Friday, October 8, 2021

Her Reckless Heart (Bab 15)


BAB 15


“ELLE ada order barang dari overseas ke?”  Tegur mama sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah.


Soalan dari mama membuatkan aku kehairanan. Waktu itu aku baru pulang dari kerja. Penat memandu kereta juga masih belum hilang. 


Hari ini aku pulang sedikit lewat dari kebiasaan setelah ketika dalam perjalanan pulang, laluan yang aku selalu gunakan jadi sesak gara-gara satu kemalangan yang berlaku antara dua buah kereta.


Aku pandang wajah mama yang sedang lepak di ruang tamu.. “Tak perasanlah pulak..” Jawabku dengan wajah yang blur.


Adakalanya aku ada juga membuat pesanan online dari luar negara tapi selalunya untuk bahan bacaan seperti novel bahasa Inggeris. Selain dari itu aku tak ingat pula jika aku ada order barang lain dari luar.


“Ada kotak abah letak dekat depan pintu bilik kamu.” Mama memberitahu apabila dia lihat wajahku masih lagi blur dan kebingungan. 


Aku mengucapkan terima kasih kepada mama sebelum meminta diri untuk naik ke bilik untuk berehat dan membersihkan diri. Setibanya di depan bilik tidurku, ada sebuah kotak bersaiz sederhana berwarna coklat muda menghiasi mataku.


Pintu bilik dipulas sebelum aku masuk dan meletakkan beg laptop dan beg tangan yang digalas di bahu sejak tadi. Kemudian aku beralih untuk ambil kotak tersebut di depan pintu bilik.


Setelah itu, kotak itu diletakkan di katil dan aku mula membeleknya. Alamatnya dari London, United Kingdom. Pengirimnya pula bernama...Aidan Harrison. 


Eh? Aidan? 

Aku terus terfikir bagaimana pula dia tahu akan alamat kediaman keluargaku di Malaysia? Rasanya aku tak pernah beritahu Aidan. Hmm...mulalah otak aku ligat berfikir.


Ah! Baru aku ingat. 


Aidan ada meminta aku memberikan alamat kediaman kerana hendak menghantar cenderahati yang dia beli sewaktu menghadiri conference di New York pada dua minggu lepas. Hendak kirim secara bersemuka entah bila Aidan akan datang semula ke Malaysia.


Jadi aku minta dia hantarkan sahaja melalui kiriman kurier. Boleh pula aku lupa. Sekejap lagilah aku buka kotak berwarna coklat muda itu, Yang penting segarkan badan dulu dengan membersihkan diri dan berehat seketika.



*****



KEYCHAIN, poskad, fridge magnet dari New York tersusun elok di dalam kotak yang dihantar oleh Aidan. Aku belek dengan rasa teruja dan juga ada satu rasa yang tak mampu aku ungkapkan ketika melihat kiriman tersebut. Wajah kacak Aidan terbias di dalam fikiranku.


Tangan kananku ligat mencapai telefon pintar yang terletak di tepi meja kecil berdekatan dengan tempat tidurku.


Ikon WhatsApp ditekan, sekaligus nama Aidan dicari di dalam senarai perbualan. Pantas jariku menaip mesej untuk mengucapkan terima kasih kepada dia. Kali pertama aku dapat kawan dari luar negara, sekaligus dapat barangan kiriman dari luar negara. Dah macam pen pal pula rasanya. 



Elle: Hi Aidan. It’s Elle. Just want to thank you for the souvenirs. It arrived today. It feels like I am having a pen pal, you know?



Sempat aku menangkap gambar cenderamata yang dihantarnya lalu dikirimkan ke dalam perbualan kami di WhatsApp.



Aidan: It’s nothing, just some token for memory. I’m glad you like it. Oh wow, so we are like what? Pen pal? 



Elle: Haha, yeah it kinda feels like that. But more in a modern way, by online!



