Wednesday, September 1, 2021

Her Reckless Heart (Bab 9)


BAB 9

SEDANG kami bertiga menunggu pesanan sampai, mataku secara automatik dihalakan ke arah meja yang berada di hujung ruang kafe itu.


Tak tahulah mengapa aku suka tengok meja di situ. Dah masuk kali kedua aku asyik terpandangkan meja di situ sejak mula mengunjungi tempat ini.


Ketika itu tempat itu kosong tanpa sesiapa.


Teringin sangat ke nak duduk situ? Aku menyoal dalam hati.


Gerak hatiku selalu ingin membuang pandang ke arah meja di sudut itu.


Abang Eilman dan Elisa tak perasan pun pandanganku yang dah ke arah lain. Eloklah tu, sebabnya sekali Elisa dapat detect dia mesti akan menyoal macam-macam. Sejenis nak tahu semua benda. Kepochi.


Wind chime yang terhias di tengah pintu kafe itu berbunyi tanda ada pengunjung baru masuk.


Kedudukan tempat duduk kami yang di tengah-tengah kafe itu membuatkan aku boleh melihat sekeliling ruang dalam kafe.


Seorang lelaki berpakaian kasual muncul di hadapan Kafe June De Nova. Orangnya berbadan tegap dan mempunyai ketinggian yang bagiku terlalu tinggi untuk tipikal orang Malaysia.


Hmm, boleh pulak aku tilik anak orang di saat ini!


Lelaki itu melangkah ke dalam kafe sebelum mengambil ruang meja yang di hujung kafe itu.


Aku menyaksikan tingkah lelaki itu dari tempat dudukku.


Rambutnya yang berwarna hitam dibiarkan dengan gaya messy. Cermin mata hitam menghiasi matanya. Berjambang tapi nampak kemas dengan penjagaan yang rapi 


Kemudian dia menanggalkan cermin mata hitam dipakainya dan disangkut di tengah t-shirt v-neck berwarna putih yang tersarung di tubuhnya.


Seraya itu, mataku membesar. Raut wajah lelaki itu seperti seseorang yang aku kenali walaupun tak lama.


Itu bukan ke Aidan? Aidan Harrison yang pernah aku temui beberapa bulan yang lepas. Dan baru semalam kami berjumpa untuk seketika di RZ Holdings.


"Elle," Namaku dipanggil oleh Abang Eilman.


"Hah?" Aku pandang ke arah meja kami semula.


Abang Eilman sudah berkerut dahinya. 


"Kau tengok apa dari tadi?" Abang Eilman buat gaya seperti hendak melihat ke arah aku lihat tadi. 


Sudah! 


"Elle saja je perati kafe ni," Jawabku dengan senyuman. Harap abangku tak bertanya lagi.


Abang Eilman sekadar mengangguk dan menghirup air teh lemon ais yang dipesannya.


Pesanan kami sudah sampai rupanya! 


Elisa pula sejak tadi tak berbunyi suaranya. Aku memandang Elisa di tepiku. Dia sedang sibuk melayan sesuatu di telefon pintar miliknya.


Aku mula menikmati set hidangan chicken grilled with black pepper sauce yang dipesan. Perut baru terasa lapar selepas menghidu bau makanan itu.


Kami bertiga menjamu selera dengan pesanan masing-masing.


Fikiranku masih tertumpu terhadap Aidan yang berada di dalam kafe ini.


Makan dulu nanti baru fikir, hatiku berpesan.



*****



AKU menapak ke tempat basuh tangan untuk mencuci tangan. Sedang aku mencuci tangan, satu haruman cologne yang maskulin menusuk ke dalam hidungku.


Pantas aku berpaling ke belakang.


"We meet again, Elle." Aidan berdiri tidak jauh di belakangku.


Aku jadi gugup dengan tiba-tiba.


"Umm...yeah, hi." Aku bersuara dengan rasa gugup.


Dia membalas dengan satu senyuman lebar. Lekuk di kiri dan kanan pipinya sama naik.


Seksi.


Aku cepat-cepat menyudahkan cucian tanganku dan mencapai tisu yang tersedia di tepi singki itu.


"You can use it now," Aku memberikan laluan untuk Aidan.


Aidan hanya menggeleng. "Thanks but I'm not going to use it. I just want to say hi to you actually.


Oh…bermakna dia juga perasan aku berada di kafe ini.


Mungkin dia lihat aku seperti tak mampu berkata apa-apa, dia menyoal, "Sorry, did I scare you?"


Aku menggeleng.


"It's just I'm not that talkative. Sorry," Aku menjawab sambil bahu diangkat.


"I see. It's okay. I think I may look kind of intimidating to some people," Aidan berkata dengan tawa.


Aku senyum, suka mendengar tawa darinya. A manly laugh.


A manly laugh? Tidak pernah pula selama ini aku puji ketawa seorang lelaki itu sebagai maskulin atau berkelelakian. Pelik-pelik kau ni, Elle.


"You come here alone?" Tanyaku dengan ramah.


Ini kali pertama kami berbual dengan lebih lama sejak pertemuan kami di RZ Holdings dan di sebuah pasar raya dulu.


"Yeah, I actually had nothing to do today. So, I thought why not go out and see anything that may interest me," Balas Aidan dengan senyuman.


Aku mengangguk.


"Don't you have a special person to spend time with you?


Aidan menggeleng. "No time for dating, Elle."


Begitu? Mungkin Aidan jenis yang pentingkan kerjaya.


"Don't be too hard on yourself. You're quite a catch, you know," Aku berkata dengan pujian terselit untuknya.


Orang seperti Aidan ini memang ramai wanita di luar sana mahu. Ada pakej yang tersendiri. Memang aku baru mengenalinya tetapi aku rasa wanita yang menjadi pilihan Aidan sungguh bertuah.


"Kak Elle! Buat apa tu?" Elisa muncul di hadapan kami berdua.


Aku tersentak. 


Elisa pandang kami berdua. Matanya terpaku untuk seketika apabila melihat Aidan di sebelahku. Kemudian Elisa memandang aku pula. Ada persoalan jelas di matanya.


"Sorry, akak basuh tangan tadi." Aku mengisyaratkan Elisa supaya tidak bertanya tentang Aidan.


"Cepatlah, Abang Eilman dah nak bayar dah ni," Gesanya sebelum meninggalkan aku dan Aidan di situ.


Aku pandang Aidan dengan senyuman kecil. 


"My sister."


Dia memberi pandangan mengerti.


"I know this is quite fast, but may I ask for your number? I think we should talk more. And I'm going to stay in Malaysia for two weeks." Tanpa berselindung Aidan berterus terang.


Aku pandang Aidan dan bibirku terasa hendak senyum lagi. "You're quite blunt."


Dia sekadar gelak. 


Tanpa ragu-ragu aku memberikan nombor telefonku kepada Aidan.


Aidan mengeluarkan telefon pintarnya dan memasukkan nombor yang aku berikan. Dia mendial nombor tersebut.


Telefon pintarku berbunyi.


"That's my number. Don't forget to save it." Satu kenyitan dihadiahkan kepadaku.


Secara automatik jantungku berdegup dengan laju. 


"Thanks," Ucapku sebelum meninggalkan Aidan.


"Elle, no goodbyes?" Laung Aidan, masih berdiri tempat yang sejak tadi.


Aku menoleh kembali. 


"Bye!" Sebelah tangan dilambai sebelum aku melangkah semula ke meja aku duduk tadi


Dia kenyit mata aje pun, jantung aku ni dah buat hal! Aku mengutuk diri sendiri.



*****



PULANG dari kafe, aku mengurungkan diri di dalam bilik tidur. Konon nak berehat tetapi fikiran aku tak dapat berhenti memikirkan peristiwa hari yang berlaku di Kafe June De Nova.


Tak sangka pula kami akan berjumpa lagi sekali. 


Aku akui lelaki seperti Aidan mempunyai paras rupa yang menawan hati mana-mana wanita di luar sana.


Termasuklah diri kau sendiri kan? Hatiku berbisik nakal.


Aku menggeleng dan pegang kedua belah pipiku. Rasa berbahang.


Baru je kenal tapi hati aku dah macam-macam.


Sedarlah wahai hati, kau tu pernah dilukai oleh insan yang bernama lelaki! Aku mengingatkan diri sendiri.


Usai membersihkan diri, aku duduk di depan vanity table. Kedua belah tangan ligat menyusun produk penjagaan diri seperti toner, moisturizer, essence oil dan lain-lain.


Bekas alat solek yang agak bersepah juga aku kemas supaya ruang di meja itu lebih kemas dan tak semak mata memandang.


Pintu bilik diketuk.


"Kak Elle! Elisa ni!" Laung Elisa dari luar bilik.


Aku bangun dan membuka pintu. Wajah Elisa tersembul di muka pintu. 


"Ada apa?"


"Hehe, saja nak lepak bilik akak." Elisa mengambil tempat di katil. Buat bilikku seperti dia punya sendiri.


Aku perhatikan sahaja adikku itu. Hatiku seakan mengesyaki yang adikku hendak menyoal siasat tentang peristiwa di kafe.


"Siapa mamat kat kafe tadi tu, kak?" Elisa mengerdipkan matanya. Lagak tak bersalah dipamerkan.


Aku mengangkat bahu.


"Alaa dengan adik sendiri pun nak berahsia bagai, come on lah Kak Elle!" Elisa memuncungkan bibirnya. Tak berpuas hati dengan reaksiku terhadap soalannya.


Aku pura-pura memeriksa kuku di jari-jemariku.


Pap!


Bantal dibaling ke arahku. Mataku mencerlung ke arah Elisa. Dia tersengih dengan tanpa rasa bersalah. Mujurlah bantal itu lembut, tak keras. Kalau tidak mahunya lebam tubuhku ini.


Aku mengambil bantal yang dibalingnya tadi dan membalas semula kepada Elisa. Terjadilah perang bantal…


"Akak! Stop!" Jerit Elisa dengan mengah.


"No, you stop it!" Aku juga sudah termengah sepertinya.


"Elle! Elisa! Kenapa tu?" Suara mama dari luar bilik tidurku membuatkan aku dan Elisa serentak berpandangan


"Tak ada apa, mama!" Serentak kami berdua menjawab.


"Adik jangan nak cari pasal!" Pesan mama dari luar.


"Mana ada!" Elisa tak berpuas hati.


Aku sudah nak tergelak. Mama tahu benar akan perangai anak bongsunya yang seorang ini. Suka cari pasal dengan orang.


Pap!


Sekali lagi bantal dibaling, kali ini ke arah mukaku pula.


"Elisa!" Suaraku naik satu aras.


"Elisa Syahirah, jangan kacau kakak kamu tu," Mama memberi amaran dari luar.


Aku senyum sinis. Mama berpihak kepadaku.


"Eii benci! Yalah! Orang nak lepak je pun!" Elisa buat gaya hendak merajuk. Kedua belah tangannya disilangkan. Macam budak kecil!


"Dah-dahlah tu, awak tu dah besar panjang. Perangai jangan macam budak-budak sangat," Mama mengingatkan, kali ini pintu bilik tidurku sudah dibuka.


Elisa bangun bergerak untuk keluar dari bilik.


"Mama ni…" Rengek Elisa dengan manja.


Mama menggelengkan kepala. Dia memeluk bahu Elisa, tanda hendak memujuk si bongsu.


"Jomlah turun, kita tengok movie favourite adik," Pujuk mama kepada Elisa.


"Pitch Perfect?" Elisa dah tak jadi nak merajuk. Dengar saja ayat movie kegemarannya terus hilang rajuknya. 


Entah berapa kali diulang filem itu sekali dengan dua sekuelnya yang lain. Aku pun sampai tak lalu hendak tengok sebab dah tahu jalan cerita untuk semuanya.


Mama pun jenis melayan sebab dah masak dengan perangai anak bongsunya.


Mereka berdua turun ke ruang tamu. Sempat mama mengenyitkan matanya ke arahku sebelum dia keluar dari bilik untuk turun bersama Elisa.


Aku sekadar gelak.


Nasiblah ada mama pandai jadi tukang pujuk.


Nasib jugalah Elisa tak tanya lebih lanjut tentang Aidan. 


Tapi ada senyuman terukir di bibirku apabila mengingati pertemuan aku dan Aidan di kafe pada hari ini.


Dan...satu kenyitan yang diberikannya kepadaku.


_____________


Author's Note:
And now, they meet again 😄😛
Comments are appreciated!
Thanks for reading 😉

No comments: