Saturday, August 28, 2021

Her Reckless Heart (Bab 7)


BAB 7

SETELAH puas berjalan-jalan di sekitar kawasan di dalam KLCC, kami berenam membuat keputusan untuk pulang. Menaiki tren dari stesen LRT KLCC untuk ke hentian stesen di Kelana Jaya yang kami naiki awal tadi. Masing-masing sudah keletihan. 


Sebelum itu sempat pula kami menonton wayang di TGV Cinemas gara-gara ajakan Kamelia yang buat ayat sedih yang dia sudah lama tidak layan movie di panggung wayang.


Hari sudah menginjak ke lewat petang ketika kami sampai di stesen LRT Kelana Jaya.


"Bye! Malam ni sambung borak dalam group ya?" Ujar Dilla ketika kami ingin berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing.


Aku sekadar mengangguk. Aku pasti malam ni mesti masing-masing dah tersadai di atas katil melayari mimpi. Confirm! 


Kaki aku pun sudah mula lenguh-lenguh kerana banyak berjalan. Itu tanda-tanda yang diri sendiri mungkin tak banyak berjalan. Haha.


Yalah duduk di dalam office memang duduk sahaja. Kalau bergerak pun sekadar untuk ke pantri, solat, keluar makan dan ke tandas.


Di dalam kereta, aku menyandarkan badan ke seat pemandu. Nafas dihela dengan perlahan-lahan.


"Okey tak, Elle?" Meena di sebelah juga sudah tersandar di seat penumpang.


Aku mengangkat ibu jari. Tak berasa nak bercakap. Hanya radio memecahkan sunyi di dalam kereta.


Beberapa minit berlalu, tali pinggang keledar ditarik dan tangan kiriku menurunkan gear ke mode reverse sebelum menukar semula gear drive untuk bergerak pulang ke rumah. Harap abah tak bising, sebab abah pantang kalau anak-anak perempuannya keluar dan balik lewat hingga ke malam. Polis pencenlah katakan.


Jalan raya tidak berapa sesak, walaupun hari ini hari hujung minggu. Jadi tak perlulah aku lama-lama nak menghadap kesesakan trafik seperti hari-hari kebiasaan.


Sampai di rumah, azan Maghrib baru hendak berkumandang. Aku lihat abah yang siap berbaju melayu warna peach serta berkain pelikat sudah menunggu di pintu utama rumah. Aku tayang sengih apabila berhadapan dengan abah. Buat relaks jelah.


"Nasib dah balik, abah dah risau dah tadi ni," Abah menegurku.


"Sorry, abah. Elle dengan Meena pergi KLCC naik tren dengan kawan-kawan office lain," Aku terus bercerita tanpa disuruh.


Abah mengangguk. "Pergi mandi, solat. Nanti turun makan malam," Sambungnya sebelum beredar untuk ke naik ke biliknya.


Aku dan Meena saling berpandangan.


Tengoklah pegawai polis aka abah. Nasib abah tak buat pergi cari aku. Hee!


"Jomlah naik, aku dah penat ni," Ajak Meena yang jelas tampak kelesuan.


Apabila tiba di dalam bilik tidurku, kami berdua terus merebahkan diri di atas katil. Syurga dunia! Nikmat betul.


Kami berdua senyap tanpa bicara. Memang betul-betul penat. Berjalan ke sana sini.


Beberapa ketika kami bergerak untuk mandi secara bergilir-gilir. Ingin menyegarkan diri yang sudah keletihan dan lesu dengan aktiviti pada hari ini.



*****



USAI makan malam, aku dan Meena meminta diri untuk berehat di dalam bilik sahaja. Dua-dua sudah hendak rasa surrender. Mataku sudah terbayangkan bantal-bantal yang empuk di atas katil..


"Elle," Panggil Meena.


"Hmm?" Aku menjawab dengan mata dipejamkan.


"Family kau dah tahu ke pasal Eddie? Pasal korang dah break up?" Soalan itu dilontarkan oleh Meena.


Aku membatukan diri. Diam.


Nama Eddie tidak lagi disebut setelah sekian lama. Aku pun dah tak peduli akan perihal lelaki itu. Keluargaku juga tidak bertanya akan perhubungan kami berdua.


"Aku malas nak cerita. Lagipun benda dah lepas kan," Malas-malas sahaja aku memberikan menjawab.


Pergerakan di sebelahku tanda Meena mengubah posisi pembaringannya. 


Aku membuka mata yang terpejam.


"Bukan luak pun kalau kau bagitau. Small matter, right?" Meena berusaha ingin memujuk.


Satu keluhan terlintas dari bibirku.


"Beb, kau jangan risaulah. Nanti-nanti aku cerita dekat family aku," Jawapan selamat, itu yang aku berikan kepada Meena agar dia tidak memaksaku lagi.


Sahabat aku yang seorang ini boleh tahan juga gaya memaksa dan memujuknya.


Jenis aku ini, aku lebih senang mendiamkan diri. Untuk kesejahteraan hidup sendiri.


"Okeylah kalau macam tu. At least tak adalah family kau terkejut kalau tiba-tiba orang lain bagitau Eddie keluar dengan perempuan selain kau!" 


Aku buat tak tahu. Malas hendak panjangkan cerita. 


Tidur lebih baik. Nikmat yang tidak akan aku dustakan.



*****




"ELLE, meh sini kejap!" Mama memanggilku. Aku pada waktu itu sedang hendak ke ruang tamu setelah turun dari bilik tidur di tingkat atas.


Aku berjalan ke arah mama yang sedang berdiri di pintu masuk dapur. Di tangan kanannya terdapat telefon pintar miliknya.


"Ada apa, mama?" Tanyaku dengan hairan.


"Mama nak tanya something ni," Balasnya.


Kami sudah bergerak menuju dapur dan duduk di bangku counter top yang ada di situ.


"Betul ke apa yang mama tengok ni?" Telefon pintar milik mama disua kepadaku.


Aku membelek telefon tersebut. Kiriman gambar di WhatsApp. Sejenak aku melihat gambar itu.


Dan...mataku secara automatik membesar.


Gambar Eddie dan perempuan lain!


Aku terkejut bukan kerana gambarnya dengan perempuan itu tetapi disebabkan gambar itu boleh pula tersebar sehingga ke mamaku sendiri.


Tiba-tiba terngiang-ngiang suara Meena ketika kami bersembang pada beberapa minggu yang lalu.


"Okeylah kalau macam tu. At least tak adalah family kau terkejut kalau tiba-tiba orang lain bagitau Eddie keluar dengan perempuan selain kau!"


Cis! Termasin pulak mulut kawanku yang seorang itu!


"Elle?"


Aku tersedar dari lamunanku. Wajah mama yang seolah-olah menagih jawapan aku pandang. Perlahan-lahan aku meletakkan telefon pintarnya di counter top table.


"Elle dengan Eddie dah putus, mama. Dah berbulan," Tenang sahaja aku memberitahu mama.


"Astaghfirullahalazim…" Terungkap istighfar dari bibit mama sebelum dia kembali memandangku.


"Elle okeylah mama. No worries," Aku memujuk mama. Tahu yang mama pasti risau akan emosiku.


"Mama tak sangka…" Keluh mama dengan nada kecewa.


"Dah jodoh Elle dengan dia tak panjang," Itu sahaja jawapanku.


Takdir Tuhan. Pasti ada sesuatu di sebalik takdir yang telah terjadi antara aku dan Eddie. Mungkin kami lebih baik berpisah dan menemui seseorang yang lebih baik untuk diri masing-masing.


Mama mengangguk. Katanya dia kesal kerana anaknya ini berpisah setelah hampir tiga tahun berkenalan. Aku hanya mendengar mama berkeluh kesah akan nasib yang menimpa anak perempuan sulungnya.


"Jangan risau, pasti ada jodoh yang lagi baik akan datang untuk anak mama ni," Mama mengusap pipiku.


Aku senyum. Dalam hati mendoakan apa yang dikatakan oleh mama. Urusan jodoh hanya Dia Maha Mengetahui.


Cuma...aku sedikit risau akan reaksi ahli keluargaku yang lain. Terutama adik bongsuku, Elisa. Drama queen dalam keluarga kami ini.



*****



"WHAT? Berani mamat tu putus dengan kakak yang super cute ni?" Nada suara Elisa naik beberapa oktaf.


Aku yang di sebelahnya menekup kedua belah telinga. Bingit.


"Kecohlah adik ni," Aku beriak biasa. 


"Ish Kak Elle ni! Orang emo tau, lelaki macam abang Eddie tu jantan tak guna!" Elisa tidak berpuas hati melihat betapa tenangnya aku ketika dia sedang beremosi hendak carutkan bekas kekasihku.


"Itu namanya takdir. Sebagai manusia, akak dah terima qada dan qadar ketentuan Allah," Tenang saja aku berkata.


Segala rasa untuk lelaki bernama Eddie sudah aku buang sejak aku ditinggalkan oleh dia.


His loss, not mine.


"Kak Elle ni tenang betul. Betul ke ni?" Nada dari suara Elisa seakan tak percaya.


"Ya wahai Elisa Syahirah, kakakmu ini dah move on. Lama dah, jadi jangan risau," Aku memegang bahu Elisa. Berpeluh budak ini gara-gara emosinya yang marah terhadap Eddie.


Elisa melabuhkan duduknya di sebelahku. Dia memeluk bahuku. Kami terdiam untuk suatu ketika.


"Moga Allah bagi jodoh yang lebih hensem dan baik untuk akak," Doa Elisa dengan perlahan.


Aku mengaminkan dalam hati.


Melihat reaksi abah dan Abang Eilman pula, mereka berdua kelihatan tenang. Laju betul berita tersebar di dalam keluarga kecil kami ini. Aku tak tahu nak gelak atau apa.


"Baguslah tu, dik. Aku pun tak berapa boleh nak in sangat dengan mamat tu," Abang Eilman memberi reaksinya.


Keningku terangkat. Oh?


"Kumbang bukan seekor, ramai lagi kumbang yang ada untuk bunga di taman larangan abah ni," Abah berkias dengan nada serius.


Aku rasa nak gelak tapi macam berdosa pula. Dilema.


Elisa di sebelahku sudah hendak menghamburkan gelaknya. Aku cubit pehanya.


"Auch!"


"Tak usahlah dipanjangkan cerita, yang penting anak mama ni okey," Sampuk mama yang baru melabuhkan duduk di sebelah abah.


Kami semua serentak bersetuju.


Aku menarik nafas kelegaan. Tak perlu lagi dipanjangkan hal ini.


Tapi...jauh di dalam fikiranku, tertanya juga siapa yang hantar gambar Eddie dengan girlfriend kepada mama ya? Musykil aku dibuatnya.


Hmm...


*****


HARI ini aku agak sibuk kerana esok pihak kami akan membuat sesi perbincangan bersama wakil IT RZ Holdings untuk demo laman web terbaharu yang telah direka oleh pihak team programming.


Jadi waktu lunch aku hanya pesan menu ringkas iaitu onigiri berintikan tuna bersama mayonis dan chuka iidako, sotong jepun yang disalut kuah merah dan set oden dari Family Mart melalui aplikasi penghantaran makanan, Foodpanda.


Geng lunchku di pejabat memahami akan kesibukanku jadi mereka keluar makan tengahari tanpa aku bersama mereka.


Seperti biasa, Encik Nazri bosku meminta agar kami buat test demo kepadanya sebagai persiapan sebelum kami tunjukkan kepada klien.


Sesi perbincangan akan dibuat pada pukul 3 petang ini. Tugasku adalah untuk menunjukkan jadual task mengikut perancangan yang telah disusun atur. Harap ia dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu 3 bulan setengah.


"Elle, esok you dengan Khairil pergi ke RZ Holdings ya, and bawa sekali Jo dengan Man dari team programming," Pesan bos ketika kami selesai membuat perbincangan.


Erk!


Sekali lagi?


Jika sebelum ini perjumpaan kebanyakan diadakan melalui online conference memandangkan kami akan update progress projek yang sedang dijalankan kepada wakil IT syarikat RZ Holdings.


"Baik bos," Aku akur. Senyuman paksa diukir.


"Good! I wish you all the best for tomorrow!" Encik Nazri memberi kata-kata semangat  kepada kami sebelum menamatkan sesi perbincangan untuk kali ini.


Aku bangun untuk bergerak tinggalkan bilik meeting. Sekali lagi ada rasa gementar menguasai diri.


Oh, come on! Sekali lagi kena pergi? 


Tapi itu memang tugas kau kan, Elle? Kau kan antara staf yang kena uruskan projek ni untuk team Project Management? Hatiku mengingatkan.


Aku menggigit bibir. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar esok. Aku berdoa dalam hati.


______________


Author's Note:
Bab 7 dah masuk! 🥰
Comments are appreciated!
See you next week!
Happy weekend!



No comments: