BAB 17
“AKAK dah cakap, kawan yang mesej,” Aku menekan perkataan ‘kawan’ itu. Sejak kami pulang dari i-City, Elisa tidak habis-habis cuba mengorek siapakah gerangan yang mesej aku.
Dasar minah kepochi budak seorang ini.
“Dahlah tu. Biar kakak kamu tu berahsia. Kan itu privasi dia,” Meena menyampuk sebagai perantara bagi kedua belah pihak.
Sedepa muncung Elisa tarik. Aku cuit hidungnya kerana geram. Memanglah budak seorang ini.
“Akak…” Rengek Elisa sambil mengusap hidungnya yang aku cuit tadi.
Kemudian dia menjelingku. “Ok, fine.”
Dalam diam aku menghela nafas. Jenuh betul nak tamatkan perbualan mengenai topik yang satu ini. Hampir cemas jugaklah aku dibuatnya sebab adikku yang seorang ini boleh tahan gaya ala polis pencen dalam bab mengorek rahsia ini.
Dari ekor mataku, aku terpandang wajah Meena. Dia merenungku dengan keningnya terangkat sebelah. Ah sudah…
Aku menggeleng kepala, tanda tidak mahu memanjangkan topik ini. Biar habis di sini.
Meena angkat bahu lalu mengambil tempat untuk baring di katil.
“Okeylah jom kita tengok movie ke apa,” Ajakku dengan harapan mereka berdua akan terpancing sekaligus menutup cerita petang tadi.
“Penatlah kak. Kita sembang-sembang jelah sambil baring,” Elisa terus membangkang. Badannya sudah elok terbaring di katilku. Tapi tangan tetap dengan telefon pintar miliknya.
“Kalau penat, pergi baring dekat bilik sendiri.” Aku pura-pura hendak menghalau adikku. Sengaja.
Elisa merengek seperti budak kecil. Tak menggambarkan usianya yang sudah dewasa.
“Orang malaslah. kak…”
Meena pula sejak tadi diam. Kepenatan agaknya dengan aktiviti yang kami lakukan pada hari ini. Aku pusingkan kepalaku ke arahnya memandangkan aku duduk di posisi tengah. Kelihatan Meena sudah terlena di sebelah.
“Dahlah tu, dik. Kak Meena dah tertidur tu. Kata penat kan?” Aku tepuk-tepuk bantal sebagai tanda hendak baring.
Sudahnya malam itu kami masing-masing sudah berlayar ke dunia mimpi kerana kepenatan.
*****
“JUMPA lagi Elle. Thank you sebab bawak aku jalan-jalan. Rindu masa zaman kita dekat uni dulu.” Ujar Meena sewaktu dia hendak berangkat pulang ke Ipoh. Aku hantar dia ke Stesen KL Sentral untuk menaiki ETS.
Aku mengangguk. “Takde hal beb. Apa-apa roger je kalau nak turun KL lagi.”
“Kalau dah ada pengganti jangan lupa bagitau,” Bisik Meena kepadaku. Kedengaran seperti hendak mengusik namun ada nada serius terselit.
Aku sekadar berikan senyuman kepadanya. Tak mahu memberi apa-apa jawapan.
Kami saling berpelukan sebelum Meena bergerak untuk menaiki ETS untuk pulang.
Usai itu aku menuju ke stesen LRT Kelana Jaya untuk pulang ke rumah. Awal tadi aku dan Meena bercadang untuk ke KL Sentral dengan menaiki LRT kerana malas hendak menempuh kesesakan jalan raya di hari hujung minggu.
Sedang aku berjalan untuk ke stesen LRT, tiba-tiba aku ditegur oleh seseorang.
“Elle?”
Pemilik suara itu adalah lelaki.
Terhenti langkahku. Suara lelaki itu…seakan pernah ada di dalam ingatanku sebelum ini.
“Elle kan?” Pemilik suara itu masih mencuba untuk menegurku.
Dengan riak tenang, aku menoleh ke belakang. Mataku terfokus kepada arah seorang lelaki berusia pertengahan 20-an yang berpakaian kasual, T-shirt hitam lengan pendek dan seluar jeans biru.
Serta-merta satu baris nama muncul di dalam ingatanku.
Eddie.
“Oh, hai Eddie.” Aku cuba berbasa-basi dengan si dia.
Eddie tidak menjawab, hanya merenungku dengan lama seolah cuba membezakan adakah aku ini merupakan bayangan atau sebaliknya. Jika diikutkan memang sudah lama kami tidak bertemu setelah peristiwa dia meninggalkan aku di sebuah pusat membeli belah pada beberapa bulan yang lepas.
Dan peristiwa itu menjadi titik penamat hubungan antara kami berdua.
“Buat apa dekat sini?” Soal Eddie padaku setelah dia merenung aku untuk beberapa ketika..
“Hantar kawan naik ETS.” Pendek aku membalas.
“Meena?” Teka Eddie.
Aku sekadar angguk. Jadi malas pula hendak melayan. Benda sudah lepas, buat apa hendak dikenang. Nama pun bekas kekasih kan?
“Sorry awak. Saya ada hal, so saya balik dulu ya. Assalamualaikum.” Cepat-cepat aku meminta diri untuk pulang. Tak pasal nanti ada yang mengajak untuk berbual dari hati ke hati kalau aku berlama-lama di situ.
Laju kakiku melangkah ke stesen LRT dan scan kad Touch N Go untuk akses sebelum naik ke eskalator yang disediakan. Reaksi Eddie akan sikapku yang tadi itu langsung aku tidak peduli. Kami bukannya ada apa-apa hubungan lagi.
Harap cepat-cepatlah tren LRT datang supaya aku dapat balik dengan segera ke rumah.
*****
AKU melangkah masuk ke dalam koc tren dan mengambil tempat duduk. Nafas dihela keluar dan mata dipejamkan untuk seketika. Setelah tenang, aku membuka semula mataku. Pandanganku terhala ke seluruh tempat di dalam koc tren. Tidak ramai berada di koc tren tersebut. Mataku dilarikan ke arah tingkap pula, pemandangan bangunan-bangunan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur serta kehijauan yang menghiasi perjalananku untuk pulang ke rumah.
Tanganku terus mencapai telefon pintar yang berada di dalam beg tangan comel kepunyaanku. Seperti biasa aku akan buka aplikasi WhatsApp terlebih dahulu.
Meena menghantar mesej bahawa tren ETS yang dinaiki olehnya sudah bertolak dalam beberapa minit yang lepas. Aku juga membalas yang aku juga telah bertolak pulang ke rumah. Hal aku terserempak dengan Eddie tidak aku sebut kepadanya. Nantilah, itu pun kalau aku ingat.
Aku membuka aplikasi Tiktok sebagai hiburan sementara menunggu untuk sampai ke hentian stesen LRT yang berdekatan dengan rumah.
Aidan: Elle? Are you there?
Notifikasi dari aplikasi WhatsApp masuk dan mesej dari Aidan membuatkan aku teringat akan voice note yang dihantarnya semalam. Laju tanganku menekan ikon aplikasi Whatsapp untuk membalas mesej daripadanya.
Elle: Hi Aidan. What time is it in London?
Aidan: It’s almost 6 AM here. Good morning :)
Elle: Morning. What are you doing? Isn’t it still the weekend in London?
Aidan: Yeah, it is Sunday and as usual I am either doing my workout routine or had a run around my residence. How about you?
Elle: I was accompanying my friend who came to KL and she went back to her place this morning. And sorry because I didn’t yet open your voice note.
Aidan: I see. No problem. Just enjoy your weekend. I actually remembered you yesterday.
Aku tersenyum. Aduhai hati, sabar. Maksud Aidan pastilah dia mengingatiku sebagai seorang kawan. Kami bukan selalu berjumpa. Seorang di Malaysia dan seorang lagi jauh nun di kota London. Dan entah bila kami dapat berjumpa lagi.
Aku membalas mesejnya.
Elle: Ahaha, thanks for remembering me? And I will just listen to your voice note right now. :D
Aku scroll ke mesej voice note yang dihantar olehnya semalam. Wireless earphone dikeluarkan dari beg tangan dan dipasang.
“Hey Elle. There’s one song I want to share with you.” Suara garaunya yang dalam itu menyapa telingaku dan dia menyanyikan lagu dari Michael Bublé yang bertajuk Haven’t Met You Yet.
Elle: Oh my, what a voice you have. So masculine. Thanks for sharing the song with me. FYI, I love Michael Buble’s songs tbh :)
Aidan: Thanks for the compliment. Just decent, I’m not even a singer, and my sister used to say my voice sounded like a frog ;) And Bublé is a talented singer and had such good songs. I like classics but sometimes I will listen to modern songs too.
Tawa meletus dari bibirku. Pandai dia membuat lawak.
Elle: You’re joking right? Your voice is nice though.
Tanpa aku sedar, kejadian pertemuan tak diundang ketika di Stesen KL Sentral tadi pudar dari ingatan apabila aku berbual dengan Aidan. Aku jadi terhibur dengan perbualan kami yang hanya melalui aplikasi media sosial. Kami terus berbual sehingga aku turun ke stesen hentian yang berdekatan dengan rumah.
Aidan: Take care and be safe. Let’s meet soon.
Itu mesej terakhir daripadanya sebelum kami menamatkan perbualan.
*****
MASUK sahaja ke pejabat pada hari Isnin, aku terus bersiap sedia untuk meeting bersama bos besar mengenai progress projek team kami bersama Syed and Associates. Biasalah masuk minggu baharu, pastilah ketua nak tengok progress kerja anak buah.
Ketua team bahagian kami, Encik Khairil mengetuai mesyuarat pada pagi ini. Aku bertindak sebagai tukang jaga slide memandangkan awal tadi ahli-ahli yang lain semua memetik namaku. Tapi elok juga, tak perlulah aku nak kena bersoal jawab dengan bos besar kami. Haha.
Untuk fasa yang terkini, bahagian reka bentuk laman web sudah mula mereka beberapa design yang diminta oleh pihak Syed and Associates. Apa yang aku ingat, mungkin minggu ini atau lusa pihak team kami akan berjumpa dengan pihak klien untuk perbincangan mengenai design yang akan digunakan untuk laman web firma mereka.
Jadual progress projek ini juga ditunjuk sebagai penanda aras untuk mengetahui sejauh mana projek sudah berjalan.
“Alright, setakat ni semua berjalan dengan baik. I harap your team dapat ikut mengikut apa yang dirancang supaya kita tak terlepas deadline untuk setiap fasa yang kita dah plan. Firma Syed and Associates merupakan antara firma guaman yang top di Malaysia. Jadi I harap semua take note untuk jaga nama baik company kita.” Panjang komen Encik Nazri selepas team kami selesai membentangkan progress projek.
Kami semua mengangguk tanda mengerti. Bukan senang untuk kami mendapatkan klien big shot macam firma guaman tersebut. Sebelum ini bila dapat projek bersama RZ Holdings pun bagaikan pucuk dicita ulam mendatang bak kata orang.
Tamat meeting tersebut, kami semua bersurai dan kembali ke tempat kerja masing-masing.
Aku menyambung kerja dokumentasi yang perlu dikemaskini mengikut progress projek untuk minggu lepas dan minggu ini. Sepanjang hari ini sehingga ke waktu tengahari aku banyak menghabiskan masa di tempatku. Sehinggalah aku tersedar dan kembali ke realiti apabila bahuku dicuit oleh seseorang.
Aku menekan pause button di wireless earphone yang aku pakai. Kepala didongak. Kelihatan Sheera dan Hani sudah terpacak di depan meja kerjaku.
“Khusyuk betui hang ni, aku panggil pun hang tak menyahut pun.” Omel Sheera sambil bercekak pinggang.
“Awat weh?” Tanyaku dengan wajah blur. Masih tak sedar dengan keadaan sekeliling.
“Dah masuk waktu lunch hour beb. Kau tak nak turun lunch ke?” Soal Hani dengan hairan.
Aku mengerutkan dahi. Jam di desktop monitor aku pandang sekilas. Kemudian aku kerling jam tangan yang dipakai dan dahi ditepuk perlahan.
“Sorry. aku tak sedar dah masuk waktu lunch hour.” Aku tayang sengih kepada mereka berdua. Ralit benar aku menyiapkan tugasan sambil mendengar lagu sehinggakan tak sedar waktu telah berlalu dengan pantas.
“Ishh hang ni, toksah rajin sangatlah. Sekarang ni kita kan baru fasa designing, belum implement lagi,” Tegur Sheera dengan kepalanya digelengkan sekali.
Aku hanya ketawa.
“Kenalah take note mana yang nak didokumenkan cik kak oi, nanti kalau terlepas satu details masa nak compile projek habislah kita kena bambu dengan ketua team,” Balasku pula kepadanya.
Sheera menjungkitkan bahunya. “Encik Khairil ok je kot, dia tegur tapi takdalah sampai kena bambu.”
“Mana tau angin laut China Selatan mai kat dia nanti, habis kita nanti…” Ujarku dengan mengajuk loghat utaranya.
“Dah-dah, sekarang ni kita sambung sembang dekat mana-mana restoran. Aku lapar dah ni,” Hani menyampuk. Dari tadi dia hanya mendengar perbualan kami. Kesian member yang seorang ini.
Aku segera menyimpan dokumen sebelum membiarkan monitor PC dalam keadaan mod tidur dan bangun untuk bergerak dari meja kerja. Kemudian kami bertiga melangkah keluar dari pejabat untuk mencari restoran sebagai tempat makan tengahari untuk hari ini.
Sheera juga menyertai geng kami hari ini, kerana selalunya dia akan tapau makanan dari rumah sahaja.
“Kamelia dengan Dilla mana?” Aku menanya Hani ketika dalam perjalanan.
“Diorang dah tunggu dekat restoran ikan bakar dah.” Jawab Hani kepadaku.
“Awal betul,” Komenku.
Sampai sahaja di restoran ikan bakar yang sering dikunjungi oleh kami, aku nampak kelibat Dilla dan Kamelia yang sudah mengambil tempat duduk. Dilla melambai ke arah kami bertiga.
“Asal lambat?” Dilla menyoal kami.
Dari ekor mataku, Hani memuncungkan bibirnya ke arahku.
“Cik kak ni rajin benor sampai tak sedar dah masuk lunch hour,” Perli Hani kepadaku.
Terus Dilla kecoh. “Ish kau ni, Elle. Rilek ah, baru masuk kan projek team korang tu?”
“Itulah tu, rajin nauu,” Sheera turut menyambut.
Aku buat tak tahu. Kalau dengan geng lunch aku ini, memang ada je perkara boleh jadi topik untuk dibahankan. Si Sheera pun sama. Nasiblah dah kenal lama, kalau tak ada yang kena bagi jelingan maut sedas atau dua.
“Malas aku nak layan korang, pergi ambik makanan lagi bagus.” Aku terus cabut dan tinggalkan mereka.
“Eh tunggulah! Aku pun lapar weh!” Dilla bangun dari tempat duduknya dan mengejar langkahku.
Author's Note:
Hi! Finally Bab 17 being published 😬 Last update bulan Mei haritu. Tapi tulah untuk bab ni, banyak kali jugak aku revise dan edit sebab macam tak puas hati dengan scene yang aku tulis. Btw, her Reckless Heart dah setahun! Alhamdulillah dan semoga seketul Lina yang menulis HRH ni akan tamatkan HRH tanpa biarkan cerita ni tergantung 🥺💪🙏Enjoy reading!
No comments:
Post a Comment