci tangan sebelum berjalan semula ke ruang kerja bersama botol air kepunyaan sendiri.



*****



TING! Bunyi mesej masuk di aplikasi WhatsApp. Waktu ini sudah menghampiri waktu tengahari. Aku sedang ralit mendengar lagu di playlist Spotify kepunyaanku melalui PC di pejabat.


Awalnya aku bercadang hendak relaks untuk seketika sebelum menyambung kerja. Bila dah pasang lagu kegemaran memang layan habis, lagi-lagi bila sambil mendengar lagu, aku buka aplikasi media sosial di telefon pintar. Membaca kiriman dari kenalan rapat di WhatsApp dan Instagram.


Aku slide ke bahagian chat aplikasi Whatsapp.


Tertera nama Aidan di ruangan chat


Terus aku menegakkan badan yang tadinya terasa longlai. Rasa malas yang ada dalam diri hilang dan terus jadi bersemangat apabila menatap satu nama yang…yang apa ya?



Aidan: Hi Elle. How are you? Miss me?



Membaca mesej kiriman Aidan membuatkan satu perasaan hadir dari diri sendiri. Rindu? Dia rindukan aku? Sebagai kawan bukan? Aku mengangguk. Ya. kawan. Bila dikenang semula, lebih kurang enam bulan aku mengenali Aidan. Semenjak dari perisitiwa di lif ketika di RZ Holdings dan pertemuan di beberapa tempat yang lain.



Aidan: I see you are online. Busy?



Aku mengigit bawah bibir. Memang aku tengah online pun, cuma aku tak tahu nak bereaksi bagaimana. Orang yang aku teringatkan sejak pagi tadi, secara tiba-tiba memberi mesej. Aku menarik nafas supaya dapat menenangkan diri buat seketika.


 Tenang Elle, bawa bertenang…  



Elle: Hello, Aidan. I am fine. How do you do?


Aidan: I’m fine, had a hectic week last week. 


Ahh, padanlah dia tidak mesej seperti kebiasaan, sedang sibuk rupanya…


Baru aku hendak mengarang mesej kepadanya, Aidan menghantar mesej kepadaku.



Aidan: Are you free during lunch hour?


Aidan: I know this is a bit abrupt but I am in Malaysia.



Mesejnya yang paling terkini itu… Terpaku aku dibuatnya. Aku meletakkan telefon pintarku ke meja semula. Aku cuba menghadam kembali mesej yang dihantar olehnya. Aidan ada di Malaysia?


Kali terakhir kami berjumpa secara bersemuka pun mungkin tiga atau empat bulan yang lepas.


Nada dering dari telefon menandakan ada panggilan masuk. Entah bagaimana aku angkat telefon dan menjawab panggilan tersebut. Dengar saja suara garau milik Aidan, aku rasa macam sedang bermimpi.


“Hello, Elle.” Suara Aidan masuk ke gegendang telingaku.


Dup-dap…


Irama jantungku buat hal secara tiba-tiba.


“Hi.” Sepatah aku jawab. Waktu itu fikiranku seakan melayang, tak ada apa yang boleh aku fikirkan pada ketika itu melainkan suaranya.


“Elle?” 


“Ya?” Suaraku jadi perlahan.


Are you okay? You left me with a bluetick, dear.” Soal Aidan dengan satu tawa yang kedengaran maskulin.


“Ah? Umm? I-I’m shocked?” Aku jadi tidak keruan, nak jawab pun gagap macam orang tak pandai bercakap.


Miss me?” Bagai aku dapat lihat senyuman Aidan meskipun kami di dalam talian.


Aku tidak membalas. Tak tahu nak balas ya atau tidak. Barangkali terkejut dengan kejutan yang diberikan oleh Aidan. 



*****



SEBAIK saja perbualan antara kami berdua diputuskan, aku masih dalam keadaan separa sedar. Telefon pintar masih terpegang di tangan kanan. Bunyi mesej masuk melalui WhatsApp menyedarkan aku kembali ke dunia nyata.


