BAB 4
KAMI dibawa ke sebuah bilik mesyuarat oleh seorang wanita yang merupakan setiausaha di aras itu setelah sampai. Kami mengambil tempat yang telah ditunjuk oleh wanita itu untuk wakil dari NJ Solutions.
Beberapa minit kemudian, wakil dari RZ Holdings masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.
Mataku membulat apabila melihat seorang lelaki lingkungan pertengahan 50-an melangkah masuk. Itu bukan ke pengarah syarikat RZ Holdings? Dato’ Seri Tengku Razlan! Di sebelahnya pula seorang lelaki muda yang berkarisma serta berpenampilan segak dalam persalinan sut berwarna biru gelap ikut masuk. Tengku Zarul Izzuddin! Beliau merupakan CEO RZ Holdings yang juga anak sulung kepada pengarah syarikat itu.
Aku memandang bosku yang duduk di sebelah. Wajahnya tenang. Begitu juga Encik Khairil di sebelahnya.
Ingatkan wakil syarikat ini terdiri daripada wakil dari bahagian IT sahaja! Nampaknya bos-bos besar juga turun padang sekali!
Serta-merta aku berasa macam nak panik.
Encik Nazri dan Encik Khairil beramah mesra dengan salah seorang wakil bahagian IT RZ Holdings, Mr. Alex Tan. Kemudian, Mr. Alex Tan memperkenalkan kami kepada pengarah syarikat dan CEO RZ Holdings.
Aku dah seperti robot, tidak mampu bereaksi apa-apa. Rasa macam nak keluar aje dari bilik mesyuarat ini.
Suhu di bilik itu yang sejuk dari penghawa dingin lagi buatkan aku rasa hendak beku terus di situ.
“Bos, saya nak ke toilet sekejap.” Bisikku kepada Encik Nazri yang di sebelahku.
Encik Nazri mengangguk. Dia berpesan agar jangan berlama-lama memandangkan perbincangan akan diadakan dalam masa 15 minit lagi.
Aku bergerak ke arah tandas di aras tersebut setelah bertanyakan arah kepada setiausaha yang membantu kami tadi.
Mungkin kerana rasa gementar menguasai diri, aku tidak perasan ada orang lain juga melalui laluan itu. Jadi berlanggaranlah kami antara satu sama lain.
Bukk!
Hampir saja tubuhku melayang akibat perlanggaran tersebut namun sempat aku tahan kedua belah kakiku. Nasib juga hari ini aku memilih untuk memakai kasut bertumit yang tidak tinggi mana.
Aduh sakitnya kena langgar! Siapalah yang tubuh dia ni keras macam batu granit ini? Hatiku menggumam dalam menahan sakit di bahagian bahu.
“Sorry!” Automatik bibirku mengucapkan maaf.
“I am sorry too, miss,” Satu suara garau juga ikut mengucapkan kata maaf.
Aku angkat wajah. Serentak itu mataku ikut membulat. Lelaki yang dari lif tadi! Boleh pula kami berlanggaran kali ini.
“Are you okay? Does it hurt anywhere?” Soalnya sambil melihat keadaanku apabila melihat reaksiku yang masih terkejut.
“It hurts a bit, but I’m okay, ” Jawabku. Sakit di bahagian bahu sebab terlanggar. Nasiblah tak ada sampai tersandung atau tergolek. Mahu lagi parah!
“Where are you going?” Lelaki itu menanyaku. Wajahnya seolah sudah mengingati aku yang dari lif tadi.
“Toilet,” Sepatah aku membalas. Dia mengangguk.
“You’re a staff at here?” Masih dengan berbahasa Inggeris dia menanyaku lagi.
“Nope. I’m just a visitor. I come here with my bos to represent our company for a project with RZ Holdings,” Balasku dengan panjang lebar. Namun selepas itu aku tersedar sesuatu.
Eh boleh pula kami bersembang di sini! Padahal aku hendak ke tandas sebab rasa gementar yang amat, nak buat pep talk untuk diri sendiri. Tup-tup terlanggar pula lelaki yang dari lif tadi.
Aku pandang jam tangan yang kupakai. Lagi 10 minit sebelum perbincangan akan bermula!
“Sorry but I have to go now, nice to meet you!” Cepat-cepat aku memohon diri untuk beredar. Niat untuk toilet trip yang aku bercadang awal tadi terus aku lupakan.
“Uh, yes…” Aku tak dengar apa lagi yang dia ingin katakan sebabnya aku dah pecut tinggalkan dia di situ.
*****
SESI perbincangan dan presentation telah dilaksanakan. Wakil dari RZ Holdings mendengar dan memberikan feedback yang positif. Aku juga bersyukur kerana hilang sedikit rasa gementarku selepas kejadian pelanggaran sebelum mula sesi ini tadi. Ini bermakna bahagian team programming dah boleh merangka reka bentuk laman web untuk RZ Holdings.
“It’s very interesting. Good job, Miss Elle,” Komen Dato’ Seri Tengku Razlan setelah tamat perbincangan.
Tengku Zarul pula hanya memberikan senyuman orang korporatnya. Well, umum tahu Tengku Zarul Izzuddin ini spesis darah sejuk beku, senyum pun macam kena timpa bongkah ais. Brrr!
“Mr. Nazri, thank you for your wonderful staff here. I harap outcome nya seperti yang diusulkan,” Dato’ Seri Tengku Razlan tersenyum puas hati.
Kami dari NJ Solutions lagilah, kembang semangkuk dualah apabila mendengarkan pujian dari orang kuat RZ Holdings.
Usai perbincangan, pihak kami dan wakil RZ Holdings berjabat tangan dan update untuk fasa seterusnya akan dimaklumkan kemudian oleh pihak kami. Pengarah dan CEO RZ Holdings serta wakil yang lain mengiringi kami keluar dari bilik mesyuarat.
“Hey Zarul!” Sekali lagi suara garau itu menerjah ke pendengaranku.
Aku ikut mengalihkan pandangan ke arah suara garau milik lelaki yang bersut warna kelabu. Mr. Sexy Wide Shoulder! Tiba-tiba saja aku menggelarkan nama itu untuknya. Yalah nama pun tak tahu, jadi aku tibai ajelah!
Tengku Zarul meminta diri untuk menemui Mr. Sexy Wide Shoulder.
Encik Nazri selaku ketua wakil syarikat kami meminta diri memandangkan waktu sudah menghampiri waktu tengahari. Aku membuntuti langkah Encik Nazri dan Encik Khairil ke lif untuk turun ke tingkat bawah.
Kami bertiga terus bergerak meninggalkan RZ Holdings selepas itu. Encik Nazri membawa kami ke sebuah restoran masakan Melayu untuk makan tengahari. Lagi seronok bila bos belanja makan. Jimat duit hari ini haha!
*****
PULANG dari tempat kerja, aku memandu ke pasar raya Tesco yang berdekatan dengan lokasi rumah keluargaku. Mama memberi pesanan di WhatsApp peribadi supaya membelikan sedikit barang memandangkan aku bercadang hendak singgah membeli barang keperluan peribadiku di Watsons.
Telefonku berbunyi. Aku angkat tanpa melihat siapa pemanggilnya.
“Akak! Elisa ni!” Tanpa beri salam Elisa selamba saja.
“Waalaikumsalam wahai adikku. Ada apa call akak ni?”
“Assalammualaikum! Elisa call sebab nak mintak akak belikan something boleh? Orang teringinlah nak makan donut Big Apple,” Elisa sedar dia diperli olehku jadi dia hanya buat selamba.
“Belilah sendiri!” Sengaja aku berkata begitu. Tetapi di sudut hati, aku tak kisah pun. Memang kami adik-beradik diajar oleh mama dan abah supaya tidak berkira dalam apa-apa perkara, tak kisahlah makanan ke atau apa-apa sajalah.
“Akak…please, for you cute little sister?” Elisa merayu dengan suara kebudak-budakan. Sempat lagi angkat bakul sendiri.
“Besar panjang dah, little apanya lagi Cik Elisa oii…” Sedas lagi aku perli adik bongsuku itu.
Elisa hanya gelak di dalam talian.
“Okeylah, nanti Kak Elle belikan. Ordernya macam biasa kan?” Aku berkata selepas itu.
“Yup! Macam biasa! Love you, kak!” Balas Elisa dengan ayat hendak bodek. Aku julingkan mata. Biasa sangat dah dengar ayat itu!
“Okey, bye!” Aku tamatkan panggilan. Kalau dilayan makin menjadi-jadi permintaan adikku yang seorang itu. Pantang dilayan!
Aku mematikan enjin kereta dan bergerak keluar dari kereta. Remote control di kunci kereta ditekan untuk mengunci kereta. Setelah berpuas hati aku berjalan masuk ke pasar raya Tesco untuk membeli barang yang perlu dibeli.
*****
SELESAI membeli barang-barang yang diperlukan, aku bergerak pula ke Watsons dan seterusnya singgah ke kedai Big Apple. Mujur tak ramai orang jadi barisan tidak panjang dan aku tidak perlu berlama untuk menunggu giliran.
Aku memesan set donut mengikut perisa yang biasa dibeli oleh adikku, Elisa. Sementara menunggu pekerja kedai Big Apple membungkus donut yang aku pesan, kelihatan ada seorang budak perempuan berambut warna perang muda dengan gaya diikat ponytail sedang ralit melihat jenis-jenis donut yang terpamer di rak kaca di kedai itu.
Entah mengapa hatiku berasa macam nak mendekati budak perempuan itu.
“Adik nak beli donut ya?” Ringan sahaja mulutku bertanya.
Budak perempuan itu menoleh ke arahku. Senyuman diberikan kepadaku.
“Haah auntie!” balasnya.
Erk, auntie? Terkebil-kebil aku mendengar pangkat dengan nama itu. Nampak tua sangat eh aku ni? Hmm, tak mengapalah!
“Adik nak beli yang mana? Mana parents adik?” Tanyaku lagi, kali ini menanyakan di mana keberadaan ibu dan ayahnya.
“Mommy busy, daddy pulak…” Belum sempat budak perempuan itu hendak menjawab pertanyaanku, suara seorang lelaki menyapa.
“Hadley! Here you are!” Suara garau itu!
Spontan aku dan budak perempuan itu menoleh ke belakang.
Lelaki dari lif di RZ Holdings?!
Aku pandang semula budak perempuan di sebelahku. Budak perempuan comel ini anak kepada Mr. Sexy Wide Shoulder ke?
Duda anak satu?!
“Hi, we meet again!” Ujar Mr. Sexy Wide Shoulder kepadaku. Dia ketika itu sedang menolak troli berisi plastik barang-barang dari pasar raya Tesco juga.
*****
“UNCLE IDAN!” Seorang budak perempuan berambut perang kecoklatan muncul di sebelah lelaki itu. Memek wajahnya nampak cukup tidak berpuas hati. Kedua-dua belah tangan siap disilangkan lagi. Amboi! Aku hanya memerhatikan lagak budak perempuan itu.
“Kak Nia!” Budak perempuan di sebelahku memanggil remaja perempuan.
“Yes, Hadley?” Budak perempuan berambut perang coklat itu menjulingkan matanya.
Very diva!
“Hadley, Hanania…” Mr. Sexy Wide Shoulder menegur.
“Uncle Idan! I want these donuts!”
Budak perempuan yang kini aku tahu namanya Hadley meminta Mr. Sexy Wide Shoulder membelikan donut dari Big Apple untuknya.
“Okay, I will buy it for you. But, please do not walk and wandering off alone. We’re not at our place like in London, alright?” Ujar Mr. Sexy Wide Shoulder aka Uncle Idan dengan pesan berbaur amaran kepada Hadley.
“Okey!” Jawab Hadley, senyuman diberikan kepada lelaki itu.
“Cik, ini order cik yang pesan tadi,” Seorang pekerja Big Apple menegurku. Aku terus mengambil bungkusan Big Apple dan membuat pembayaran.
Kemudian aku berikan senyuman kepada Hadley. “Auntie balik dulu ya. Jangan jalan-jalan seorang diri just like your uncle said,” Pesanku dengan lembut sambil mengelus rambut perangnya. Comel betul anak orang putih ni!
Hadley mengangguk.
“Miss! May I know your name? I think we didn’t get to exchange names,” Mr. Wide Shoulder menahanku sebelum aku sempat cabut dari situ.
“Elle. My name is Elle Nadirah,” Jawabku dengan tergesa-gesa.
“I am Aidan. Aidan Harrison,” Dia memberitahu namanya. Aku cuma senyum.
“I have to go now. Bye.” Cepat-cepat aku meminta diri. Troli berisi barang yang aku beli tadi disorong. Sekali lagi aku tergesa-gesa hendak tinggalkan lelaki itu. Kali kedua untuk hari ini.
“Uncle Idan, my donuts?” Sempat aku dengar Hadley bertanyakan tentang donut yang dimintanya.
“Sure darling,”
*****
MALAM itu aku menghabiskan masa di dalam bilik sahaja selepas selesai makan malam. Elisa begitu gembira mendapat donut kegemarannya, pasti dia sedang enak melantak donut-donut itu di ruang tamu. Abang sulungku, Eilman pulang lewat memandangkan dia beritahu mahu stay back untuk menyiapkan projek yang sedang dikendalinya kini.
Aku membaringkan diri di atas katil, ingin melepaskan penat yang bersisa untuk hari ini. Mujurlah esok hari hujung minggu. Yay!
Tiba-tiba mindaku menerawang ke arah peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari ini. Pertemuan di dalam lif dan di pasar raya Tesco. Sebuah senyuman terukir dari bibirku. Kemudian aku menggelengkan kepala. What a coincidence!
Lelaki dari lif di RZ Holdings yang bernama Aidan spontan muncul wajahnya di dalam fikiranku. Muka persis orang luar negara. Loghatnya apabila bercakap seperti orang British bila didengar memang mempesonakan.
Dan aku hampir menganggap dia itu bapa kepada dua orang budak perempuan yang dipanggil Hadley dan Hanania. Namun panggilan dua orang budak perempuan itu kepada Aidan menghilangkan syak wasangka ku terhadap lelaki itu.
Aku menggelengkan kepala lagi. Macam-macamlah kau ni, Elle!
Cuma aku bersyukur hari ini berlalu dengan baik. Terima kasihlah Mr. Sexy Wide Shoulder!
Serentak itu tawa terlepas dari bibirku. Lucu kerana nama gelaran yang kuberikan kepada Aidan sebelum aku ketahui namanya yang sebenar.
Tetapi memang orangnya seksi, dengan bahunya yang lebar dan sexy back nya.
Oh Elle, boleh pula kau puji anak teruna orang ya! Hatiku berbisik nakal.
_______________________
Author's note:
Bab 4 dah masuk!
Comments are appreciated :)
xoxo
No comments:
Post a Comment