BAB 3
SEBAIK sahaja makanan dan minuman yang kami pesan sampai di meja, kami berempat terus menjamu selera. Semua diam menikmati makanan masing-masing. Lapar sangat gamaknya sehinggakan tak berbunyi satu suara pun sehingga kami selesai makan.
“Alhamdulillah…sedap betul!” Komen Hani setelah selesai makan.
Kami yang lain juga mengucapkan syukur dengan rezeki untuk hari ini.
“Eh, aku kena jumpa bos lepas ni. Jom balik!” Aku memberitahu mereka apabila masing-masing macam dah nak bersantai di kafe itu.
Kamelia bangun dahulu dan diikuti oleh kami yang lain untuk bergerak ke arah kaunter. Kamelia menghulurkan resit kepada cashier yang bertugas dan membuat bayaran. Nanti kami akan tong-tong ikut menu yang telah kami pesan mengikut jumlah tertera dalam resit. Macam biasa.
“Nia tak nak balik London! Do you hear me?!” Jeritan dari satu suara yang begitu kuat tiba-tiba menerjah telingaku.
Aku menoleh ke arah setiap ruang di kafe itu, mencari dari mana suara itu datang. Kelihatan tiga orang pelanggan sedang duduk di meja yang terletak di hujung sudut di dalam kafe itu dan seorang budak perempuan berambut perang coklat sedang berdiri di sekitar meja itu.
Hmm…mungkin suara itu dari meja itu. Dan di waktu inilah pula budak itu nak buat protes di kafe. Waktu lunch hour pula tu.
“Hanania…listen…” Seorang wanita lingkungan awal 30-an cuba menenangkan budak perempuan itu. Wanita itu nampak bukan orang tempatan, wajah dan rambutnya yang berwarna perang muda menampakkan wajah seperti orang putih. Orang Amerika? Orang British?
Tapi itulah aku pun tak dapat nak pastikan sebab kedudukan aku yang sedang berdiri di kaunter dan mereka yang di hujung sudut kafe itu agak jauh.
“No mummy! You listen here! I want to stay with daddy in Malaysia!” Budak perempuan itu membalas dengan bentakan. Nada suaranya juga ikut naik lagi.
Pelanggan-pelanggan di kafe itu sudah mula memanjangkan leher untuk melihat ke arah meja mereka. Aku yang di bahagian kaunter pun dah memasang telinga dan mata untuk mendengar dan melihat. Yalah, sampai ke sini kot boleh dengar. Apatah lagi satu kafe ini.
“Hanania, don’t make a scene. We are here to eat not to argue,” Seorang lelaki yang juga aku agak dalam lingkungan 30-an menegur budak perempuan di hadapannya. Wajahnya juga seperti bukan orang tempatan.
Mataku terfokus lama sedikit kepada lelaki itu. Such a good looking man! Hatiku tanpa sedar memuji. Eh tiberr!
Memang dari segi paras rupa pun helok, mungkin sebab itu hatiku dah mula bagi pujian.
“Uncle Idan tak perlu sibuk, okey?” Sekali lagi budak perempuan itu membalas, suara memang naik seperti awal-awal lagi.
Lelaki yang dipanggil Uncle Idan itu hanya menggelengkan kepala. Sebelah tangannya naik menyauk rambut hitam pekat yang sedikit messy naik ke atas. Mataku ikut melihat perbuatannya itu. Dari jauh pun masih boleh nampak. Dahsyat betul penglihatanku ini. Tak padan dengan rabun jauh!
“Elle!” Bahuku digoncang menyebabkan pandanganku tadi terhenti. Aku menoleh ke arah rakan-rakan sekerjaku.
Mereka kelihatan hairan melihat aku.
“Pandang apa tu sis?” Tanya Hani dengan reaksi hairan masih terbias di wajahnya.
Dia dan geng lunch aku yang lain tak dengar agaknya apa yang sedang berlaku di kafe ketika ini.
Aku sekadar menggeleng. Takkan nak beritahu mereka yang telinga dan mataku sibuk mendengar dan melihat adegan di hujung sudut kafe dan terpuji seorang lelaki. Mahu kena soal dengan mereka. Silap hari bulan mereka pun nak join usha sekali!
“Eh kau dah settle bayar ke?” Soalku kepada Kamelia.
“Dah lama dah settle. Tunggu kau je yang tak bergerak-gerak. Membatu macam patung cendana dah aku tengok tadi!” Balas Kamelia dengan nada berseloroh. Hani dan Dilla terangguk-angguk mengiakan kata-kata Kamelia.
Aku menayang sengih. Kira kantoi ke ni? Mereka perasan ke aku usha seorang lelaki di kafe ini tadi?
“Jom! Kau kan cakap yang bos nak jumpa kau lepas lunch,” Kamelia menarik tanganku. Kami berempat berjalan untuk beredar dari kafe. Sempat aku tengok waktu di telefon pintar milikku. Dah nak habis waktu lunch dah ni!
Itulah kau Elle, sibuk betul nak tengok orang lain! Aku mengutuk diri sendiri.

*****
PERBINCANGAN yang berlangsung selepas waktu lunch itu berjalan dengan lancar. Nampaknya hasil idea proposal yang team bahagian kami diterima baik oleh bos. Komen bos yang jelas berpuas hati membuatkan kami satu team sangat gembira. Tak sia-sia kami buat discussion untuk brainstorm proposal agar ia menjadi lebih menarik dan segar ideanya.
Syarikat yang aku sedang bekerja ini adalah sebuah syarikat yang banyak menguruskan projek IT sama ada reka bentuk laman web, membina sistem atau portal untuk sesebuah organisasi atau membekalkan kemudahan teknologi seperti perisian untuk komputer dan laptop kepada mana-mana organisasi yang berminat untuk menggunakan khidmat dari syarikat kami.
Klien terbaharu kami ini merupakan sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia dan mereka ingin menaik taraf laman web syarikat yang sedia ada kepada wajah yang lebih terkini dan segar untuk menarik para pelabur dan pelanggan untuk bekerjasama dengan mereka.
“Well, memandangkan proposal yang you all buat ini bagus, jadi Jumaat ini kita akan schedule perjumpaan dengan wakil department IT dari RZ Holdings.” Ujar bosku, Encik Nazri selepas tamat sesi perbincangan.
Aku dan ahli pasukan yang lain mengangguk. Nampaknya nanti akan ada beberapa wakil yang kena wakilkan team kami untuk ke sana.
“Nanti Khairil dengan Elle wakilkan dari team kalian untuk ke RZ Holdings ya,” Encik Nazri memetik namaku dan ketua team Project Management.
Aku tersentak. Mataku naik membulat.
“Beres bos,” Encik Khairil membalas dengan nada konfiden. Dia memandang aku pula di depannya. Aku mengukir senyuman yang terpaksa.
Aduh! Kena wakilkan untuk present dengan pihak wakil department IT dari RZ Holdings pula!
Selalunya bos aku akan menyuruh Encik Khairil dengan staf lain yang lebih senior dari bahagianku ini untuk bertemu dengan klien. Aku pula selalunya terlibat di belakang tabir untuk mana-mana projek yang diuruskan oleh bahagian aku dan syarikat kami ini.
Dan, aku masih agak baru kerana aku masih di peringkat junior level di bahagianku ini.
“Relakslah Elle, ini salah satu exposure untuk you belajar macam mana nak deal dengan klien kita. I believe you can do this right!” Begitu yakin bosku memberikan kata-kata berbaur semangat kepadaku.
Spain spelled without S, ladies and gentlemen…
Aku tak mampu membalas, jadi angguk sajalah.
Klien kami yang terbaharu ini bukan calang-calang punya syarikat. RZ Holdings ini seperti yang aku katakan merupakan sebuah syarikat yang terkenal dalam sektor pembinaan dan hartanah. Mereka banyak menyumbangkan kepada sektor ekonomi di Malaysia sejak penubuhan syarikat itu pada hampir tiga dekad dahulu.
Tamat sesi perbincangan semua orang beredar dari bilik mesyuarat. Aku kembali ke tempat kerjaku. Perasaan terkejut masih lagi menyelubungi diriku.
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya untuk menenangkan diri. Mata dipejamkan sebentar. Setelah itu aku melepaskan nafas yang ditarik tadi.
Betul cakap bos tu, Elle. Bukan selalu dapat ikut jumpa klien. Hatiku berkata dengan bersetuju apa yang telah dikatakan oleh bosku di dalam bilik meeting tadi.
Sebagai seorang introvert, aku ini selain pendiam memang ada masalah nak berhadapan dengan khalayak ramai lagi-lagi bila kena buat presentation. Masa zaman belajar dulu pun jenuh nak tenangkan gementar di dalam diriku ini.
Okey, Elle! You can do it! Do your best! Aku memberikan kata-kata semangat kepada diriku sendiri. Gementar punya pasal.
Kemudian aku kembali menyambung kerjaku.
*****
HARI berganti hari dan berlalu, kini hari Jumaat memunculkan diri. Aku tiba di pejabat seperti seperti biasa dalam pukul 8 lebih. Kalau diikutkan perbincangan antara pihak kami dengan pihak syarikat RZ Holdings adalah pada pukul 10:30 pagi. Wakil dari syarikat kami, bosku Encik Nazri, ketua bahagian Project Management, Encik Khairil dan diriku sendiri.
Hani, Kamelia dan Dilla memberikan kata-kata semangat kepadaku melalui kiriman mesej di dalam kumpulan WhatsApp geng lunch break kami.
Pagi tadi sebelum ke pejabat mama dan abah juga mengucapkan semoga berjaya kepada anak perempuannya ini. Mereka nampak agaknya kegelisahan aku yang hendak menemui klien dari syarikat besar.
Aku membuat terapi menenangkan diriku dengan berdoa dan berzikir dalam hati
Jam 9:30 pagi kami bergerak ke RZ Holdings. Kami menaiki kereta bos memandangkan dia juga turut menyertai kami sebagai wakil syarikat untuk menemui klien.
Perjalanan dari syarikat kami untuk ke RZ Holdings yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur mengambil masa dalam 45 minit. Mujur pada waktu itu jalan tidak sesak kerana rata-rata semua sudah masuk ke tempat kerja.
Di dalam kereta kami berbual untuk menghilangkan rasa bosan walaupun radio terpasang.
“Elle, you relaks je okey? I know this is your first time dealing with client since you’ve start working with our company.” Ujar bosku Encik Nazri pada suatu ketika. Dia mungkin perasan agaknya wajahku yang seperti cicak tertelan kapur.
“Okey bos. Berdebar jugaklah saya ni,” Jawabku dengan sengihan.
“Don’t worry. Just be yourself and present macam biasa,” Encik Khairil, ketua bahagianku menyampuk pula.
“Okey, thanks bos dan Encik Khairil.” Balasku dengan senyuman lebar.
Bersyukur dapat bos dan ketua yang prihatin dan memhami akan pekerja di bawah seliaan mereka. Aku berdoa agar presentation kami pada hari ini bersama wakil syarikat RZ berjalan dengan lancar dengan izin-Nya.
*****
“SELAMAT datang ke RZ Holdings. Saya Liyana, salah seorang penyambut tetamu di RZ Holdings,” Seorang gadis lingkungan 20-an dengan berpakaian uniform berlogo RZ Holdings menyambut kami ketika kami tiba di ruang lobi syarikat itu.
Encik Nazri menyerahkan kad bisnes syarikat kami dan memaklumkan kami dari NJ Solutions datang ke syarikat ini untuk tujuan sesi perbincangan bersama wakil syarikat RZ Holdings.
“Baik, sebentar saya akan maklumkan kepada pihak pengurusan. Silakan duduk.” Ujar Liyana dengan sebuah senyuman mesra sebelum bergerak membuat panggilan kepada pihak yang bertanggungjawab.
Kami bertiga duduk di beberapa buah sofa yang disediakan di ruang lobi syarikat itu.
Aku memerhatikan orang-orang sedang lalu-lalang di sekitar ruang lobi syarikat. Kemudian mataku melihat betapa besarnya syarikat ini dengan keluasan serta ketinggian bangunan dari rekaan dalamannya.
Berapa tingkatlah yang syarikat ini ada ya? Nampak tinggi betul dari luar. Hatiku tertanya-tanya.
“Silakan encik, wakil department IT dari RZ Holdings sudah memaklumkan mengenai kehadiran wakil pihak encik untuk perjumpaan hari ini,” Suara Liyana memecahkan fokusku yang dari tadi sedang memerhatikan keadaan sekeliling di sekitar kawasan syarikat besar ini.
Kami bergerak ke lif yang tidak jauh dari kawasan lobi dan naik ke aras 11.
“Excuse me, sorry.” Muncul seorang lelaki dari luar pintu lif. Penampilannya yang berpakaian kemas dengan sut berwarna kelabu ternyata nampak cukup segak di mataku, lagi-lagi kulitnya yang agak tanned.
Aku mengundurkan diri ke belakang sedikit ke arah hujung ruang di dalam lif untuk memberi ruang. Haruman cologne yang dipakai oleh lelaki itu menusuk hidungku. Ah! Kebetulan lelaki segak itu berdiri dengan jaraknya yang agak dekat dengan tempat aku sedang berdiri.
Tubuhnya yang tinggi aku kerling sekilas. Tinggi betul! Aku yang memang sedia pendek ini terasa pendek sangat bila membandingkan ketinggian kami berdua.
Mataku kembali merenung belakangnya. Sut yang kelihatan seperti tailor custom made itu sangat elok tersergam di tubuh lelaki itu. Nampak macam bukan rekaan yang biasa-biasa.
Wide shoulders, such strong back and oh what a sexy back! Hatiku memuji dengan nakalnya.
Ting! Lif berbunyi.
Aku tersedar dari renunganku sendiri. Nombor 11 tertera di skrin di dalam lif itu. Pintu lif terbuka. Bos dan ketua bahagianku sudah mula menapak keluar dari lif, dan aku juga mengikut langkah mereka.
Namun sebelum itu terdengar satu suara berdeham.
Kakiku terhenti melangkah dan aku memalingkan wajahku. Kehairanan.
“Such an intense gaze you got back there, miss.” Tuan badan yang berdeham itu menegur, jelas satu senyuman seperti smirk menghiasi wajahnya. Suaranya garau dan punya loghat seperti orang British.
Wajahku serta-merta membahang, terkejut bercampur malu.
“I…I…” Aku tak mampu hendak memberikan jawapan apa untuk perbuatanku yang tadi itu.
“It’s okay, miss. I am used to it,” Dia membalas. Kali ini senyumannya bertukar menjadi senyuman mesra, ada lekuk di bahagian pipi kiri dan kanannya. Sepasang mata berwarna hazel miliknya menikam pandangan mataku.
“Elle?” Kedengaran Encik Nazri memanggil namaku.
“Sorry!”
Aku cepat-cepat keluar dari lif. Wajahku masih membahang seperti tadi, harap-harap Encik Nazri dan Encik Khairil tidaklah nampak wajahku ketika ini.
Sempat pula aku kena tegur dengan lelaki segak yang aku renung belakangnya sewaktu berada di dalam lif tadi. Malu!
_________________________
Author's Note:
Hi, Bab 3 dah ada. Dua hari cuti ni sis manfaatkan untuk berehat. Hehe.
Enjoy!
No comments:
Post a Comment