Aku membetulkan posisi kedudukan di kerusi tempat kerja. Aku pandang sekeliling tempat kerjaku. Ya, aku masih di sini. Dan panggilan dari Aidan merupakan perkara yang benar dan bukannya mimpi. 


Kedua belah tangan naik ke pipi. Ditepuk kedua belah pipi supaya aku sedar bahawa semuanya betul. Lain macam kejutan yang aku dapat pada hari ini. Telefon pintar aku buka dan ikon aplikasi WhatsApp ditekan.


Mesej dari geng lunchku dan Aidan.


Seperti biasa geng lunchku akan roger semua orang untuk makan tengahari. Mesej dari Aidan pula dia menanya jika aku ingin pergi ke restoran bersamanya. Pastilah tadi aku tidak menjawab bila dia bertanyakan aku tentang hal untuk keluar makan bersama tengahari nanti. Terkejut habis aku dibuatnya sampaikan tak mampu menjawab.



Elle: How about we meet there? Send the location to me, thanks. Sorry for not replying to your questions on the phone just now. I am shocked to hear you’re back in Malaysia.


Aidan: It’s ok. I’ll send the location at the moment. Sure you’re okay to drive to the restaurant? It’s in KL, I am afraid the road will be jammed during lunch hour.



Membaca balasan daripada Aidan membuatkan aku terdiam buat seketika. Betul juga ya. Mesej seterusnya Aidan menghantar lokasi restoran yang akan kami pergi.


Dari pejabatku nak ke restoran tersebut memang agak jauh. Ditambah pula waktu puncak sebegini. Hmm, nak minta Aidan ambil aku? Jadi segan aku dibuatnya. Dan lagi satu, sejak putus dengan Eddie, tak semua tahu aku sedang berkawan dengan Aidan, lelaki berbangsa Inggeris yang aku kenali beberapa bulan yang lalu. Status antara kami ialah kawan, tiada yang lebih.


    Cuma…ada masanya aku pun hampir terbabas perasaan dengan lelaki kacak seperti dia. Sikap dan perwatakannya itu boleh membuatkan mana-mana perempuan di dunia ini jatuh suka kepadanya.


Aku menarik nafas panjang. Sedikit dilema. 


Aku membalas mesej Aidan, bertanyakan adakah dia serius hendak menjemput aku dari tempat kerja. Dia membalas ya dan memahami yang lokasi pejabat dan restoran tersebut agak jauh. Untuk sejenak, aku berfikir. Dah ada orang offer, terima jelah kan? Jadi aku terus memutuskan untuk pergi ke restoran itu bersama Aidan saja. Kemudian Aidan minta aku memberikan alamat pejabat. 


Selepas memberikan alamat pejabat kepada Aidan melalui WhatsApp, aku beritahu kepada geng lunchku bahawa aku tidak dapat menyertai mereka pada hari ini. Semestinya kecoh group kami berempat itu bila Dilla dan Kamelia membalas mesej aku.



Kamelia: Woot! Pergi dating ke tu?😏

                Dilla: Ohhh!😏


Hani: Biarlah dia, ishh korang ni kann…



Hani memang selalu jadi pihak neutral, tak menyokong dan tak menentang. Kamelia dengan Dilla pula jenis yang terlebih prihatin dalam kalangan kami berempat tapi sepanjang dua tahun kami mengenali diri masing-masing, mereka ni baik-baik je. Mereka tahu sikap dan perangai aku yang perahsia dan dalam diam bagaikan ubi ada isi. 


Aku sekadar membalas emoji senyum, tidak mengiakan atau menafikan. Padahal tak ada apa-apa pun. Kan?




Author's Notes:
Sorry for the late update!
Agak sibuk dengan real life hshshs.
Dan agak kemalasan nak mengedit bab yang dah siap ditulis haha :')
Thank you kepada sudi membaca! /throws flying kiss/

No comments: