“KITA naik tren pergi KLCC nak tak?” Cadang Dilla selepas kami sudah beredar dari Kafe June De Nova. Memandangkan plan sudah berubah jadi aku ikut sahaja. Kami berjalan menuju ke tempat letak kereta.
“Naik LRT dari sini pergi sana?” Kamelia seakan tidak percaya dengan cadangan Dilla.
Aku dalam diam juga tidak percaya. Dah elok ada kereta nak naik kenderaan awam seperti tren buat apa?
“Yalah! Aku dah lama tau tak naik transport awam,” Dilla buat muka comel. Matanya dikedipkan.
Macam-macamlah kawanku ini!
“Eh best jugak tu, Dilla! Aku pun lama dah tak naik LRT ke MRT sejak habis belajar, rindu weh nak ride tren macam dulu!” Giat Meena menyokong.
Aku, Kamelia dan Hani dah menepuk dahi. Sudah!
Dilla dan Meena terus buat lagak budak-budak kecil. Tak padan dengan umur masing-masing dah layak jadi mak anak seorang!
Kamelia pandang aku. Aku pandang Kamelia balik. Hani juga memandang aku dan Kamelia kembali.
Salah strategi betul! Meena dengan Dilla ini nampaknya sejenis nekad dengan idea gila mereka.
“Alaaa…asal korang diam je ni? Jomlah,” Rayu Dilla dengan suara seakan hendak merajuk.
Meena tarik hujung lengan bajuku. Dia juga dah mula berperangai macam si Dilla. Aku garu kepala yang berbalut shawl. Tak tahu nak jawab lagu mana.
“Cup! Biar aku, Hani dengan Elle discuss sekejap!” Kamelia menarik tanganku dan Hani untuk berbincang seketika, menjarakkan sedikit diri kami dari Meena dan Dilla.
Aku memeluk tubuhku. Hani juga mengikut gayaku. Hendak buat gaya sedang serius.
“Biar betul dia orang berdua tu?” Bisik Kamelia dengan nada tidak percaya.
“Bila Raisya Ameena dan Adilla bertemu memang meletup dunia!” Balasku juga dalam bisikan.
Hani mengangguk, bersetuju dengan kata-kata kami berdua.
“Korang! Janganlah lama sangat, dah nak dekat masuk waktu tengahari dah ni!” Panggil Meena yang tidak jauh dari kami bertiga.
“Setuju ajelah! Bukan selalu dapat ride tren bila dah kerja. Asyik naik kereta je hari-hari…” Dilla sambung memujuk kami bertiga untuk bersetuju dengan idea gila dan nekadnya itu.
Aku mengeluh. Satu hal lah pula!
“Macam mana ni beb?” Hani menanya.
“Setuju ajelah. Lain kali no compromise!” Putus Kamelia dengan nada seperti berserah. Rambut panjangnya yang digayakan bebas disentuh. Tanda-tanda Kamelia sedang susah hati atau dah pening dengan peel kawan kami yang dua orang itu.
Aku pun cuma angkat bahu. “Sis surrender!”
Kami bertiga menghalakan pandangan dua orang perempuan di sebelah sana.
“Jomlah! Nanti lambat karang kau bising pula Dilla!” Kamelia tarik tangan Dilla untuk ke keretanya.
“Yahoo!” Riang suara Dilla. Sukalah tu orang ikut idea gilanya.
Aku dan Meena ke keretaku yang terparkir tidak jauh dengan kereta milik Kamelia.
“Relakslah Elle, bukan selalu!” Meena bersuara ketika kami sudah masuk ke dalam kereta.
Aku jeling Meena.
“Kau dengan Dilla tu bahayalah combination nya!” Hanya itu aku balas sebelum mengundur kereta.
Meena bantai gelak.
Macam-macamlah mereka ni!
*****
KAMI berempat menaiki tren LRT di stesen Kelana Jaya untuk ke KLCC. Seronok tak terkiralah dua orang itu. Gembira dan teruja bila masing-masing menapak masuk ke dalam koc tren LRT itu. Aku sekadar memerhatikan gelagat mereka berdua.
Kamelia dan Hani pun dah reda je muka masing-masing.
Sudah lama juga aku tidak menggunakan kenderaan awam. Kali terakhir mungkin sewaktu di zaman belajar di universiti. Ini kerana dulu aku akan balik rumah menaiki tren LRT jika ada peluang untuk pulang pada hari hujung minggu.
Selepas dalam tiga semester aku terus bawa kereta untuk ulang-alik dari rumah ke kampus universiti. Kata abah untuk memudahkan aku pergi dan balik, dan dia risau kalau aku selalu menggunakan kenderaan awam tetapi berseorangan. Almaklumlah aku merupakan anak perempuan sulung dan abah merupakan seorang pegawai polis jadi keselamatan ahli keluarganya adalah perkara paling penting dalam hidupnya.
Sampai sahaja di stesen KLCC kami turun dan berjalan ke lorong yang tersedia untuk masuk ke dalam kawasan KLCC.
“Apa kata kita pergi ambil gambar depan KLCC ni dulu?” Ajak Meena semasa kami sedang berjalan-jalan di sekitar kawasan di dalam KLCC.
Kami terus bersetuju. Nama pun berjalan-jalan kan? Jadi pasti ada sesi bergambar.
Kami berswafoto di depan pintu masuk yang menunjukkan lambang KLCC. Kemudian kami beralih pula ke kawasan yang dekat dengan Menara Berkembar Petronas.
Dah seperti pelancong gaya kami yang begitu bersahaja posing di depan menara itu. Siap minta orang tolong ambilkan lagi sebab nak pastikan ada gambar kami berenam di hadapan KLCC dan Petronas Twin Towers tersebut.
“Terima kasih,” Ucap Dilla kepada seorang gadis muda yang menolong kami ambil gambar tadi.
Gadis itu memberikan senyuman kepada Dilla dan kami berlima yang lain sebelum meminta diri.
“Haa jangan lupa post dalam group WhatsApp kita!” Laung Kamelia yang sudah terduduk di tangga.
“Bereh boh!” Balas Dilla yang sedang membelek telefon pintarnya. Pastinya hendak melihat hasil gambar-gambar yang telah diambil tadi.
Aku ikut duduk di sebelah Kamelia. Hendak melepaskan lelah buat seketika. Penat juga posing dengan bermacam gaya. Semua gara-gara Dilla dan Meena yang tak habis-habis minta orang ambilkan gambar kami semua.
“Lepas ni kita nak ke mana pula?” Tanyaku kepada mereka.
“Jalan-jalan dalam KLCC lah!” Balas Meena dengan sengih. Dia juga sudah duduk di sebelahku.
Sesudah melepaskan penat sebentar, kami terus berjalan untuk masuk ke dalam KLCC.
Meena sibuk merakam kami menggunakan telefon pintar miliknya. Pasti untuk kiriman ke dalam Instagram Story ataupun status di WhatsApp.
Kami berjalan di sekitar ruang dalam KLCC. Aku melihat ramai orang menghabiskan mereka di sana. Hari hujung minggu kan.
“Aku nak singgah kedai buku Kinokuniya kejap,” Aku memberitahu mereka sewaktu kami sedang naik eskalator untuk ke tingkat seterusnya.
“Okey!” Serentak mereka membalas.
Dah lama aku tidak berkunjung ke kedai buku. Inilah masanya untuk aku melawat kedai buku.
*****
“KITORANG pergi naik tingkat atas tau. Nak lepak kafe Kinokuniya,” Kamelia berkata ketika kami sudah masuk ke dalam kedai buku Kinokuniya. Aku hanya mengangguk. Fikiran dah melayang apabila melihat koleksi buku-buku yang ada di kedai buku popular itu.
“Mula dah dia ni,” Sempat aku dengar suara Meena menggumam.
Aku menoleh ke arah Meena dan satu jelingan diberikan.
“Tak mengapalah, kita naik atas terus. Biarkan aje Elle dengan hobi dia yang satu tu,” Meena mengajak mereka yang lain.
Aku membawa diriku ke seksyen genre yang sememangnya menjadi kegemaranku sedari mulai menjadi pembaca tegar. Romance.
Terasa ada satu perasaan bahagia menyelinap di dalam diriku apabila aku berdiri di hadapan rak-rak buku yang tersusun buku-buku genre kegemaranku.
Elle Nadirah tak sah kalau tidak membaca buku fiksyen bergenre Romantik.
Walaupun aku ada juga membaca genre seperti misteri, thriller dan fantasi namun hatiku tetap akan memilih untuk membaca genre Romantik sebelum membaca buku dari genre yang lain.
Novel terbaru dari penulis kegemaranku, Eloisa James. Aku membelek judul buku baharunya itu. Seperti biasa aku akan membelinya meskipun aku ada juga membaca dalam format e-book menggunakan e-reader seperti Kindle.
Kemudian aku bergerak meninggalkan seksyen itu untuk ke seksyen buku bergenre fantasi pula.
“Hi auntie!” Sapa satu suara kecil.
Aku menghentikan langkah. Sebelah keningku terangkat.
“Auntie tak ingat saya?” Sekali suara itu menyapa dengan nada yang bertanya.
Aku menoleh ke sebelah. “Eh? Hadley?"
Dalam banyak-banyak tempat, boleh pula aku menemui Hadley di kedai buku ini. Budak perempuan yang aku tegur di sebuah pasar raya beberapa bulan yang lalu.
“Hadley sihat?” Tanyaku, berbasa basi.
“Sihat! How are you, Auntie?” Senyuman Hadley membuatkan aku juga ikut mengukirkan senyuman. Hailaa anak orang putih ini. Comel!
Hari ini budak perempuan itu berpakaian baju t-shirt lengan pendek berwarna merah jambu dan berseluar jeans. Rambutnya yang perang muda itu diikat tocang dua.
“Mana parents Hadley?” Terasa seperti dejavu pula bila aku menanya soalan itu.
“Hadley!”
Macam dejavu lagi!
Seorang wanita berbangsa Inggeris berambut perang muda seperti Hadley muncul di depan kami.
“Mummy!” Hadley berlari ke arah wanita Inggeris itu.
“Kan mummy dah cakap, jangan jalan sorang-sorang,” Pesan wanita itu dengan lembut.
Aku? Terkaku di depan mereka berdua. Oh wow! Wanita berbangsa Inggeris itu bercakap dalam bahasa Melayu dengan fasih sekali!
“Sorry mummy. Nasib Hadley jumpa dengan auntie ni,” Balas Hadley dengan nada ceria, seolah tiada apa-apa berlaku.
Wanita Inggeris itu kemudiannya menoleh ke arahku. Senyuman mesra terbit dari bibirnya.
“Do you know her, baby?” Soal wanita itu kepada anaknya, Hadley.
Hadley mengangguk, “I met her few months ago when Uncle Idan went out with me and Kak Nia,”
Wanita berbangsa Inggeris itu mengangguk, sudah faham akan cerita di sebaliknya.
“Hai, saya Caroline Isabelle. You can call me Callie,” Wanita itu memperkenalkan dirinya.
“Saya Elle. Elle Nadirah,” Balasku. Kami bersalaman.
“Auntie buat apa dekat sini?” Tanya Hadley sambil melihat diriku yang sedang memegang sebuah buku.
“Auntie keluar outing dengan kawan-kawan. And I came here to buy a book,” Terangku dengan sebuah senyuman mesra.
“Ohhh…”
Hadley melihat mummynya. “Auntie ni baik tau mummy,” pujinya.
Aku tertunduk malu. Segan pula dipuji sebegitu.
Kedengaran Caroline ketawa. “That’s a good thing to hear!” katanya.
“Maaflah kalau Elle macam segan dengan anak I. Hadley’s quite an outspoken child,” Ujar Caroline dengan senyuman seorang ibu.
“Pandai Callie berbahasa Melayu. Lama dah ke duduk Malaysia?” Terselit pujian dalam pertanyaanku kepada Caroline.
Sebenarnya aku kagum dengan perbendaharaan katanya yang digunakan. Memang bahasa Melayu bahasa lingua franca tetapi aku jarang menemui orang putih yang bercakap seperti orang Melayu sebenar kerana tak kedengaran pelat di pendengaranku.
“I pernah belajar di Malaysia dulu, sekarang I balik ke sini sekejap,” Caroline memberitahuku.
Aku mengangguk. Kagum lagi.
“Mummy!”
“Belle!”
Suara budak perempuan itu! Itu pastinya Hanania, kakak kepada Hadley. Dan…
Seorang lelaki muncul bersama Hanania. Riak wajahnya jelas terpancar kerisauan. Aku hanya memerhatikan sahaja mereka.
“Here comes daddy,” Gumam Hadley.
Caroline melihat sahaja lelaki itu dan Hanania mendekati kami.
“Mummy cari Hadley tadi,” Caroline mengusap rambut Hadley. Hadley hanya memandang mummynya di sebelah.
Entah mengapa aku rasa seperti orang luar untuk situasi sekarang. Jadi…
“Err, saya minta diri dululah ya. Bye Hadley!”
Janggal. Itu yang aku rasakan untuk situasi sekarang. Baik aku cau dulu!
“Bye Auntie!” Hadley menyalami tanganku. Automatik aku mengusap kepalanya.
Caroline melihat perlakuan kami berdua dan senyum. “Nasib you jumpa anak I yang bertuah ni,”
“Bye Elle,” Caroline berkata lagi.
Aku melangkah meninggalkan mereka untuk ke seksyen lain pula. Aduhai…babak apa pula tadi itu? Aku menggeleng sendirian.
Setengah jam mencari dan membelek buku-buku yang tersedia di rak-rak di dalam kedai buku tersebut aku membuat keputusan untuk membuat pembayaran. Hasilnya tiga buah buku dibeli. Dua judul genre romantik dan satu judul genre thriller.
Kemudian aku naik ke tingkat atas untuk mencari mereka yang lain.
__________________
Author's Note:
Bab 6 dah ada!
Tak sempat nak update semalam sebab aku tak boleh nak tidur, haha. So, qada petang tadi 😬
Comments are appreciated, thanks for reading!❤
xoxo, Lina
No comments:
Post a Comment