Senyuman terukir di bibirku. Aku kembali duduk di birai katil untuk membetulkan duduk. Kami meneruskan perbualan kami meskipun jarak dan masa yang berbeza. Di Malaysia sudah waktu malam, manakala di London pastinya masih siang. Memang macam pen pal pun tetapi secara atas talian. Sebabnya kami saling bertukar pendapat serta berbual mengenai perihal masing-masing.


Kami berdua menamatkan perbualan, kerana aku tahu Aidan sedang bekerja. Jadi aku patut hormat masa kerjanya. Niat asal aku hanya mahu mengucapkan terima kasih kepadanya, alih-alih kami sempat berbual tentang hal lain sekali.


Aku mengemas cenderamata itu dan dibawa ke laci vanity table di dalam bilik. Keychain yang ada aku sempat ambil dan digantung sekali dengan kunci keretaku. Senyuman tidak lekang dari bibir.


Jam sudah hendak ke pukul 11 malam, aku bersiap sedia untuk tidur kerana esok masih hari untuk aku bekerja. 



*****



MINGGU ini kami sedang siapkan draf final proposal projek laman web Syed and Associates. Dalam hujung minggu ini pihak kami berkemungkinan akan mengatur satu lagi perbincangan dengan pihak klien kami.


Projek pembekalan perisian dengan Syed and Associates sudah dipersetujui oleh kedua belah pihak. Jadi, pihak yang berkaitan sedang menguruskan pengendalian untuk menghantar perisian kepada pihak Syed and Associates.


Dan jika proposal team kami diterima oleh pihak mereka, maka kami juga akan menandatangani satu kontrak bersama untuk memulakan projek pembinaan laman web baharu Syed and Associates. Team kami dan team bahagian programming akan banyak berunding dengan mereka.


Melihat reaksi Encik Nazri yang begitu berpuas hati dengan perkembangan projek-projek yang sedang berlangsung kini membuatkan kami di bahagian Project Management begitu bersemangat hendak membuat yang terbaik untuk projek laman web tersebut. 


Namun, setiap projek ada sahaja dugaannya. Di saat aku sedang menaip bahagian budget estimation di dalam Microsoft Word, boleh pula monitor buat hal! Nasib sebelum kejadian itu aku sempat simpan semua dokumen yang berkaitan dan ada backup dalam pendrive dan cloud server.


Aku terus panggil salah seorang staf bahagian maintenance yang mengawal selia perisian dan hardware di pejabat. Pada waktu itu, Tuhan saja tahu apa yang aku rasa. Aku bawa diri ke sudut di pantri. Hendak menenangkan diri setelah kejadian tadi.


“Elle? Apa pasal kau dekat sini?” Tegur Hani yang baru saja melangkah masuk ke arah pantri.


Aku pandang Elle dengan wajah yang penuh serabut. 


“Monitor tiba-tiba buat hal, beb. Cuma nasiblah aku sempat backup apa yang patut dalam pendrive dengan cloud server.” Aku terus menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi. 


Oh my! Nasib baiklah! Sabar tau, beb…” Hani memujuk.


Aku mengucapkan terima kasih kepadanya. Kami berdua berbual untuk seketika sebelum masing-masing bancuh air Milo panas. Setelah itu Hani keluar dari pantri untuk menyambung tugasnya.


Aku duduk di tempat yang disediakan di pantri dan menghirup air yang dibancuh tadi. Aku cuba menenangkan diri. Dugaan betul hari ini. Aku memaklumkan kejadian tadi kepada rakan sekerja di bahagianku dan aku juga memberitahu aku sudah back up awal-awal kerja untuk part aku sedang buat tadi.


Rata-ratanya semua bereaksi okey dan aku menarik nafas tanda kelegaan. Walaupun jarang berlaku kejadian seperti tadi, tetapi sedikit sebanyak memang mengganggu ketenangan jiwaku pada hari ini. 


Waktu sekarang baru sahaja hendak masuk ke tengahari. Aku kembali semula ke tempat dudukku dan menyambung kerja di laptop peribadi milik aku. Nasib juga ada bawa laptop sendiri, kalau tidak memang ternganga aku duduk di situ menunggu monitor digantikan dengan yang baharu.



*****



MOOD aku kembali selepas selesai menjamu selera pada waktu tengahari. Nasib juga ada geng lunchku yang beria mengajak keluar makan pada hari ini. Pastinya Hani menceritakan apa yang terjadi kepadaku tadi.


Keletah Dilla dan Kamelia yang sekali sekala berbalah dengan pendapat masing-masing buatkan aku terhibur.


Thanks korang. Mood aku dah okey,” Ujarku kepada mereka bertiga selepas kami membuat pembayaran.


No problem lah, Elle! Kitorang faham. Siapa je tak down bila tengah busy dengan projek besar tiba-tiba PC buat hal,” Kamelia berkata sambil menepuk bahuku.


Kami berjalan beriringan untuk keluar dari restoran masakan Melayu yang tidak jauh dari pejabat kami. Hari ini semua hendak makan di restoran yang berhampiran sahaja memandangkan masing-masing malas hendak drive ke mana-mana tempat.


Sampai di pejabat, kami berpisah untuk ke bahagian masing-masing.


Aku bersyukur ada teman-teman seperti mereka. Serta-merta aku teringatkan sahabat baikku yang nun jauh di Ipoh, Perak. Sudah lama juga kami tidak bertanya khabar. Harap Meena dalam keadaan yang baik hendaknya.


Aku kirimkan satu mesej kepada Meena melalui WhatsApp.



*****



PROPOSAL yang team bahagianku berhempas-pulas siapkan sejak dua minggu lepas sudah dibentangkan kepada bos kami, Encik Nazri untuk tujuan perbincangan dan mendengar pendapat darinya. Minggu yang seterusnya, satu pertemuan diatur antara kami dan Syed and Associates.


Kali ini aku datang bersama mereka yang lain iaitu Encik Khairil, Sheera dan Encik Nazri sendiri. Macam biasa bos kami akan turun padang di awal-awal pertemuan kerana dia mahu melihat sejauh mana perkembangan perbincangan antara kami dengan pihak klien berjalan.


Puan Anis menyambut kami sewaktu kami tiba di firma tersebut. Baru aku tahu dia adalah setiausaha firma ini jadi dia akan banyak berurusan dengan pihak kami.


Perbincangan mengenai proposal dimulakan sebaik sahaja Dato’ Syed Arman masuk. Kali ini seorang lelaki muda segak berpakaian sut muncul dan menyertai perbincangan pada hari ini. Encik Khairil mengetuai pembentangan proposal. Entah mengapa mataku seakan asyik hendak mengalihkan pandangan dan memandang lelaki yang duduk di sebelah Dato’ Syed Arman.


Sedang aku halakan pandangan ke arah Dato’ Syed Arman dan lelaki muda di sebelahnya, mataku bersabung dengan mata lelaki itu.


Kantoi!


Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke arah buku nota di hadapanku. Aduh boleh pula tertangkap pandang anak teruna orang. Apa ni Elle? Aku mengutuk diri sendiri.


Dahlah dulu pernah berkelakuan macam ini sewaktu kali pertama aku menemui Aidan di dalam RZ Holdings! 


Aku cuba berlagak biasa. Sebelah tangan naik untuk membetulkan shawl chiffon berwarna lavender supaya pura-pura sibuk. Tak sanggup dah nak pandang ke arah lain. Jadi, aku sekadar menunduk memandang buku nota yang tercatat beberapa tulisanku mengenai projek laman web itu.


“Elle?”


Aku tersedar lalu wajah diangkat. Encik Khairil sekadar senyum, kemudian dia tunjuk ke arah skrin TV LED yang aku tak tahu berapa inci. 


Oh! Sudah masuk bahagian yang aku perlu bentangkan rupanya. Aku membetulkan pakaian dan tudungku sebelum bangun untuk bergerak ke arah depan. Satu nafas panjang ditarik untuk menenangkan diri sendiri.


Dalam mode profesional, aku memulakan pembentangan bahagian bajet dan kos untuk projek laman web tersebut.


Selesai pembentangan part aku dan juga Sheera, tepukan diberikan oleh semua orang di dalam bilik meeting tersebut.


Aku pandang setiap orang di dalam bilik itu. Apabila mataku sudah menghampiri ke arah lelaki muda itu, cepat-cepat aku alihkan pandangan. Huh!



*****



HAVE ever we met somewhere?” Satu suara garau menyapa telingaku. Ketika itu, aku sedang berada di luar bilik meeting. Encik Nazri dan Encik Khairil sedang berbual dengan Dato’ Syed Arman dan juga beberapa orang lain dari Syed and Associates termasuklah Puan Anisa.


Aku pandang lelaki muda yang berdiri dengan tidak jauh dari tempat aku sedang berdiri.


Cepatlah si Sheera muncul! Waktu ini jugalah dia nak ke tandas!


Err...pardon?” Aku jadi blur untuk seketika. Yalah tiba-tiba kena tegur dengan soalan sebegitu. Siapa aje yang tak blur? Tak sempat aku nak fikir sedalam-dalamnya.


Lelaki itu mengangkat bahu. 


“I macam pernah nampak you. Have we met somewhere?” Sekali lagi dia menanya.


Aku mengerutkan dahi. “I don’t think so?” Masih blur.


Lelaki yang berdiri di hadapanku ini aku renung, cuba mengecam kalau-kalau sebelum ini aku dengan dia pernah bertemu di mana-mana. Dia berpakaian sut warna hitam yang aku pasti direka khas mengikut tubuh badannya yang tegap itu. Ketinggiannya juga boleh tahan macam galah. Rambutnya yang berwarna hitam dan pendek digayakan dengan kemas. 


It’s okay. Don’t think too much. I je kot yang rasa macam pernah jumpa you.” Lelaki itu berkata apabila melihat reaksi aku yang masih blur dan tidak ada jawapan akan soalannya.


“Okey.” Selamba aku membalas. 


“Hazriq, son.”  Dato’ Syed Arman mendekati aku dan lelaki muda yang berdiri di depanku.


“Dad.” Lelaki itu menyapa.


“Ini anak saya, Syed Hazriq Arryan. Tapi dia dah jadi suami orang.” Ujar Dato’ Syed Arman dengan nada hendak bergurau.


Aku terdiam. Tak tahu nak bereaksi apa. Erk?


“Dad, Ian bukan nak ngorat anak oranglah. I just think I macam pernah jumpa dia.” Lelaki muda itu menafikan. Wajahnya jelas tak berpuas hati.


“Ingat Callie, your wife. Anak-anak sekali.” Pesan Dato’ Syed Arman sambil menepuk bahu anaknya.


Janggal betul situasi yang aku tengah alami sekarang ini.


“Elle, jom!” Sheera mendapatkan aku. 


“Maaf ya Dato, dan Encik Syed Hazriq. Saya minta diri dulu,” Cepat-cepat aku melangkah ke arah Sheera yang wajahnya dah ada pandangan yang semacam.


Pelik betul. Sepanjang perjalanan pulang, aku terfikirkan akan situasi yang aku berdepan tadi.


________________


Author's Notes:

Ini merupakan update terakhir buat masa ini. Aku buat keputusan untuk on hold dulu Her Reckless Heart. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi baca dari mula sama ada di blog ini atau melalui Wattpad. In Shaa Allah, nanti kalau aku dah tulis bab-bab seterusnya, aku akan sambung update. Reason kenapa aku put on hold adalah sebab aku nak baca and tengok balik progress cerita ni, minda aku banyak je dah fikir apa yang akan jadi seterusnya tapi tulah rasa overwhelmed nak tulis pulak :') lagi-lagi sebab penggunaan Bahasa Melayu aku dah tak macam dulu lol.


Thanks for reading! xoxo, Lina.









No comments: