
MINGGU yang berikutnya rutin kerjaku adalah seperti biasa. Cuma kali ini aku sedang menyiapkan laporan mengenai projek laman web dari klien untuk tujuan dokumentasi.
Sedang aku menaip sesuatu di papan kelunci dan menumpukan perhatian di skrin monitor, telefonku bergetar tanda ada mesej masuk di aplikasi WhatsApp.
Aku mencapai telefon pintarku yang berada di sebelah papan kekunci. Jam di telefon sudah menunjukkan ke pukul 11:45 pagi ketika itu.
Aidan
Aku buka aplikasi itu dan membaca mesej kirimannya.
Aidan: Morning, are you free for lunch today?
Satu senyuman terukir.
Aku membalas mesej darinya.
Elle: Yes, I am free for today's lunch.
Aidan sedang online.
Blue tick menunjukkan tanda dia membaca mesejku.
Dia ikut membalas.
Aidan: Do you know any Malay restaurants around here? Been craving for some Malay foods ☹
Aku menahan diri dari ketawa apabila membaca mesejnya, siap ada emoji sedih lagi.
Elle: I think I know some places...wait, you love Malay foods?
Sejak seminggu yang lalu, kami mula bermesej melalui WhatsApp setelah kami bertukar nombor masing-masing ketika bertemu di Kafe June De Nova pada tempoh hari.
Tetapi dia tidak pula bercerita mengenai kesukaannya dengan masakan Melayu. Yalah orang Mat Salleh ni bukan tahan dengan makanan pedas macam orang Asia.
Aidan ada mengajak aku berjumpa dengannya memandangkan dia akan berada di Malaysia dalam tempoh dua minggu.
Awalnya aku agak keberatan sebab baru berkenalan kan? Entah siapa dia pun aku tak tahu sangat kecuali terserempak dua tiga kali sebelum ini.
Namun lama kelamaan aku cuba berlogik dengan fikiranku, tapi dalam masa yang sama aku masih berhati-hati. Bagiku sebagai orang perempuan kita kena ada rasa was-was, bukan main terus setuju nak jumpa mana-mana lelaki yang kita baru kenal.
Kena bijak mengatur strategi.
Aidan: Well...I do love Malay cuisine. I grew up with it ;)
Huh?
Aku membaca mesejnya dan cuba memahami konteks di sebalik ayatnya itu
Aidan: Don't fret too much. Text me your location.
Elle: How about I meet you at the restaurant later? I will give the address to you and we meet there 😄
Memandangkan kami baru sahaja berkenalan jadi aku rasa kami patut pergi secara berasingan. Lagipun aku nak mengelak daripada sesiapa dari tempat kerjaku ternampak aku tumpang naik kereta dengan Aidan.
Tak pasal timbul gosip hangat di syarikat ini.
Aku pun kena jaga reputasi diri sendiri di tempat aku sedang berkerja kini.
Yang pasti aku perlu berhati-hati.
Aidan: Okay then. See you later.
Elle: See ya!
Aku terus menghantar lokasi restoran masakan Melayu kegemaranku kepadanya di WhatsApp.
Aku menyambung kerja yang tergendala kerana melayan mesej daripada Aidan di WhatsApp. Entah kenapa ada rasa teruja dalam diriu untuk pergi berjumpa dengannya.
*****
RESTORAN ikan bakar yang aku pilih ini merupakan antara lokasi tempat makan yang aku gemar memandangkan restoran ini sering menyajikan lauk-pauk yang sedap dan harga yang diletak adalah berpatutan bagiku.
Sebelum ini aku biasa makan di sini bersama geng lunchku. Moga-moga tak adalah mereka nak menjejakkan kaki ke restoran ini pada hari ini.
Kalau tidak habislah aku kena digosipkan di pejabat.
Lagipun semua masih tak tahu aku sudah single sejak beberapa bulan lepas.
Aku mencari kelibat Aidan di restoran itu. Tepat pukul 12 aku terus keluar supaya tidak terlewat untuk makan tengahari. Keterujaan juga menjadi antara faktor aku keluar awal hari ini.
Aidan memberi mesej yang dia memakai baju kemeja berwarna biru muda dan seluar slack berwarna hitam.
Mataku terlihat warna baju yang diberitahunya dalam mesej.
Kelihatan dia sedang duduk di bahagian belakang restoran.
Dia memang suka duduk dekat bahagian belakang ke? Sewaktu di kafe June De Nova dia pun duduk di bahagian hujung di dalam kafe tersebut.
Aku berjalan ke arah tempat Aidan sedang menunggu.
Hari ini aku memakai baju kurung bercorak bunga dengan warna biru pastel sebagai warna dasar fabrik tersebut dengan dipadankan dengan shawl berwarna biru gelap.
"Hi Aidan," Sapaku setelah sampai di tempat dia sedang duduk.
Aidan memberikan senyuman, tangannya sedang menaip sesuatu di telefon pintarnya.
"Hi, have a seat, Elle. A moment please," Ujarnya sebelum kembali memandang telefonnya.
Aku mengambil duduk di depannya.
Telefon pintar dicapai dari dalam beg tanganku. Sementara menunggu Aidan menghabiskan halnya, aku memeriksa mesej yang masuk di dalam WhatsApp.
Dilla: Amboi @Elle, laju nau turun lunch. Ada date ke tu? 😏
Kamelia: Kann...tak pandang kiri kanan dah cik kak kita yang sorang ni 😌
Hani: Untung orang ada pakwe ni 😌
Eh eh...bukan main betul mereka bertiga ni ya? Sempat pula mereka nampak aku keluar dari office tadi.
Aku cepat-cepat membalas.
Elle: @Dilla eh perasan pulak kau eh?
Elle: @Kamelia 😌😌😌
Elle: @Hani Eh eh kau ni...😒
Elle: Pandai-pandai jelah korang ni, mcm mana korang tahu aku ada lunch date dengan pakwe aku?
Mereka bertiga terus menjawab mesej yang aku balas kepada mereka. Semua buat spekulasi yang aku ada lunch date dengan kekasih. Padahal mereka tidak tahu yang aku dah lama single.
Aduhai...tapi memang aku malas nak kecoh bercerita mengenai statusku yang terkini. Biar je jadi rahsia. Yang penting keluargaku dan Meena sahaja yang tahu.
Mungkin nanti-nantilah aku bercerita dengan geng lunchku. Sekarang ni kita tenang-tenang je dulu.
"Sorry, work matters need to be addressed." Aidan sudah meletakkan telefonnya di meja.
Aku sekadar senyum. Memahami.
Sepanjang seminggu kami berkenalan melalui mesej di WhatsApp, Aidan memberitahu akan perihal dirinya. Dia merupakan seorang peguam dan bekerja di sebuah firma guaman di London, dan menjawat jawatan sebagai seorang senior partner meskipun masih muda.
Dia berusia 32 tahun dan menetap di London. Dilahirkan di Sussex dan membesar antara London dan Sussex memandangkan ibunya banyak berulang-alik dari dua tempat tersebut sepanjang dia membesar.
Dia mempunyai seorang adik perempuan yang sedang belajar di Rusia dalam jurusan perubatan.
Kami saling bercerita mengenai perihal diri masing-masing. Aku juga bercerita mengenai diriku serta keluargaku. Di mana aku merupakan anak kedua dari tiga orang adik-beradik dan bekerja sebagai junior consultant dalam bahagian Project Management di syarikat NJ Solutions.
"It's okay," Balasku dengan mengerti.
"You must be hungry, let's take a look for food," Ajak Aidan yang sudah hendak bangun dari duduknya.
"How about you go first, and I will go later." Kalau kami berdua pergi ambil makanan, siapa yang nak jaga meja ini nanti?
"Or how about I take the food for you?" Cadang Aidan pula.
"Do you even know what Malay food looks like?" Dengan rasa skeptikal aku menyoal Aidan.
Aidan tergelak.
"Tell you what, I do know all kinds of Malay foods, Elle. Come, just tell me."
Aku pandang Aidan dengan tidak percaya. Betul ke ni?
"Well, okay then. I want to eat ikan pari bakar with air asam, some vegetables — ulam raja, salad and cucumber. And teh o suam for me."
Agak-agak dia tahu ke rupa ulam raja tu? Teh o suam? Air asam? Soalku dalam hati.
"Consider it done, my lady," Dia mengenyit matanya sebelum beredar dan beratur untuk memgambil makanan.
Tergeleng aku dibuatnya.
Tawakal jelah. Yang penting perut terisi.
*****
AKU menghirup teh o suam yang dipesan oleh Aidan. Masing-masing sudah selesai makan. Pandanganku terhala ke arah dua buah pinggan yang kami berdua makan tadi.
Apa yang aku pesan tadi memang tepat dia ambilkan. Ikan pari bakar bersama air asam sebagai sos cicahan dan berulamkan ulam raja, sayur salad dan timun.
Terdiam aku sewaktu melihat pinggan terisi makanan yang aku pesan tiba di meja kami.
Aidan pula memilih lauk asam pedas ikan pari bersama sayur salad dan bendi rebus dengan sambal belacan bersama nasi.
Terkedu terus aku. Mat Salleh makan sambal belacan? Asam pedas?
Dia kelihatan tenang sambil meneguk air teh o limau suam yang dipesannya.
"You're too quiet, Elle. Penny for thoughts?" Aidan memerhatikan tingkahku.
"Nothing, still can't get over how accurately you choose the food from what I told you. I am amazed but speechless!" Aku masih terkejut dengan Aidan sebenarnya.
Aidan ketawa. Tawa maskulin. Seperti yang aku pernah kata sebelum ini. Ke aku je yang perasan begitu?
"Like I've said before, I know things for Malay foods, Elle." Aidan pandang aku dengan tawa yang masih tersisa.
Kedua matanya jadi sepet sedikit dek ketawa.
Aku senyum. Tak sangka, mungkin dia sudah biasa dengan komuniti Melayu di England.
Kan ramai orang Melayu berhijrah ke sana jadi pastinya Aidan dan keluarganya kenal dengan makanan orang Melayu. Aku cuba bersangka baik.
"You are quite formal today. Had to go somewhere?" Tanyaku setelah selesai menghabiskan minuman.
Awal tadi aku perasan pakaiannya hari ini formal kerana tidak seperti sebelum ini.
"Yup, I had an appointment with one of my family's acquaintances here." Tangannya membetulkan lengan baju yang disinsing sehingga ke siku awal tadi.
Aku lihat sahaja perlakuannya.
"You're done? Let's go," Ajak Aidan setelah dia juga selesai minum.
Dia tahu yang waktu rehat tengahariku sampai pukul dua petang sahaja kerana aku ada memaklumkan kepadanya sebelum kami makan tadi.
Aku cuma mengangguk.
Kami bangun meninggalkan meja tersebut dan melangkah untuk ke kaunter bayaran.
"Let me pay for today's lunch. " Aidan terus buat pembayaran. Aku tak jadi nak membantah.
Selepas itu Aidan mengiringi aku ke kereta yang aku parkir tidak jauh dari restoran kami makan tengahari tadi.
"Thanks for today, Aidan. Maybe next time I can treat you for another meal?" Aku berkata sewaktu kami sampai di depan keretaku.
Aidan senyum sekaligus menampakkan lesung pipit di wajah maskulinnya.
"I'm okay with that. Until next time?" Aidan masih menunggu untuk aku masuk ke dalam kereta.
"See you next time, bye." Aku menghidupkan enjin setelah masuk ke dalam kereta. Tali pinggang keledar dipasang terlebih dahulu.
Drive safely, pesannya melalui isyarat dari mulutnya.
2
You too, balasku dengan ikut sama memberi isyarat mulut seperti Aidan.
Setelah kereta yang aku pandu di belok ke arah kanan, dari cermin sisi kelihatan Aidan masih berdiri di tempat parkir tadi sehingga bayangannya hilang dari pandangan.
Untuk pertemuan kami yang kali ini, kami berdua bukan lagi orang asing seperti sebelum ini. Kami sudah menjadi kenalan.
_______________
Author's Note:
Bab 10 dah masuk. Sepatutnya aku nak post semalam tapi aku tak habis edit lagi and wifi dekat rmh macam tak berapa okey 🙃
Enjoy!
Comments are appreciated!
No comments:
Post a Comment