Tuesday, August 31, 2021

Her Reckless Heart (Bab 8)


BAB 8

SEBAIK sahaja aku dan wakil NJ Solutions yang lain sampai di RZ Holdings, kami terus dibawa untuk berjumpa dengan wakil IT syarikat oleh salah seorang penyambut tetamu yang sedia menunggu kedatangan kami.
Bilik meeting di tingkat 11 sekali lagi dijejak untuk sesi perbincangan kali ini.

Mr. Alex Tan dan beberapa orang dari wakil IT syarikat itu menyambut kedatangan kami dengan mesra.


Kami mengambil duduk di tempat yang telah dikhaskan untuk wakil dari NJ Solutions. Setelah itu, sesi perbincangan dimulakan pembentangan mengenai status projek laman web baharu RZ Holdings.


Aku mulai menerangkan progress terkini mengikut jadual tugas yang telah disediakan oleh pihak kami dari team Project Management. Terkini kami di fasa testing, di mana laman web yang telah disiapkan akan menjalani demo testing.


Kemudian, Encik Jo mengambil alih dengan menunjukkan hasil laman web yang sudah direka serta pertunjukan demo penggunaan dipamer untuk wakil dari bahagian IT RZ Holdings mengikuti aliran yang telah ditetapkan mengikut kriteria permintaan mereka sebagai klien.


"I rasa this one bagus cuma mungkin you all boleh simplify kan lagi proses untuk team I, so senang kami nak guna nanti," Komen Mr. Alex Tan. Wakil IT RZ Holdings yang lain cuma mengangguk, mengiakan kata-kata ketua mereka.


Aku lihat wajah Encik Jo dan Man sedikit berubah, namun mereka hanya tersenyum. Ikut sahaja apa yang ditegur oleh klien. Customers are always right, begitu?


Aku dan Encik Khairil saling berpandangan. Habislah kalau Encik Nazri dapat tahu. Tapi itulah karenah klien, kami pun kenalah ikut permintaan dan teguran yang mereka berikan.


"Baik, nanti team programming akan ubah semula mengikut apa yang team you mahukan," Balas Encik Jo dengan tenang.


Kemudian wakil IT RZ Holdings mencadangkan penambahbaikan untuk laman web yang mereka mahukan. Team programming dari syarikat kami tekun mendengar dan mengambil nota untuk tujuan rujukan.


Aku dan ketuaku, Encik Khairil juga merekodkan sedikit catatan untuk tujuan dokumentasi. Nanti kami akan update di dalam laporan projek ini.


Tamat sesi perbincangan kami semua keluar meninggalkan bilik meeting itu dengan diiringi wakil IT RZ Holdings.



*****



TURUN dari tingkat 11 melalui lif, Mr. Alex Tan berjabat tangan dengan Encik Khairil, Encik Jo dan Man. Aku sekadar menunduk tanda hormat kepadanya. 


Mereka berbual untuk seketika di ruang lobi itu.


Aku pula meminta diri untuk berehat di sofa yang tersedia di lobi. Malas hendak mendengar perbualan mereka.


"Elle? Elle Nadirah?"


Tiba-tiba namaku dipanggil oleh seseorang. Suara lelaki. Garau.


Terus pandangan ditolehkan ke arah suara garau yang memanggil namaku itu.


"Aidan?" Aku mengecilkan mataku, cuba mengecam wajah seorang lelaki yang menegurku.


Kedudukan antara aku dan lelaki sedikit jauh memandangkan dia berdiri di pintu masuk utama syarikat itu.


Lelaki itu berjalan untuk mendekatiku dengan senyuman di terhias bibirnya.


Kali ini dia berpakaian kasual. Jaket kulit berwarna hitam dipadankan dengan baju t-shirt v-neck putih di dalamnya dan berseluar jeans biru muda.


Rambutnya tidak disisir rapi seperti kali pertama aku menemuinya. Dibiarkan dengan gaya messy tapi tidak liar, masih tampak bergaya.


"Hi, what are you doing here?" Tanyaku dengan satu senyuman.


"I am meeting my friend here," Balas Aidan dengan bersahaja.


Aku mengangkat kening. Biar betul? Santai sangat gayanya hendak berjumpa kawannya, sudahlah tempat perjumpaannya ini bukan warung mamak atau kafe! Syarikat besar kot!


"Seriously?" Aku menyoal dengan nada tidak percaya.


Dia mengangguk. "Just not for formal matters," Tambah Aidan.


"Aidan, my man!" Muncul seorang lelaki berpakaian three piece suit warna biru gelap di ruang lobi itu. 


Dia mendekati kami berdua dan berdiri di sebelah Aidan.


Aidan buat isyarat menyapa lelaki itu dengan mengangguk.


Aku terpaku dari jarak dua orang lelaki itu sedang berdiri. Tengku Zarul!


Serta-merta ingatkan teringatkan peristiwa beberapa bulan yang lalu ketika aku bersama wakil syarikat yang lain datang ke RZ Holdings. Seingat aku, Aidan menegur Tengku Zarul selepas kami tamat perbincangan.


Jadi mereka memang berkawanlah ya. Hatiku menggetus.


"Who is this?" Tanya Tengku Zarul. Dia memandang aku yang di hadapan dia dan Aidan.


"Just an acquaintance," Balas Aidan bersahaja. 


Aku diam memerhatikan mereka berdua.


"Elle, jom!" Panggil Encik Khairil yang tidak jauh dari kami bertiga.


"Sorry, got to go. Nice to meet you again!" Itu yang sempat aku balas sebelum meninggalkan Aidan bersama Tengku Zarul di lobi syarikat itu.




*****



"MACAM-MACAMLAH diorang tu," Satu keluhan keluar daripada Encik Jo, ketua team programming sewaktu kami dalam perjalanan untuk pulang dari RZ Holdings.


"Sabarlah Jo, kau taulah peel klien ni macam mana," Encik Khairil di sebelah seat pemandu cuba menenangkan rakan sekerja kami.


Encik Jo hanya diam, tangannya naik memicit dahi.


"Habislah kalau bos tahu ni," Sambungnya lagi.


"Tapi macam tulah sementara nak tunggu klien setuju dengan design kita," Encik Khairil mengulas.


Aku yang di seat belakang sekadar mendengar. Memang begitulah prosesnya apabila tunjuk hasil projek yang telah diusahakan sejak dua bulan sebelum ini.


Sebagai staf di bahagian Project Management, kami perlu membuat plan untuk uruskan jadual projek serta dokumentasi agar segala perkara yang dirancang berjalan dengan lancar. Manakala staf di Programming pula perlu mereka dan mencipta kod-kod laman web atau sistem yang dikehendaki oleh klien, menggunakan programming language sama ada yang simple atau kompleks. 


Bukan senang nak design laman web, sebab memakan masa dan tenaga. Sebab itu aku tak berminat untuk menceburkan diri dalam bahagian programming walaupun ada basic sebab pernah dipelajari ketika di universiti dulu.


Boleh jadi stres juga kalau aku tak minat tapi paksa diri untuk menceburkan diri dalam bidang tersebut.


"Kita tenang-tenang aje. Sekarang ni dah nak masuk lunch hour jadi kita pergi cari tempat makan," Man, salah seorang staf bahagian programming yang duduk di sebelahku mencelah.


"Ah cantik, Ril, jom lepak kedai masakan siam!" Suara Encik Jo kembali riang.


"Onzz!" Balas Encik Khairil.


"Onzz!" Aku juga ikut membalas.


Asal perut terisi makanan, semua akan jadi baik. Moga-moga bos kami punya angin baik hari ini…



*****



"INGATKAN diorang dah okey. What the—" Bebel Encik Nazri sewaktu kami memberi maklum balas mengenai hasil perbincangan kami bersama wakil IT di RZ Holdings.


Selepas tamat waktu rehat tengahari kami masuk ke pejabat semula. Encik Nazri sudah menunggu kami di biliknya di dalam pejabat.


"Reda jelah," Selamba Encik Khairil berkata.


Aku? Berdebar-debar dah. Risau angin dan mood bos tak baik.


Apabila Encik Khairil dan Encik Jo menceritakan apa yang berlaku di sana tadi terus berubah wajah bos kami.


Dan itulah ayat yang terpacul dari mulut Encik Nazri. Tak berpuas hati.


"Kita kena sabar bos, kita kan kuli, depa tu klien," Encik Jo berlawak.


Eh, eh! Tadi dia yang tak berpuas hati.


"Kau ni Johari…" Encik Nazri dah jeling ketua programming yang di depannya.


"Sabar ajelah bos. Kita ikut jelah apa yang diorang mahukan," Encik Khairil pula menyampuk.


Satu keluhan muncul dari Encik Nazri.


"Tak mengapalah. Apa-apa pun all of you have done a good job for today," Encik Nazri berkata. Ada senyuman kecil diberikan kepada kami.


"Terima kasih bos!" Kami berempat membalas. Lega!


Kami bersurai dan kembali ke bahagian masing-masing.



*****



HARI JUMAAT datang lagi. Seperti biasa di waktu malam aku akan berehat untuk menghilangkan rasa penat bekerja selama lima hari. Nasib juga syarikat tempat aku bekerja ini beroperasi dari hari Isnin sehingga Jumaat sahaja, jadi dua hari dapat diluangkan untuk bercuti.


Dan tiba-tiba...


"Kak Elle, jomlahh…" Pujuk Elisa.


Ketika itu aku sedang berehat di ruang tamu. Elisa duduk di sebelahku namun tangannya sibuk memegang telefon pintarnya. 


Minggu itu dia pulang ke rumah setelah kelasnya yang terakhir adalah pada hari Khamis petang. Anak manja. Itu yang selalu aku ejek kepada adik bongsuku itu.


"Nak apa?" Aku pandang Elisa di sebelah.


"Ni! Kafe yang akak pergi dengan kawan-kawan akak haritu!" Elisa menunjukkan satu gambar dari kiriman feed akaun Instagram kepunyaanku.


Aku tilik Elisa dari atas sampai bawah Adikku ini memang suka ikut trend cafe hopping. Segala tempat makan atau port lepak memang jadi buruannya.


"Belanjalah, akak belum masuk gaji lagi ni," Aku menayangkan muka selamba. 


Betullah! Sekarang baru tengah bulan. Duit pun kena berjimat sebab nanti kalau boros sangat langsung tak ada duit nanti.


Meskipun aku masih tinggal bersama keluarga, aku tak mahulah bergantung lagi dengan abah dan mama. Aku lagi suka kalau aku berikan hasil dari duit gajiku kepada mereka tiap-tiap bulan, sebagai tanda untuk membalas jasa mereka membesarkan aku selama ini.


"Alah, apa gunanya ada kakak yang bekerja?" Elisa buat muka comel.


"Eh tak ada pasal, okey? Akak tengah simpan duit." Aku kembali memandang ke cerita drama Korea yang sedang ditayangkan di kaca TV.


"Kita ajak abang Eilman lah kalau macam tu!" Cadang Elisa. Matanya bersinar-sinar.


Ah sudah! Mentang-mentang di rumah ni ada dua orang adik beradik yang sudah bekerja. Boleh pula adik bongsuku ini aim minta kami belanja dia kalau keluar makan.


"Trylah pujuk. Apa-apa inform." Aku meneruskan tontonanku. Malas nak melayan lagi. Nanti makin pelik-pelik pula permintaan si Elisa ini.


Haru!



*****



SEKALI LAGI aku menjejakkan kaki ke June De Nova Cafe. Bagaimana dan kenapa aku ke sini lagi? Semuanya angkara adikku, Elisa Syahirah. 


Abang Eilman di sebelah memandangku, kemudian pandangannya beralih ke arah adikku yang bertuah itu.


Elisa yang siap berpakaian blouse berwarna cream dan berseluar jeans biru hanya tersengih. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas.


"Puas hati?" Soal Abang Eilman ketika kami sudah mengambil tempat di dalam kafe itu.


Suasana di kafe itu tenang dengan alunan lagu instrumental berentak jazz. Pelanggan-pelanggan yang ada di kafe itu pada hari ini kebanyakan terdiri daripada kawan-kawan atau pasangan yang sedang bercinta yang hendak menghabiskan waktu hujung mereka.


"Of course!" Suara Elisa begitu girang.


Betul-betul Elisa memujuk abang sulung kami untuk ikut serta ke kafe ini. Abangku yang seorang itu luaran nampak tegas tapi jenis mudah cair kalau adik-adik perempuannya teringinkan sesuatu. Lagi-lagi cik kak Elisa yang seorang itu.


Mulalah Elisa mengeluarkan telefon pintarnya. Segala gambar dan video dirakam untuk tujuan kiriman ke laman sosial miliknya.


Aku dan abang Eilman sekadar melihat gelagatnya. Masing-masing menggelengkan kepala.


"Order, miss and mister?" Seorang pelayan lelaki datang ke meja kami.


Kami bertiga memesan makanan dan minuman yang diingini. Pelayan lelaki itu meninggalkan meja kami dengan pesanan yang telah dibuat.


Kali ini kafe itu tidak terlalu ramai seperti hujung minggu yang aku pernah datang pada beberapa minggu dahulu. Mungkin kerana orang nak tunggu gaji masuk. Baru tengah bulan kan?


"Cantik betul kafe ni. Lighting dia sangat nice nak buat feed dengan story," Komen Elisa setelah itu.


Aku mengangguk, bersetuju dengan komennya.


Abang Eilman di depanku buat bodoh. Dia sibuk melihat skrin telefon pintarnya. Abangku yang seorang itu memang begini orangnya. 


Aku dan Abang Eilman berbeza jarak umur dalam dua tahun manakala jarak beza umur aku dan Elisa pula empat tahun dan ia menjadikan jarak antara Elisa dengan Abang Eilman dalam enam tahun.


Abang Eilman tak banyak cakap kerana mungkin ikut perangai abah. Aku pula jenis pendiam  dan si Elisa jenis periang sampaikan semasa Elisa masih kecil pernah Abang  Eilman cakap adik bongsu kami itu anak pungut sebab lain benar perangainya dalam adik beradik. Sampai menangis budak tu dibuatnya.


Haih... macam-macamlah.


Tetapi sampailah ke besar perangai Elisa seperti itu, periang dan riuh. Dialah yang menceriakan keluarga kecil kami. Sebab itu abah, mama, aku dan Abang Eilman akan ikut sahaja permintaan budak bertuah itu, tetapi tak semualah kerana abah dan mama masih rasional dalam mendidik dan memanjakan anak-anak.


Aku dan Abang Eilman juga diturutkan apa yang kami mahukan tetapi ada hadnya. Kami bertiga diajar untuk selalu bersyukur dengan apa yang ada.


Bab bergaduh dan cari selalunya dikepalai oleh Elisa. Aku jenis tenang sebab dari kecil aku tak mudah naik angin kecuali kalau diprovok. Abang Eilman? Dia pun sejenis aku. Elisa ajelah banyak jadi tukang buat hal sebab dia suka buat masalah jadi riuh sekampung macam Raisya Ameena lah, sahabat baikku yang seorang itu.


Elisa dan Meena? Kalau berjumpa meletup dunia. Macam kombo Meena dan Dilla. Haha. Nasib Dilla tak kenal adikku, kalau tidak trio kuasa tiga ni confirm tak terkawal bila mereka ditemukan. 



_____________


Author's Note:

Bab 8 is up!

Comments are appreciated!

Selamat Hari Kemerdekaan ke-54!





No comments: