
I'm getting ready for my workout session this morning.
Elle: Good afternoon, Aidan. I am going out for lunch right now.
HAMPIR tiga minggu telah berlalu, hubungan aku dengan Aidan semakin rapat sebagai kawan. Aku mulai senang untuk berbual dengannya, berkongsi pandangan dan pendapat masing-masing. Kami sentiasa berinteraksi tidak kira waktu walaupun jarak tempat tinggal dan zon masa yang berbeza.
Kini Aidan sudah pulang semula ke London memandangkan dia perlu menyambung semula kerjanya di sana.
Mengenai kedatangan Aidan ke Malaysia untuk tempoh dua minggu tidak pula dia beritahu akan tujuannya dan aku juga tidak bertanyakan tentang itu.
Cumanya dia pernah memberitahu yang dia bertemu kenalan keluarganya di sini.
Kami selesa untuk berbual mengenai rutin harian kami. Aidan beritahu dalam pukul 6:45 pagi dia akan workout di gim yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Sejam selepas itu dia akan bersiap untuk masuk ke tempat kerjanya.
Workaholic, itu yang aku gelarkan kepadanya apabila dia bercerita tentang rutin hariannya pada awalnya.
"It's what I am, Elle. My passion," Balas Aidan dengan gelak.
Aku ikut gelak.
Aku pula akan bercerita tentang rutin harianku semasa hari bekerja dan hari cuti. Pada hari bekerja aku akan bergerak ke office dalam pukul 8:15 pagi kerana waktu kerja aku bermula pukul 9:00 pagi. Di hari hujung minggu pula, aku sebenarnya lebih suka duduk di rumah jika tidak keluar ke mana-mana dan akan menghabiskan masa membaca novel dan menonton K-Drama di dalam bilik.
Kami ada juga berbual melalui panggilan telefon memandangkan Aidan ada masanya menghubungiku.
Namun aku lebih senang untuk bermesej dengan Aidan, kerana risau pula bila berbual di telefon, nanti ada yang mendengar perbualan kami.
Entah kenapa aku sedikit berahsia dengan semua orang di sekelilingku mengenai perkenalan aku dengan Aidan.
Padahal kami baru sahaja berkawan.
Tak salah bukan kalau aku ada kawan lelaki? Aku menyoal diri sendiri.
Mungkin kerana sebelum ini aku jenis banyak berkawan dan bersahabat dengan golongan yang sama jantina dengan diri sendiri jadi ada rasa segan bila ada satu kawan berbeza jantina.
Tak mengapa Elle, tak salah tu… Hati aku berkata.
Lagipun aku tidak ada komitmen dengan sesiapa jadi aku bebas untuk berkawan, tidak kira sama ada yang lelaki ataupun perempuan.
*****
HARI INI aku keluar makan bersama geng lunchku seperti biasa.
"Korang…" Kamelia ketika itu sudah selesai makan. Kami yang lain juga sudah hampir selesai menjamu selera di sebuah restoran yang tidak jauh dari office kami.
Aku, Hani dan Dilla terus pandang Kamelia.
Dia duduk di hadapan aku ketika itu. Di sebelahnya Hani dan Dilla pula duduk di kerusi sebelah aku.
"Aku dengan Danish dah decide nak kahwin lagi enam bulan," Malu-malu Kamelia memberitahu.
Kltangg!
Sudu dan garpu yang dipegang Dilla terlepas dari pegangannya. Nasib sudu dan garpu tersebut jatuh di atas pinggan yang masih berisi makanan dipesannya.
Aku terdiam, mata masih menghala ke arah Kamelia.
Hani juga tak jadi menyambung makan. "Congrats!"
"Omg! Kawan kita dah nak jadi isteri orang dah!"
"Tahniah Kay. Baguslah tu, kau orang kan dah lama bertunang," Ujarku dengan rasa gembira.
Kamelia sudah lama bertunang dengan pilihan hatinya, Danish. Mereka merupakan kawan satu universiti tapi berlainan jurusan. Hubungan mereka pada awalnya sebagai kawan terus ke arah pertunangan apabila Danish melamar Kamelia selepas mereka tamat belajar.
Sweet bukan?
Serta-merta aku teringatkan Eddie. Lama juga kami kenal dan menjadi kawan, sejak di tahun pertama universiti lagi tetapi declare semasa di tahun akhir memandangkan aku sejenis yang tidak mahukan komitmen sewaktu dalam tempoh belajar.
Tapi jodoh tak panjang bukan?
Aku dah lama terima hakikat itu. Malahan aku berdoa agar Eddie dan pasangan barunya berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.
"Thank you korang, aku happy sangat dapat kenal dengan korang. Kalau tak mereput jelah aku dalam office tu," Kamelia memandang kami yang lain. Ada senyuman di wajahnya. Terselit juga lawak dalam kata-katanya.
Aku mengangguk. Hani juga seperti aku. Dilla pula buat memek muka macam nak nangis je gayanya.
"Alaa...lepas ni kurang dah geng bujang kita…" Dilla buat drama sebabak.
"Eh over pulak kau ni! Kamelia still dengan kita even dia dah kahwin pun. Status je bertukar tapi tempat kerja masih sama!" Hani bersuara. Tahu dah peel Dilla yang suka overreact itu.
Aku menggeleng kepala. Beginilah gelagat kami berempat bila bertemu dan duduk di meja yang sama. Tukang overreact semestinya si Dilla.
"Entah kau ni. Aku nak kahwin je bukan kena tukar mana-mana. Kecualilah kalau Danish mintak aku jadi housewife sepenuh masa…" Kamelia berkata sambil menjeling Dilla yang sudah tersengih.
Dilla sekadar angkat bahu.
"Benda tu tak payah nak risau. Melainkan korang nak ada anak cepat-cepat tu lain cerita." Komen Dilla dengan sengih gatal.
Pap!
Kamelia pukul bahu Dilla.
"Gatai noh!" Kamelia menyindir.
"Aku cakap je…" Dilla menggumam.
Aku lihat sahaja perangai mereka berdua.
Macam-macamlah mereka ini.
"Kau macam mana pulak, Elle?" Kamelia menyoal aku pula.
Uhuk!
Aku tersedak dek soalan dari Kamelia. Air yang diminum tersilap masuk saluran pula. Tak menyangka dia akan tanya sebegitu rupa.
Hani terus menghulur tisu kepadaku.
Perit tekakku dibuatnya. Mata pun sudah berair.
"Aku? Lambat lagi…" Setelah kembali tenang aku membalas.
"Elle ni low profile betul bab relationship ni. Curious aku sebab tak pernah pulak aku nampak pakwe dia." Dilla mencelah.
Aku kerling Dilla. Kening diangkat sebelah.
"Suka hati akulah, Dilla oii…" Aku cubit lengannya.
Dila mengaduh kesakitan.
Mereka bertiga memang tahu yang aku sudah berpunya. Namun mereka tak tahu status aku yang terkini dari pernah berpunya telah bertukar kembali ke status single.
Tentang Eddie pun aku tak pernah cerita sangat halnya kepada mereka bertiga. Cukuplah sekadar aku beritahu tentang statusku.
"Biarlah Elle ni, lambat laun kahwin jugak kawan kita yang seorang ni…" Hani bertindak sebagai pendamai. Dia tak menyokong mana-mana pihak, aku mahupun Dilla.
Kamelia bersetuju dengan kata-kata Hani.
"Betul tu, biarlah kawan kita ni. Mana tahu tiba-tiba nanti dia bagi kad jemputan dah…" Sempat Kamelia mengusik aku dalam ayatnya.
Aku menjulingkan mata.
Dilla mengangguk. "Sorrylah kalau aku ni macam kepochi sikit…"
Aku buat lagak seperti biasa, tak kisah dengan Dilla. Dah masak benar dengan perangainya setelah hampir dua tahun mengenalinya.
Mesej dari WhatsApp masuk. Sebelah tangan mencapai telefon pintar yang terletak di atas meja. Notifikasi di skrin menunjukkan nama Aidan.
Aidan: Oh yeah? What did you order for lunch? Is it good?
Automatik bibirku terukir sebuah senyuman.
Baru teringat yang aku sempat membalas mesejnya semasa hendak keluar untuk makan tengahari bersama geng lunchku.
Kedua belah tangan mulai menaip di papan kekunci telefon pintar.
Elle: Yeah, I was eating an Indonesian cuisine, mee bakso. It was very delicious. 😊
Aidan: Oh I've heard of that kind of dish. Why not next time we meet, you treat me to Indonesian cuisine? 😉
Senyum lagi.
Elle: You're coming back to Malaysia? Again?
Aidan: Sadly not for now, maybe in a few months?
Elle: Just tell me if you're coming to Malaysia again 😄 I will treat you for our next meet.
Aidan: Cun! 👌🏻
Aku tergelak sedikit. Pandai betul dia ni, siap balas cun, gaya macam orang Malaysia apabila mereka bersetuju dengan sesuatu perkara. Entah dari mana dia belajar mengenai perkataan ini.
"Elle…"
"Elle Nadirah!"
Aku tersentak. Mata spontan dibulatkan. Kini pandanganku sudah teralih ke arah meja di hadapanku.
Dilla, Hani dan Kamelia sedang merenung aku.
"Kenapa? Ada apa?" Aku menyoal. Sedikit terpinga-pinga kerana terkejut.
"Kitorang tengah bincang pasal aku nak korang jadi bridesmaids aku tadi. Kau dengar tak?" Kamelia menilik wajahku dengan riak hairan.
"Ohh…"
"Oh apanya? Kau tengah mesej dengan siapa tu? Pakwe kau ke?" Kamelia ingin tahu.
"Err, haah!" Dek kerana masih terpinga, aku mengiakan sambil menggaru shawl pleated warna green matcha yang dipakai, seolah kepalaku sedang gatal.
Mereka bertiga tayang senyum.
"Eh sudahlah, nanti kita bincang lagi. Jom balik office!" Cepat-cepat aku menukar topik. Nanti makin banyak pula soalan timbul daripada mereka bertiga.
Tak pasal-pasal aku mengiakan pasal tengah bermesej dengan pakwe. Padahal dengan Aidan, kawan baruku yang aku kenali beberapa minggu lepas.
"Sabar sis, kita tak habis lagi minum. Dilla, habiskan air kau tu," Kamelia mengingatkan Dilla, memandangkan minumannya masih tak luak.
Masing-masing menyudahkan minuman dan makanan yang berbaki sebelum membuat bayaran dan meninggalkan restoran kami kunjungi untuk pulang semula ke pejabat.
*****
KELUHAN terkeluar dari bibirku. Malam ini tiba-tiba group WhatsApp kelasku sewaktu zaman universiti kembali aktif dengan aktiviti entah apa-apa.
Namun, tiba-tiba namaku disebut di dalam group tersebut. Sejak dua tahun dulu memang aku dah tetapkan mute untuk setahun kerana aku memang tak ambil port dengan mesej-mesej yang mereka dibualkan. Bukan apa kadang-kadang tu melalut je lebih, kalau tidak pun nak buat promosi barang jualan mereka.
Jangan salah faham ya, bukan bermakna aku tak menyokong atau tidak menyukai member-member aku membuat promosi tetapi kadang kala aku malas nak tengok, selalunya aku akan tengok semua terus, sekali harung.
Aku menekan tetingkap group tersebut. Mesej-mesej yang ada aku baca sepintas lalu saja. Tiba-tiba...
Shasha: Eh ni bukan Eddie ke?
Jijah: Haah lah macam si Eddie ni 👀
Fira: Sape awek sebelah dia tu weh? Bukan dia couple dengan @Elle ke? 🤔
Shasha: Yes beb! Tapi tulah...jodoh tak panjang kot. @Elle komen sikit sis 😌
Una: Omg! Dasar lelaki eh! mesti nak yang seksi jugak! Fake ass bitch! 😒
Fira: @Una S. , kan weh! Dasar lelaki! 🤢
Aku malas nak baca mesej-mesej yang seterusnya. Mesti ada yang mula nak mengecam Eddie dan mesti ada yang macam nak kesiankan aku kerana telah ditinggalkan.
Terdapat satu gambar dimuat naik oleh Shasha, salah seorang rakan sekelasku semasa di universiti. Aku memuat turun gambar tersebut kerana ingin tahu.
Gambar Eddie bersama seorang wanita yang seusia kami, berpakaian seksi dengan dress berwarna putih dengan corak floral.
Oh inilah pasangan baharu Eddie. Aku pun dah lupa akan rupa wanita yang aku pernah lihat ketika menemui Eddie selepas dia memutuskan hubungan kami. Dah berbulan kot, siapa je yang ingat?
Terus aku delete semula gambar Eddie dan pasangannya. Buat apa nak simpan, karang orang ingat aku tak boleh move on pulak.
Tak kuasa!
Belum sempat aku hendak membaca kesemua respon kawan-kawanku yang lain, nama Meena naik di skrin telefon.
Aku menjawab panggilannya.
"Elle! Kau dah baca ke group kelas uni kita?" Seperti biasa Meena akan kecoh macam murai tercabut ekornya.
Aku tarik nafas. Cuba bertenang.
"Dah, baru je baca sikit. Yang pasal Eddie tu kan?" Tenang saja suaraku membalas.
"Ohh, ingatkan kau tak baca. Aku tau mesti kau mute group tu." Meena tahu benar akan perangaiku, sebabnya aku tak layan sangat mesej dalam group. Aku hanya akan masuk bila perlu tapi jarang sangatlah.
Aku lebih senang bermesej secara peribadi. Dalam group family sendiri pun aku balas kalau perlu. Group family besar? Aku baca je. Apa-apa Elisa yang akan balas sebab dia paling rajin membalas.
"Apa perasaan kau sekarang ni? Diorang tengah galak lagi tu dok mesej dalam group. Kau tahulah majoriti classmates kita tu semua perempuan, golongan lelaki suku je dari jumlah batch course kita kalau gabung dengan group kelas kedua dengan group kelas ketiga."
Meena mengulas tentang jumlah antara lelaki dan perempuan dalam batch kami bila digabungkan semua kelas.
"Nothing. Aku dah lama move on. Berapa lama dah kami putus. Aku ni bukan awek cengenglah, masih nak pegang kepada kenangan yang dah lepas." Selamba saja aku membalas. Riak wajah aku pun biasa saja. Neutral.
Tak ada perasaan apa pun dalam diri aku selepas melihat gambar Eddie dan pasangannya. Biarlah mereka. Aku dengan hidup aku je.
"Baguslah kalau macam tu, Elle. Kau kuat. Aku tahu best friend aku ni sado dengan hati dan perasaan dia. Go go bestie!" Sempat Meena membuat lawak di talian.
Terletus tawa dari bibirku.
Meena pun ikut ketawa. Tahu diri sendiri pun terhibur dengan lawak ciptaannya.
"Kau jangan risau. Eloklah tu semua dah tahu Eddie tu dah ada awek lain. Lepas ni tak payah diorang sibuk nak tunggu nasi minyak kami berdua." Aku anggap saja semua ini petanda agar semua kawan-kawan sekelas kami berhenti mengharap.
Benda dah jadi sejarah. Dulu-dulu sebelum dan selepas tamat belajar, yang geng perempuan semua akan acah-acah mengusik bertanyakan di dalam group kelas tentang bila hubungan aku dan Eddie akan berakhir di jinjang pelamin.
Sekarang ni nah, kau orang tengoklah puas-puas. Malas dah aku nak ambil tahu.
"Kau sihat? Lama tak sembang dalam phone." Usai itu Meena bertanya khabar.
Betul. Kami sudah lama tidak berbual di telefon, sekadar di laman media sosial saja.
"Alhamdulillah, aku baik-baik je. Kau macam mana?"
Kami meneruskan perbualan dan bercerita tentang rutin kerja kami. Aku juga mengkhabarkan tentang Kamelia, geng lunchku yang bakal menamatkan zaman bujangnya lagi beberapa bulan.
Hubungan Meena dengan geng lunchku masih going strong bak kata orang putih. Ada juga kami berinteraksi di group WhatsApp yang berlainan, namanya The Ladies Club.
Dahsyat bukan? Macam tulah bila banyak geng. Aku bersyukur mempunyai kawan-kawan seperti mereka. Walaupun aku jenis pendiam tapi mereka semua jenis melayan je dengan perangaiku.
______________
Bab 11 is up!
Thank you kepada yang sudi membaca 🥺❤
Last week sempat tulis 3 bab je 😂
Harap minggu ni rajinlah sikit hshshs
No comments:
Post a Comment