"JAGA rumah elok-elok ya. Mama dengan abah pergi dulu," Mama berpesan kepadaku sebelum melangkah keluar dari rumah dan menaiki kereta bersama abah.
Hari ini mama dan abah menghadiri sebuah majlis kenduri kahwin di Klang yang merupakan jemputan Pak Cik Karim, jiran lama kami sewaktu kami masih tinggal di sana pada beberapa tahun yang lalu.
Tinggallah aku berseorangan di dalam rumah teres satu tingkat ini.
Abang Eilman akan pulang nanti memandangkan dua hari yang lalu dia menghadiri satu kursus di Bukit Tinggi, Pahang.
Manakala adikku yang bertuah, Elisa pula tidak pulang pada minggu ini memandangkan dia mempunyai tugasan berkumpulan yang perlu diselesaikan.
Setelah itu aku naik ke bilik, waktu ketika ini sudah menghampiri ke waktu tengahari. Pagi tadi aku sempat menolong mama menggoreng bihun untuk sarapan kami sekeluarga, jadi aku masih tidak berasa lapar lagi.
Aku berbaring di katil sambil melayan sebuah novel Inggeris. Hari ini hari Sabtu. Jadi masa yang ada pada hari ini aku ingin habiskan dengan menyambung pembacaan yang tidak sempat aku habiskan kerana kesibukan kerja.
Dapat juga aku melepaskan penat di hujung minggu dengan berehat. Mood nak keluar pun tak ada setelah beberapa minggu ini aku sering keluar, lagi-lagi bila diajak oleh adikku.
Aku jenis yang suka duduk di rumah dan habiskan masa dengan membaca novel-novel yang ada di dalam bilik.
Elisa? Dia jenis tak senang duduk di rumah, jadi memang ada saja akal dia hendak mengajak kami adik-beradik keluar.
Mujur dia tengah sibuk sekarang ni.
Jimat duit kakak dia bulan ni. Jimat tenaga sekali. Haha.
Aku pun gemar lepak di bilik sahaja kalau tiada apa-apa. Kalau ada Elisa mungkin dia ajak tengok filem Hindustan di kaca TV. Tak jemu dia melayan walaupun filem-filem yang ditayangkan berulang siarannya di saluran TV3.
Telefonku bergegar di meja yang terletak di tepi katil. Aku menghentikan pembacaan dan menyelitkan sekeping bookmark di muka surat yang aku sedang baca di buku tersebut.
Nama Aidan naik di skrin telefonku.
Senyuman senang terukir di bibirku.
Eh dia telefon? Hatiku berbisik.
"Err, hello?" Teragak-agak aku menjawab panggilannya.
"Hi Elle. How are you?" Suara garau Aidan menghiasi pendengaranku.
"I'm good. It's Saturday here in Malaysia," Aku memberitahunya mengenai hari di sini pada waktu ini.
"Oh wow. It's Saturday already huh? In London it's Friday. Cloudy today, and it seems the rain will come soon or an hour more," Aidan pula memberi komen akan suasana di London ketika ini.
"It will be nice to be sleeping in." Aku mengusik.
"Well, there's no resting until I finish my work." Dia mengingatkan.
"You're working too hard, Aidan." Aku tak setuju dengan cara kerjanya. Tapi siapalah aku hendak menegurnya.
Lagipun dia bekerja sebagai seorang peguam, malahan sebagai rakan kongsi utama di firma guaman jadi memang tak mustahil kot untuk dia bekerja sehingga waktu malam.
"Well, I was working on some cases this month…"
Aidan mula menceritakan tentang kerjanya. Aku sekadar mendengar. Katanya kes yang sedang dikendalikannya melibatkan saman di antara sebuah syarikat terkenal dengan sebuah syarikat yang lain yang juga terkenal di London.
Aidan banyak mengendalikan kes saman yang berprofil tinggi, itu yang diberitahunya semasa kami saling berbalas mesej di WhatsApp.
"Did I bore you?" Suara Aidan kembali di ruang talian.
"Nope! I am listening." Balasku dengan ayat cover. Padahal fikiran dah melayang teringatkan tentang cerita Aidan dan kerjayanya.
"Daydreaming huh? I can see even though I am far away, darling."
Aku ketawa untuk menutup rasa malu kena kantoi dengan jejaka berbangsa Inggeris itu.
"No! I am not daydreaming, seriously." Aku menafikan. Tak nak kalah setelah kantoi.
Aidan ikut ketawa.
"I know you Elle, sometimes your mind wanders away while I am talking to you." Boleh pula dia berandaian sebegitu.
"Am not!" Aku masih tak mahu mengaku.
"Alright, alright...I believe you."
Aidan membiarkan sahaja aku dengan pendirianku.
"Can I call you later?" Setelah beberapa minit mendiamkan diri, Aidan bertanya.
"What time? We have different time zone though." Walaupun kami jarang berbual di dalam talian, adakalanya Aidan menelefonku di waktu tengah malam mengikut zon waktu di sini apabila dia selesai bekerja.
Sebagai kawan, aku bersetuju tetapi jarang juga dia menelefonku kerana aku pernah beritahu aku lebih senang bermesej di WhatsApp.
Rasa gugup masih ada. Jadi sebab itu aku lagi suka bersembang dalam WhatsApp dalam bentuk mesej.
Aku dengan kawan-kawan perempuan yang lain pun aku jarang berbual di telefon kecuali Meena. Dia jenis yang suka berbual dengan suara. Yang itu aku biarkan saja.
"Okay, around 9 something but I know your time zone will be later than usual but yeah I think I want to talk more with you."
Aku terdiam.
Tak tahu nak beri reaksi apa.
"Elle?" Aidan memanggil namaku.
"Elle!" Pintu bilik diketuk dari luar. Suara Abang Eilman.
Eh ingatkan Abang Eilman belum balik lagi.
Aku pandang jam digital elektronik di tepi katil. Pukul 3 petang.
Tak sedar pula yang agak lama juga aku menghabiskan masa membaca novel sebelum menjawab panggilan dari Aidan.
"Sorry, but I have to end the call. I will message you later, okay?" Hendak tak nak terpaksalah aku menamatkan perbualan kami.
Aku tidak mahu Abang Eilman mengetahui akan perbualan aku dengan Aidan. Aku masih menyembunyikan persahabatan aku dengan Aidan.
Bila aku tanya pada diri sendiri, aku sendiri tak tahu akan jawapannya.
"Okay, no problem, bye."
Tamat perbualan aku bersama Aidan, aku bangun dari katil untuk membuka pintu bilik.
"Tengah sembang dengan kawan ke? Rancak semacam," Tegur Abang Eilman sebaik sahaja pintu bilik dibuka.
Aku mengangguk, tak komen apa-apa.
"Elle dah makan belum?" Tanya Abang Eilman.
"Pagi tadi je, Elle masak bihun goreng. Lepas tu tak rasa lapar lagi." Aku membalas pertanyaan.
"Abang ada singgah beli pisang goreng dengan ubi keledek goreng masa on the way nak balik rumah."
Tiba-tiba terasa kecur liurku. Pisang goreng dengan ubi keledek goreng…kalau waktu-waktu sebegini elok sangat kalau layan makanan seperti itu.
Nampak sangat aku ni suka makan. Tolak batu, kayu dan besi je. Lain semua aku telan. Haha.
"Abang dah letak dekat dapur. Nanti kita makan sama-sama," Abang Eilman mengingatkan sebelum dia bergerak ke biliknya.
Aku menutup semula pintu bilik.
Punggung dilabuhkan atas tilam. Teringat semula aku tentang Aidan dan permintaannya untuk menelefonku pada malam ini.
Telefon pintar dicapai dan aku mesej Aidan di WhatsApp mengenai permintaannya untuk menelefonku pada lewat malam nanti.
*****
SESUDAH itu, aku turun ke dapur untuk menikmati pisang goreng dan ubi keledek goreng yang dibawa pulang oleh Abang Eilman.
Abang Eilman turun dari tingkat atas dan dia mengajak kami melepak di ruang tamu.
Dua buah pinggan bersaiz sederhana berisi pisang goreng dan ubi keledek goreng dibawa ke ruang tamu.
Air teh o panas juga sempat aku bancuh kerana lagi layan bila ada air panas apabila makan makanan bergoreng seperti pisang goreng dan ubi keledek goreng.
Fuhh, terangkat!
Kami berbual mengenai perihal masing-masing sambil makan makanan yang elok terhidang.
"Lama dah abang tak sembang dengan kau, Elle." Ujar Abang Eilman selepas menghirup teh o panas.
"Abang tu yang busy sangat. Bila je nak sembang dengan Elle?" Aku memulangkan paku buah keras.
Abang Eilman bekerja di Kuala Lumpur jadi kalau dia tidak sempat pulang ke rumah, dia akan tidur di apartment yang dibelinya di sekitar kawasan ibu kota itu.
Kerjanya sebagai engineer membuatkan dia sering bekerja sehingga lewat malam. Ada masanya dia perlu keluar dari daerah untuk menghadiri apa-apa tugasan atau kursus yang dihantar oleh syarikatnya sebagai wakil.
Mama ada juga bising sebab risau anak lelakinya ini kuat sangat bekerja sampai lupa hendak berehat.
Dah macam kawanku yang seorang itu. Aidan yang jauh beribu batu di London.
Jenis kuat bekerja mereka berdua ini. Lagikan pula masing-masing masih membujang.
Aku tergeleng sendirian.
"Gelengkan apa tu, dik?" Teguran dari Abang Eilman menyedarkan aku dari lamunan.
Aduhai Elle, asyik mengelamun je kerjanya! Aku mengutuk diri sendiri.
"Tak ada apa-apalah! Abang Man ni kerja kuat sangat. Elle teringat mama bising dok pasal abang kerja tak ingat dunia," Jawabku dengan jujur.
Abang Eilman mengangkat bahu. Tak kisah bila digelar sebegitu. Dah biasa agaknya.
"Elle dah ada yang punya ke?"
Aku mengangkat sebelah kening. "Soalan apa tu? Sepatutnya Elle yang tanya abang!"
Kita pula yang ditanya soalan sebegitu.
"Kenapa apa pulak? Abang orang lelaki, so, nak single biar jelah." Abang Eilman selamba berkata.
Aku menjeling abangku yang duduk di sofa sebelah.
"Amboi mulut tak sayang nampak! Biarlah Elle pun single jugak." Aku membidas kata-katanya.
Kadang-kadang abang sulungku ini cakapnya tak bertapis juga. Walaupun jenis tak banyak cakap.
"Okey, okey. Sorry, isu sensitif ya?" Abang Eilman mengangkat kedua belah tangannya. Konon tanda hendak menyerah kalah. Tetapi ada sengihan menghiasi bibirnya.
Aku menjeling Abang Eilman lagi. Kalau ada abah mesti abah akan suruh Abang Eilman berhenti memprovok aku.
Kemudian Abang Eilman mengubah topik perbualannya. Kami berbual mengenai hal kerja masing-masing.
*****
Aidan: Sorry, I have dinner with my cousin tonight. I literally forgot about it. How about next time?
AKU membaca mesej itu berulang kali. Jam di skrin telefon menunjukkan hampir ke pukul 3 pagi waktu Malaysia. Sebelum itu aku menghabiskan masa yang ada dengan menyambung pembacaan novel yang dibaca pada siang tadi.
Waktu sebegini pasti semua ahli keluargaku sudah nyenyak tidur.
Mama dan abah pulang dari majlis kenduri jemputan Pak Cik Karim pada lewat petang tadi.
Sempat juga mama dan abah bawa pulang lauk dan nasi kenduri yang diberikan oleh Pak Cik Karim. Kira rapat juga hubungan kami sekeluarga dengan keluarga lelaki yang sebaya abah itu. Dia juga merupakan bekas anggota polis yang bersara dalam tempoh yang sama dengan abah yang menamatkan perkhidmatannya pada dua tahun lalu.
Malam itu kami anak beranak menjamah lauk dan nasi kenduri. Lama aku tak mengikut mama dan abah ke mana-mana kenduri. Lagipun sejak umur semakin meningkat ni, memang jarang kami tiga beradik mengikut mama dan abah ke majlis kenduri.
Mama dan abah pun mengerti. Mereka berdua pun kata biarlah kasi can untuk mereka berdua menghabiskan masa dengan dating pula.
Ececeh mama dengan abah ni. Tak padan dengan usia masing-masing. Tapi kami adik-beradik faham kerana sebelum ini abah lebih sibuk dengan kerjanya sebagai pegawai polis manakala mama pula sibuk dengan kerja menjahitnya.
Cuma sejak abah sudah bersara, mama juga sedikit demi sedikit memperlahankan kerja menjahitnya. Sekarang pun tak banyak tempahan mama ambil kerana aku merasakan mama hendak menghabiskan masanya bersama abah di rumah.
Walaupun abah jenis yang tak boleh duduk diam di rumah, ada masa terluang pasti dia akan keluar berjumpa kawan-kawannya atau ke masjid atau surau di sekitar kawasan perumahan untuk tujuan beribadah. Tapi mama tak kisah, selalu juga mama mengikuti abah pergi ke masjid dan surau kalau ada peluang untuk pergi bersama.
Aku jadi senang melihat mama dan abah di usia mereka yang semakin lanjut.
Harapnya satu hari nanti aku juga berpeluang untuk menghabiskan masa dengan seseorang yang bergelar teman hidup atau suami.
Boleh pula aku melalut sampai ke situ.
Mungkin satu hari nanti… Hatiku berbisik.
Jadi single pun okey apa, tak perlu pening nak fikirkan tentang orang lain.
Mesej dari WhatsApp masuk. Nama Aidan tertera di skrin.
Aku baca mesejnya itu.
Aidan: Elle? You still there?
Elle: Oh sorry! I was almost falling asleep just now. It's 3 am in Malaysia.
Tibai jelah, Elle!
Aidan: I see. I will make it up later for you. Again, I'm sorry.
Entah mengapa aku rasa bersalah pula kerana berbohong kepada Aidan. Awal tadi rasa macam kecewa, tetapi apabila membaca mesej Aidan yang terkini yang terselit ungkapan maaf membuatkan aku tak jadi hendak merajuk.
Dasar perempuan bukan? Kalau memang fitrahnya sejenis berhati lembut, pasti ada rasa seperti hendak merajuk atau kecewa.
Oh, Elle!
Kenapa nak merajuk pula? Dia cuma seorang kawan, bukan seseorang yang istimewa pun! Fikiranku mula memberontak.
Oh wahai fikiran...hatiku berbisik pula.
Aku menggeleng. Tidak mahu berperang dengan fikiran dan hati.
Ya, Aidan cuma seorang kawan. Kami baru sahaja berkenalan. Jadi aku tak perlulah hendak terlalu mengikut perasaan.
Takkan aku nak halang Aidan bertemu dengan sepupunya? Siapalah aku?
Aduhai...
Aku membalas mesejnya.
Elle: It's okay, I understood. Hey, I need to sleep. Too sleepy right now. Good night, Aidan.
Tak sampai seminit Aidan ikut membalas.
Aidan: Good night, have a sweet dream. Dream of me, OK? 😉
Serentak itu jantungku berdegup dengan laju setelah membaca mesejnya. Aku memegang dadaku, cuba menstabilkan degupan jantung supaya kembali normal.
"Dia gurau je tu…" Aku berkata kepada diri sendiri.
Kan?
Mestilah!
Aku terus membetulkan pembaringanku di atas tilam. Lampu night lamp di tepi katil ditutup dan suasana di bilikku sudah kembali gelap. Selimut ditarik dan aku memejamkan mata.
Jantungku masih berdegup laju. Aku memegang kembali dadaku. Nafas dihela perlahan.
Tak lama kemudian lena datang menjemputku.
_____________
Bab 12 is up!
Aku memang tak set waktu untuk update bab baru sebab memang random aku post ikut mana-mana waktu 😂
Lepas ni rasa macam nak tukar jadual untuk post bab baru hehe 👀
Anyways, thanks for reading!
No comments:
Post a Comment