Friday, October 1, 2021

Her Reckless Heart (Bab 14)


BAB 14


"SO, what kind of flowers do you like?" Soalan yang rawak dari Aidan. 


Sejak beberapa bulan kami berkenalan, adalah menjadi satu kebiasaan untuk kami berbual di telefon dan bertanya tentang perihal masing-masing. Kadangkala Aidan akan bertanya soalan-soalan rawak seperti kegemaranku dan ketidaksukaanku. Aku juga akan ikut rentak pertanyaan dia dan menanyakan soalan-soalan yang lebih kurang kepada Aidan semula.


"Daisy. I know it's quite different but of course roses can be the alternate choice," Jawabku dengan senyuman. Aku sukakan bunga Daisy, tetapi oleh kerana aku tinggal di negara yang tidak mempunyai bunga tersebut jadi aku selalu saja melihat gambar bunga tersebut dari laman internet sahaja.


Kami berbual melalui panggilan telefon setelah Aidan mesej aku di WhatsApp memberitahu ingin mendengar suara masing-masing. Kami banyak berbual melalui mesej di WhatsApp tetapi ada masanya Aidan meminta untuk menelefonku.


Kesibukan Aidan sebagai seorang peguam kadangkala ada masanya kami akan sepi tanpa komunikasi. Namun sebagai seorang kawan, aku hormat akan kesibukannya dalam kerjaya yang diceburinya. Apatah lagi aku juga tak kalah dengan kesibukan kerjaya sendiri.


"Ah...well good choice. Roses are very ordinary, aren't it? Daisy? Hmm, you are quite different Miss Elle Nadirah." Aidan seolah memuji, suaranya kedengaran seolah kagum dengan kesukaanku.


Terpesona aku buat seketika. Ditambah lagi dengan suara garaunya itu.


Cara dia menyebut namaku itu. Tak ada pelat. Aku ingatkan dia akan menyebut namaku dengan sedikit pelat memandangkan perkataan dari nama Nadirah itu orang putih seperti Aidan.boleh sebut.


Elle, namaku itu sejak dari zaman aku masuk tadika memang macam-macam cara sebutan oleh semua orang. Ellie la, Elly la. Padahal sebutan sebenarnya adalah seperti huruf ‘L’. 


Dulu semasa kecil pernah aku menangis dan mengadu  kepada mama dan abah kerana namaku yang disebut dengan pelbagai versi. Namun abah tenang sahaja memujukku. Kata abah namaku itu unik dan walaupun tok wan dengan tok kedua belah pada awalnya tak bersetuju dengan pemberian namaku itu, tetapi abah tetap berkeras hendak menggunakan nama Elle untuk anak perempuan sulungnya. 


Maka terjadilah nama Elle Nadirah…


"You pronounce my name properly, Aidan. I'm impressed!" Aku memuji Aidan. Suka bila orang menyebut namaku dengan betul.


"Gee, thanks." Aidan cuba berjenaka.


Selepas itu kami berdua tergelak.


"Have you eaten dinner yet?" Aku menanya dia. Waktu ini jam di Malaysia sudah pukul 4 pagi.


Mujur hari ini hari minggu. Jadi aku tidak kisah jika perlu mengorbankan waktu tidurku untuk bersembang dengan Aidan melalui telefon.


"Yeah, I have some leftovers from yesterday. Thankfully my sister came and restocked some food from my mother. So, I just need to reheat and eat." Terang Aidan dengan panjang.


Aku mengangguk. "That's good. So, what did you eat?"


"Mac and cheese," Selamba saja dia menjawab.


"Uh-uh, what an easy food!" Perliku.


Aidan ketawa. Dia pula bertanya apa yang aku makan pada malam tadi. Aku memberitahunya yang malam tadi aku mencuba resepi aglio olio dengan grilled salmon.


Kebetulan Elisa pulang pada hari Jumaat dan membuat permintaan untuk aku masak makanan itu. Bab meminta ni memang serah saja kepada adikku itu. Apa-apa makanan yang dia ingin cuba pasti dia akan menyuruh aku masakkan untuknya.


Selalunya kalau resepi sesuatu makanan dia jumpa di Instagram pasti Elisa akan tag namaku atau mengirimkan kiriman ke direct message di laman sosial itu atau menghantar screenshot ke kiriman peribadi di WhatsApp.

Kalau dia minta mama masakkan memang tak jalan pun sebab mama lagi suka masak masakan melayu. Yang masakan barat selalunya akan diserahkan kepada aku memandangkan aku suka mencuba resepi baharu.


Nasib…nasib…


Bila disuruh ikut belajar masak dia sekadar jadi tukang melihat saja. Aduhai…


"Elle?" Panggil Aidan.


"Yes?"


"Next week I will attend a conference in New York. Do you want any souvenirs from there?"


Aku diam untuk berfikir seketika. Baik betul Aidan ni, sempat pula dia bertanyakan jika aku mahukan sesuatu dari New York. Sudahlah aku tak pernah lagi menjejakkan kaki ke luar negara, dalam negara pun belum habis jelajah lagi.


"Well, I don't know...keychain and postcards maybe?” Automatik fikiranku terbayangkan patung Statue of Liberty yang terkenal dalam kalangan pelancong yang mengunjungi kota New York.


"Well alright. I guess I shall end the call now and you need to sleep as well." Aidan berkata dan mengingatkan waktu yang semakin lewat di Malaysia. 


Aku terus bersetuju. Mata pun sudah terasa pedih. Aku membetulkan duduk di katil, kaki yang diselubungi selimut dibetulkan.


"Good night, sweet dreams." Pesan Aidan.


"Hmm, you too.." Aku membalas dengan rasa mengantuk yang sudah mulai melanda.  Terasa seperti hendak terus tidur ketika itu pun ada. Usai tamat berbual, memang aku tertidur terus, nasiblah aku sedang cuti solat jadi boleh lajak tidur lewat sedikit dari kebiasaan.



*****



MINGGU yang seterusnya, aku bekerja seperti biasa. Aku dan Aidan sekadar berbalas mesej seperti selamat pagi dan selamat malam. Dia kini sedang sibuk menghadiri conference di New York seperti yang dia beritahu pada hujung minggu lalu.


Katanya dia perlu menjadi wakil dari firma guamannya untuk menemui wakil-wakil peguam dari setiap firma untuk membincang sesuatu isu dalam hal perundangan.


Aku pun tak bertanya lebih kerana semua itu bukan bidang yang aku ketahui. Cukuplah sekadar Aidan bercerita tentang conference yang perlu dihadirinya. Aidan juga beritahu yang dia akan ke sana dalam empat hari. Sempat aku usik, menyuruh Aidan mengambil gambar di hadapan tugu Statue of Liberty dan di sekitar bangunan Empire State of New York dan juga di Metropolitan Museum of Art atau nama pendeknya Met Museum.


Di pejabat, Encik Khairil memberitahu ada satu tarikh dan hari yang sesuai telah diaturkan antara wakil kami dan wakil dari Syed and Associates untuk membincangkan mengenai projek laman web firma tersebut. 


Aku dan Sheera berbincang mengenai keperluan yang perlu kami ambil kira dan berkongsi pendapat mengenai hasil kajian yang telah kami lakukan mengenai laman web Syed and Associates yang sedia ada.


Semoga pertemuan pertama kami dengan wakil dari Syed and Associates berjalan dengan lancar. Ini akan menjadi antara pengalaman buat aku dan Sheera sebagai antara staf junior di bahagian kami untuk berinteraksi dengan klien.



*****



KIRIMAN gambar-gambar dari Aidan melalui kiriman mesej di Whatsapp buatkan bibirku mengukir satu senyuman. Gambar pemandangan dari hotel tempat dia menginap untuk beberapa hari itu ada terselit bangunan Empire of State. Sempat juga Aidan selfie di balkoni bilik hotelnya.


Sepanjang kami berkenalan dalam beberapa bulan, ini merupakan kali pertama Aidan menghantar kiriman gambar selfie dirinya sendiri. 


Dup...dap…


Aku mengusap dadaku, ingin menenangkan irama rentak jantung yang tiba-tiba buat hal. 


Hisy...dah kenapa jantung aku ni, bisikku dalam hati.


Elle: Did you cut your hair? Your hair looks a bit short here.


Aidan: Yep. My mom made me do it. She said I looked too messy with my long hair. 


Aku berikan emoji gelak tanda reaksiku terhadap mesejnya.


Elle: Mother’s never wrong, you know. But I think both looks suit you.


Sebelum ini rambut Aidan cecah ke paras tengkuk dan gaya messy dia gayakan ketika kami berjumpa untuk kali kedua di RZ Holdings terbias di dalam fikiranku. Kini rambutnya sudah dipotong pendek tetapi gaya messy tetap ada. Cuma gaya profesionalnya tampak segak kerana rambutnya itu digayakan dengan kemas. Sekali lagi gaya Aidan dalam sut yang direka khas menerjah ke fikiranku.


