PROJEK syarikat kami bersama Syed and Associates sudah bermula apabila pihak mereka bersetuju dengan cadangan yang sudah kami bentangkan pada minggu sebelum ini.
Aku dan Sheera memantau jadual yang telah dirancangkan dalam proposal yang diusulkan. Sedang aku menyibukkan diri untuk melakukan kerja, Sheera mencuit lenganku.
“Kenapa?” Aku pandang Sheera dengan pandangan hairan.
“Ingat tak masa first time kita pi firma Syed and Associates tu?” Tanya Sheera kepadaku.
Aku sekadar mengangguk.
“Lelaki yang hang dok sembang tu...Anak Dato’ Syed Arman.” Kening Sheera terangkat sebelah.
Aku diam, cuba mengingat kembali rupa lelaki yang aku bersembang sewaktu mengunjungi firma tersebut. Hmm...sebenarnya aku ini lemah sedikit hendak mengingat rupa orang yang aku baru kenal, lagi-lagi kalau yang macam tak berkaitan.
Tetapi tidak pula apabila aku cuba mengingati Aidan. Mungkin sebab rupa paras Aidan yang lain dari lelaki-lelaki yang aku pernah kenal dan jumpa kot.
“Cik kak oi! Hang dok pikiaq apa tu?” Sheera mencuit aku lagi.
Aku tersedar dari lamunan sendiri. “Aku cuba recall balik lelaki yang kau cakap tu…” Aku beralasan.
“Hmm, jenuh tunggu hang habih pikiaq,” Sheera menyindir..
“Lelaki yang sembang dengan hang tu, dia tulah yang serbu masuk meeting room masa first time wakil kita datang firma Syed and Associates tu!” Beritahu Sheera dengan nada teruja.
Aku mengangguk. Oh...rupanya lelaki muda itulah yang serbu masuk ke bilik mesyuarat pada beberapa minggu lepas. Syed Hazriq Arryan, nama lelaki itu.
“Tapi dia laki orang lah, Sheera.” Terus aku matikan keterujaannya.
“Lahh! Sungguh ka? Hisy, sayangnya…” Nada Sheera seolah-olah kecewa.
Aku tepuk bahunya. “Jangan nak gatai sangat eh!”
Sheera ketawa apabila aku menegur dengan ayat begitu.
“Aku melawak ja...tapi uish, hensem sungguh! Macam ada mix arab,” Sheera memuji dengan senyum gatal.
Aku tak berkata apa-apa. Tapi memang tidak dinafikan, Syed Hazriq Arryan itu memang wajahnya cukup pakej. Pakej orang kacak, dengan kacukan Melayu-Arab, lagi-lagi dia berketurunan Syed sudah pastilah orang perempuan pandangan pun tak lepas. Untung isteri dia dapat memiliki orang sekacak Syed Hazriq. Bapanya juga tak ketinggalan, memang jenis set-set orang kacak.
Ingatanku terus teringatkan Aidan. dia pun lagilah kacak. Berketurunan orang putih lagi!
Selepas aku dan dia saling bermesej di WhatsApp pada dua minggu lepas, tiada lagi khabar dari Aidan. Pastinya dia sibuk dengan kes-kes yang perlu dikendalikan.
Aku dan Sheera tidak lagi menyambung perbualan kami yang tadi apabila Encik Khairil datang ke meja tempat aku duduk. Mestilah ketua nak tengok anak buah buat kerja ke tidak. Acah-acah buat kerjalah, apa lagi…
******
“ELLE!” Aku dipeluk oleh Meena usai sampai. Sudah lama kami tidak bertemu. Jadi, aku mengajak Meena datang dari Ipoh untuk menghabiskan hujung minggu bersama.
“Busy betul kan kita ni. Dah berbulan tak jumpa,” Rengek Meena dengan perangai keanak-anakan.
Aku tergelak dengan keletah sahabat aku yang seorang ini.
“Kalau nak dekat dengan aku selalu, kenalah cari kerja area sini atau KL!” Sengaja aku berkata begitu.
“Alaa..aku bukan tak nak tapi aku risaulah nak tinggal adik aku dekat Ipoh.”
Aku tahu Meena risaukan adik perempuannya, Reesa yang kini sedang menuntut di sebuah universiti swasta di sana. Ibu dan ayah mereka berdua kini menetap di Taiping setelah ibu Meena bersara sebagai guru dalam setahun yang lalu. Ayahnya pula sudah lama pencen askar.
"Jom kita lepak dekat kafe yang kita pergi haritu," Ajak Meena yang mengubah topik perbualan.
Pastilah Meena maksudkan kafe June De Nova yang pernah kami kunjungi sewaktu dia datang ke sini pada beberapa bulan yang lalu.
Aku memandu ke destinasi yang ingin dituju. Semestinya Meena akan berceloteh mengenai kehidupannya di Ipoh, walaupun kami biasa bersembang di dalam aplikasi WhatsApp. Tapi, sembang di atas talian dan sembang secara bersemuka memang berlainan rasanya.
Aku membalas dan menjawab apabila perlu. Lagipun aku sudah terbiasa mendengar Meena bersembang seperti bertih jagung sejak dari zaman kami di universiti lagi. Memang eloklah kami berdua menjadi sahabat. Aku jenis pendiam dan bercakap bila perlu, dan Meena pula jenis suka bercakap dan ramah dengan orang lain.
Tiba saja di kafe June De Nova, kami mengambil tempat dan memesan order sebelum menyambung perbualan yang terhenti seketika.
"Elle." Panggil Meena.
Aku menyahut.
"Lepas kau break up dengan Eddie, kau tak try ke cari pengganti baru?"
Aku terkedu untuk sejenak. Pandangan aku jatuh ke arah Meena.
Dan spontan bibirku mengukir senyuman nipis.
"Aku masih tak ready untuk cari yang lain," Hanya itu yang dapat aku luahkan sebagai jawapan kepada soalan Meena tadi.
Aidan tu macam mana, Elle? Serentak hatiku berbisik.
Ish...kami kan kawan? Walaupun hatiku ada masanya berasa lain macam apabila mengingati sebaris nama itu. Persahabatan yang bermula sejak beberapa bulan yang dulu kini agak rapat, memandangkan aku dan Aidan selalu bermesej di dalam WhatsApp.
"Hmm, berangan sampai ke mana tu Elle?" Tegur Meena. Keningnya siap terangkat lagi.
Aku berdeham dan buat lagak seperti tiada apa yang berlaku.
"Eh minuman kita order dah sampai dah," Pantas aku halakan pandanganku ke arah meja kami sedang duduk. Kebetulan pulak air yang kami berdua pesan sudah tiba.
Meena buat riak tidak puas hati denganku.
Selepas itu kami berbual tentang hal semasa sementara menunggu makanan yang dipesan siap.
*****
HARI minggu aku habiskan bersama Meena memandangkan kami sudah lama tidak berjumpa. Mama dan abah pun sudah anggap sahabat baikku itu seperti anak mereka sendiri, jadi mereka tidak kisah jika aku dan Meena keluar dan menghabiskan masa terluang bersama.
Tidak dilupakan adikku Elisa yang suka ikut jika aku hendak keluar ke mana-mana. Kebetulan dia sedang cuti pertengahan semester yang baru sahaja bermula semalam. Memang kepoh la kalau dia dan Meena bertemu. Masing-masing jenis riuh jika bersembang.
"Kak, jom kita lepak dekat i-City! Sambil tu kita pergi makan dekat i-City punya shopping mall!" Beria-ia Elisa mengajak aku ketika kami sedang bersiap untuk keluar.
Meena sedang baring di katil sambil menunggu giliran untuk bersiap. Elisa pula duduk di sebelah Meena. Habis bilikku menjadi tawanan mereka berdua.
"Macam-macamlah kau ni, dik. Takkan tak pernah pergi dengan member uni?" Soalku sambil membetulkan awning selendang yang aku lilit tadi.
"Alaa, tak sempat laa akak. Busy kot kejar submission date assignment. Know-know dah cuti." Muncung sedepa bibir Elisa terbias di cermin meja solek.
Aku menggelengkan kepala.
"Kak Meena mesti nak jalan-jalan i-City jugak kan?"
Meena angkat kepala. Dia sejak tadi diam kerana sedang melayan telefon pintarnya.
"Oh, situ bukan ke ada shopping mall? Akak biasa dah pergi i-City tapi tak pernah lagi jejak pergi shopping mall dekat situ," Tersengih-sengih Meena sekaligus seakan menyokong ajakan adikku.
"Ok, fine."
Aku pun surrender jelah bila ada dua sekutu yang kuat dalam pakatan ni.
Elisa dan Meena memberikan high five buat diri masing-masing sambil bersorak riang.
Sekejap kenapa aku yang macam lagi matured ni? Meena yang jadi seperti keanak-anakkan bila ada geng sekutu macam Elisa.
Aduhh…
*****
DESTINASI kami ke i-City di Shah Alam menjadi kenyataan. Kali ini Elisa menjadi supir memandangkan abah dah mula kerah dia untuk praktis bawa kereta setelah lama dia lulus lesen.
Sengaja aku mengusik Elisa dengan membaca doa naik kenderaan kuat-kuat. Bengang adikku dibuatnya. Satu jelingan dihadiahkan buatku.
Aku bantai gelak. Meena juga ikut gelak.
"Elok-elok drive tu adik. Signal jangan lupa kalau nak masuk dan keluar lorong!" Sempat abah titipkan pesanan sebelum kami keluar dari rumah.
"Don't worry abah!" Balas Elisa dengan ibu jari diangkat.
Aku dan Meena berikan senyuman senget.
Semoga kami bertiga sampai ke destinasi yang dituju.
*****
ELISA membawa kami naik pelbagai jenis ride semasa berada di i-City. Jeritan Elisa memang kuat betul semasa menaiki ride yang dipilihnya. Aku fikir Elisa ingin melepaskan tekanan kerana kesibukan mengejar kelas dan assignment di universiti.
Aku dan Meena juga tidak ketinggalan. Habis serak jadinya suara kami kerana menjerit sepanjang menaiki ride yang penuh rasa adrenalin.
Setelah puas melepaskan tekanan, kami bertiga menuju ke Central i-City Shopping Centre untuk mengisi perut serta mencuci mata melihat kedai-kedai yang ada di sana.
Kami memilih untuk makan di Nando's. Sedang kami menunggu, telefonku berbunyi menandakan ada bunyi mesej masuk di WhatsApp.
Ketika Meena dan Elisa sedang asyik berbual, aku membuka aplikasi WhatsApp.
Kiriman daripada Aidan.
Dup!
Jantungku tiba-tiba berdegup laju.
Mesejnya berbentuk voice note.
Hampir seminggu juga kami tidak berbalas mesej di WhatsApp. Pastilah Aidan sibuk dengan kerjanya.
Sebelum aku keluar dari aplikasi tersebut, status Aidan bertukar online.
Tiba-tiba dia sedang typing…
Aidan: Busy?
Cepat-cepat aku membalas.
Elle: Not really. I am currently with my best friend and sister.
Aidan: Alright, let's talk later 😉
Elle: Noted 👌🏻
Tanpa aku sedar, perlakuanku diperhatikan oleh dua orang yang duduk di hadapanku.
"Hah, mesej siapa tu kak!"
Tersentak dengan sergahan itu aku terus tutup skrin telefon. Kepala dipanggungkan. Kelihatan Elisa dan Meena sedang merenungku.
"Kawan lahh…" Aku tidak berselindung. Betullah kan? Aku dengan Aidan kan kawan?
Elisa dan Meena saling berpandangan.
"Ke boyfriend?" Meena pula menyampuk.
Author's Note:
Assalammualaikum and hello semua!
Here I am again 😁. Setelah menyepi untuk beberapa bulan, akhirnya aku update jugak bab baru untuk e-novel Her Reckless Heart (HRH) ni huhu. HRH akan bersiaran seperti biasa mulai minggu, cuma mungkin aku akan update satu bab dalam seminggu 😬 Semoga semua yang membaca HRH berada dalam keadaan yang baik ya 😉💞 Selamat Hurry Raya jugak haha 😜 xoxo!
No comments:
Post a Comment