Boleh pula begitu ya, Elle...hatiku berbisik.


Aku menggeleng, dah pelik-pelik pula aku ni. Tapi di satu sudut dalam hati, sememangnya Aidan kacak orangnya. Ditambah lagi dengan pakejnya sebagai seorang lelaki Mat Saleh, siapa aje yang tak akan memuji orang yang helok seperti dia.


Aidan membalas reaksi gelak juga.



Aidan:  Women are always right, eh?


Elle: Hey! Of course! 



Sengaja aku balas begitu. 


Aidan tidak melatah, dia membalas tanda ibu jari terhadap mesejku.


Kemudian kami berbalas mesej sebelum aku meminta diri untuk kembali menyambung kerja. Jam di waktu Malaysia baru pukul 4:00 petang. Maknanya di New York sudah pukul 4:00 pagi ketika ini. Kasihan Aidan, esok pagi dia ada sesi persidangan tetapi sempat pula dia berbalas mesej denganku di WhatsApp.


*****



“SEMUA dah ready?” Soal Encik Khairil pada pagi hari Khamis. Kami dijadualkan untuk bertemu dengan wakil dari Syed and Associates pada pagi ini. Seawal pukul 9:30 pagi lagi kami sebagai wakil dari NJ Solutions sudah bersiap sedia untuk ke firma guaman yang terletak di Kuala Lumpur.


Encik Nazri, bos kami juga menyertai pertemuan pertama ini memandangkan kami belum pernah lagi bekerjasama dengan firma tersebut. Aku dan Sheera mengambil tempat duduk di seat belakang.


Kereta Toyota Camry yang dipandu oleh Encik Khairil membelok keluar dari syarikat kami untuk memulakan perjalanan.


Ready!” Sheera bersuara di sebelahku. Aku dan dia saling berpandangan. Acah betul. Padahal kami yang di seat belakang dah rasa macam-macam. Gemuruh, risau dan gementar. Semoga pertemuan hari ini membuahkan hasil dan berjalan dengan lancar.


Don’t worry, girls. In Shaa Allah semua akan baik-baik saja.” Encik Nazri cuba menenangkan. Tahu agaknya kami di belakang seolah tidak tenang. Sudahlah masing-masing masih di peringkat junior, kena pula jadi wakil untuk menemui bakal klien.

Dalam diam aku berdoa agar lebih tenang. 


Sepanjang perjalanan kami ke Syed and Associates hanya bunyi dari radio berkumandang.. Sekali sekala suara Encik Khairil dan Encik Nazri berbual memecahkan sepi di dalam kereta itu. Aku dan Sheera membelek telefon pintar masing-masing.



Aidan: All the best, my darling. Don’t be nervous. I hope you won’t bump into anyone! 



Serentak satu senyuman terlukis di wajahku.


Eh! Boleh pula dia usik aku sebegitu! Tanpa diduga memori pertemuan pertama kami menerjah fikiranku. Aku menggelengkan kepala dengan senyuman.


Elle: Hey! Don’t tease me like that! Btw, thanks! 



Aku ada beritahu Aidan yang minggu ini aku dan wakil yang lain akan menemui klien baru kami untuk projek baru. Sebagai kawan dia memberikan kata semangat kepadaku tapi itulah boleh pula dia mengusik aku sebegitu. 


Perkataan darling itu sudah biasa aku dengar dari Aidan. Orang putih ni kan jenis caring jadi endearment sebegitu sudah terbiasa bagi mereka. Awal-awal dulu pun aku bereaksi biasa kerana aku pun biasa terjumpa ungkapan tersebut dalam novel bahasa Inggeris yang sering aku baca di waktu lapang.


Sepanjang perjalanan aku membalas mesej dengan Aidan di WhatsApp untuk menghilangkan rasa bosan dan gementar dalam diri. Sheera di sebelah pula aku perasan dia juga tidak berganjak dari telefon pintarnya.



*****



DI SYED and Associates, kami disambut oleh salah seorang petugas di reception desk. Seperti biasa Encik Nazri memberitahu tujuan pertemuan dan kami diminta untuk menunggu buat seketika sementara petugas di situ membuat panggilan kepada person-in-charge untuk perjumpaan kami pada hari ini.


“Hai. Saya Puan Anisa, person-in-charge untuk perjumpaan dengan NJ Solutions.” Seorang wanita berambut dengan potongan bob cut yang berpakaian business suit warna krim muncul di hadapan kami. Wajahnya terukir senyuman mesra.


Encik Nazri bangun dan menyapa Puan Anisa. Kami yang lain juga ikut bangun dan senyuman mesra diberikan kepada wanita elegan itu. Kami dibawa untuk ke satu bilik mesyuarat di firma itu.


“Sekejap ya, kita tunggu big boss sekali.” Puan Anisa berkata selepas kami mengambil tempat di dalam bilik mesyuarat itu. 


Aku memerhatikan suasana di dalam bilik mesyuarat. Meja panjang dan deretan kerusi yang tersusun rapi. Aku duduk di sebelah Sheera dan Encik Nazri dan Encik Khairil duduk di sebelah di ruang yang sama.


Seorang lelaki dalam lingkungan awal 50-an masuk ke bilik mesyuarat tersebut.


Dato’ Syed Arman! 

Mujurlah aku pernah mencari maklumat tentang beliau. Kalau tidak memang langsung aku tak kenal lelaki yang baru sahaja masuk tadi. Langkahnya masih gagah walaupun sudah mencecah usia separuh abad. Badannya yang dibaluti three piece suit berwarna hitam kelihatan masih tegap. Tinggi pun tinggi juga. 


“Assalamualaikum semua,” Sapa Dato’ Syed Arman. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada kami. 


Kami yang lain menjawab salamnya dengan serentak. Aku lihat Encik Nazri dan Encik Khairil berjabat tangan dengan beliau. Nampak mesra betul big boss Syed and Associates ni. Tak menyombong dan kelihatan mudah didekati walaupun sudah berpangkat Dato’.


Puan Anisa dan beberapa individu yang lain masuk ke dalam bilik mesyuarat. Dato’ Syed Arman mengambil tempat di posisi paling depan memandangkan beliau adalah ketua di firma tersebut.


Shall we start?” Puan Anisa yang sudah duduk di hadapan kami berkata.


Please, proceed.” Dato’ Syed Arman terus bersetuju.


Perbincangan antara kedua belah pihak bermula. Encik Khairil memulakan terlebih dahulu sebagai wakil dari NJ Solutions.



*****



PERBINCANGAN selama satu jam setengah tamat pada waktu tengahari. Pihak dari Syed and Associates kelihatan berpuas hati dengan perbincangan tadi. Satu proposal akan diberikan oleh pihak NJ Solutions dalam masa terdekat untuk mengusulkan ciri-ciri dalam perancangan pembinaan laman web baharu untuk Syed and Associates.


Pintu bilik mesyuarat diketuk dari luar.


Seorang wanita muda masuk.


“Maaf mengganggu, Dato’...” Belum sempat wanita muda itu menghabiskan ayat, seorang lelaki muda yang elok berpakaian sut berwarna hitam melangkah masuk. Wajahnya yang kacak kelihatan tegang. “Dad, we need to talk.” Suaranya keras, seakan menahan rasa.


Tenang sahaja riak Dato’ Syed Arman memandang lelaki muda yang sedang berdiri di hadapannya. Beliau bangun dan meminta diri dengan kami yang berada di bilik mesyuarat itu sebelum berjalan keluar bersama lelaki muda tadi,


Puan Anisa berdeham, senyuman janggal di wajahnya menunjukkan dia sepertinya dia tidak menyangka situasi tersebut terjadi. 


Dia dan beberapa orang individu yang lain mengiringi kami keluar. Sebelum kami berpisah, Puan Anisa meminta maaf jika terdapat sebarang kekurangan daripada mereka sebagai wakil dari Syed and Associates.


It’s okay, Puan Anisa. In Shaa Allah, once the proposal is done, nanti pihak kami akan maklumkan semula untuk perbincangan yang seterusnya.” Dengan profesionalnya Encik Nazri berkata. Dia sedikit pun tidak terkesan dengan apa yang berlaku di dalam bilik mesyuarat tadi.


Selepas itu kami bergerak menuju ke lot parking.


Not bad jugak mamat yang serbu masuk meeting room tadi,” Tak semena Sheera berbisik kepadaku.


Terhenti langkahku. Mataku membulat.


“Eii, menyempat betul kau ni!” 


Sheera ketawa perlahan, risau kalau Encik Nazri dan Encik Khairil yang sedang berjalan di hadapan kami terdengar.


Aku menggelengkan kepala. Boleh pula Sheera berkata sebegitu. 


Dalam hati aku mengucapkan rasa bersyukur kerana perbincangan pertama antara kami dan pihak Syed and Associates berjalan dengan lancar. Pihak mereka terutamanya pemilik firma, Dato’ Syed Arman kelihatan senang dengan perbincangan hari ini.



_______________


Author's Note:
Happy reading!



No comments: