BAB 2
PANGGILAN telefon dari Raisya Ameena atau lebih mesra dipanggil Meena, salah seorang sahabat baikku sejak zaman universiti aku angkat. Seperti biasa, kalau Meena telefon itu bermakna ada bendalah tu yang hendak digosipkan. Bukan tak boleh cerita dalam WhatsApp peribadi ataupun dalam group geng kami tetapi itulah Meena, mesti nak dikhabarkan juga melalui sembang suara.
Nasib aje tak ajak jumpa, nasib juga kawan seorang itu bekerja di Perak. Haru nanti!
“Elle! Aku ada gosip baru ni!” Suara Meena begitu kuat walaupun aku tak buka pembesar suara di telefon pintarku.
“Hah ada apa Cik Meena oii…” Meleret suaraku bertanya kepada Meena di dalam talian.
Mulalah Meena bercerita mengenai perkembangan dan perihal kawan-kawan satu universiti dan satu course dengan kami dahulu. Walaupun kerjanya sebagai pegawai IT di sebuah syarikat swasta di Ipoh tetapi kecoh dia itu bagaikan burung murai tercabut ekor. Sungguh murai!
Sebagai sahabat baik aku layankan aje. Karang tak dilayan merajuklah pulak.
“Eh kau dengan Eddie macam mana?” Selepas tamat bergosip, Meena melontarkan soalan berbentuk bom jangka itu.
Aku memicit kedua belah pelipis. Tiba-tiba rasa macam nak sakit kepala. Hari ini berapa kali dah aku dengar nama Eddie. Mula-mula dari Elisa, sekarang ini dari Meena pula.
“Kami…kami…” Entah kenapa aku rasa macam tak dapat hendak menjawab pertanyaan Meena.
“Korang dah kenapa?” Meena menyoal.
Aku mengeluh. Oh Tuhan, dah berapa kali aku mengeluh sejak putus dengan Eddie?
“Aku dengan dia dah putus.” Terus aku balas dengan laju. Harap Meena dapat menangkap jawapanku itu.
“What? Eh? Seriously?” Meena seolah-olah tidak percaya.
Aku faham bila Meena bereaksi sebegitu rupa.
Siapa je yang nak percaya bila aku beritahu mereka yang hubungan aku dan Eddie dah tamat. Tak sempat nak dinoktahkan di peringkat seterusnya. Kecundang sebelum tiba ke garisan penamat. Sudahlah kami bersama sejak di tahun akhir ketika di universiti dahulu.
“Story cepat, now!” Arah Meena tanpa berselindung. Ya, dah keluar arahan aka mandat daripada Cik Raisya Ameena. Maka…
Aku memulakan alkisah bagaimana hubungan aku dengan Eddie tamat. Rasa sedih dan kecewa itu masih ada tetapi aku tidak menangisi perhubungan antara kami berdua.
Memang tak ada perasaan ke aku ni? Kalau tipikal perempuan, rasanya dah menangis frust menonggeng tertonggeng dalam bilik gara-gara putus cinta.
Atau tipikal aku ini memang begitu ya?
Bak kata orang, first comes denial then grief? Begitu?
Namun, seorang Elle Nadirah tak akan sewenang-wenangnya menangis untuk seorang lelaki. Cumanya kalau tengok drama Korea, kemungkinan besar untuk aku menangis itu agak tinggi. Dasar!
“Jantan tak guna!” Itu yang dicarutkan oleh Meena selepas mendengar ceritaku.
Aku mengangguk, mengiakan. Macamlah Meena boleh tengok aku angguk sekarang ini!
“Kau okey ke, Elle?” Prihatin Meena bertanya.
Aku senyum nipis. “Okey.”
“Kau menangis tak lepas tu?” Meena menanya lagi.
“Tak pun. Aku masih ada prinsip yang aku pegang. Never cry for a man!” Dengan yakin aku berkata. Betullah kan? Seperti yang aku katakan awal tadi, Elle Nadirah won’t shed tears for men, or a man. Ever!
“Ya, ya…aku tahu prinsip kau tu. Tapi eloklah kalau begitu. Jantan macam tu tak patut kau buang air mata semata-mata untuk menangisi tamatnya hubungan korang berdua.” Sokong Meena dengan bersemangat.
Thank you, Meena! Ucapku di dalam hati.
“Betul tu, Meena. He’s not worthy of my tears.” Aku ikut bersetuju.
Meena mengubah topik perbualan kami, berbual mengenai perihal kerja masing-masing. Dan aku ada juga tanya soalan cepumas mengenai adakah sahabat baikku itu sudah berpunya atau belum. Maklumlah, Meena ini cantik dan peramah orangnya walaupun kecoh macam murai jadi mana tahu ada jejaka-jejaka di luar sana tersangkut dengan sahabat aku itu.
“Still single, babe! Mungkin nak kena cari lelaki orang luar negara kot baru sangkut!” Seloroh Meena yang kemudiannya ketawa dengan kata-katanya sendiri.
Aku ikut ketawa.
“Amboi, Meena! Tak padan! Tapi tak salah untuk berangan, bukan?”
Meena mengiakan kata-kataku.
Selepas itu Meena meminta diri untuk menamatkan perbualan kami memandangkan esok kami masing-masing berkerja. Asyik sangat bersembang sampai lupa dah yang kami bekerja esok. Punyalah lama bersembang dan bergosip.
Ah, rindunya zaman di universiti dahulu! Kalau dulu-dulu memang kami akan menghabiskan masa bersama dengan kawan-kawan yang lain sama ada melepak di bilik masing-masing atau di gazebo sekitar kolej kediaman.
*****
“ELLE, nanti jangan lupa hantar proposal projek kita dengan syarikat RZ Holdings tu dekat bos. Dia bagitau nak tengok lepas lunch sekali dengan nak buat discussion dengan team korang,” Kak Zura berpesan ketika dia lalu di tempat ruang kerjaku. Aku hanya menunjukkan tanda okey dengan ibu jariku.
Suasana di pejabat pada hari ini agak senyap memandangkan hari ini banyak tugasan yang perlu diselesaikan memandangkan bos ada beritahu dia nak buat meeting mengenai projek yang kami bakal bekerjasama bersama sebuah syarikat yang agak terkenal di Malaysia pada keesokan harinya.
Sebagai salah seorang staf di bahagian Project Management, antara tugasku dan rakan-rakan di bahagian ini adalah untuk menguruskan segala projek yang baru masuk di syarikat. Kemudian aku dan beberapa staf dari bahagian ini akan membuat sesi perbincangan bersama bos-bos di peringkat atasan untuk melihat sejauh mana proposal projek ini sesuai mengikut kehendak klien yang kami bakal bekerjasama.
Waktu di desktop monitor menunjukkan sudah hampir ke waktu tengahari. Dokumen berkaitan proposal projek yang akan aku tunjuk dengan bos sudah hampir siap. Proofread pun dah sudah, cuma nak dibentangkan sahaja selepas waktu lunch.
Tangan kananku menggerakkan tetikus dan membuka aplikasi WhatsApp. Group bahagian Project Management aku tekan lalu memberitahu update baharu mengenai status proposal yang kami telah bincangkan pada beberapa hari yang lalu.
Elle dah siapkan proposal yang team kita dah bincangkan haritu.
Will attach the proposal for your perusal.
Lepas lunch bos ajak kita consult dengan dia.
Rakan-rakan yang satu pasukan meninggalkan tanda thumbs up dan perkataan noted sebagai tanda mereka sudah maklum akan sesi perbincangan yang akan diadakan pada hari ini.
Aku menarik nafas kelegaan. Selepas itu aku meneruskan kerja mengedit dokumen tersebut sebelum menghantar satu lampiran mengandungi dokumen itu kepada kumpulan WhatsApp Project Management.
Dan…tunggu masa je nak pergi keluar lunch!
*****
Kamelia, ketua geng untuk lunch hari ini mengajak kami semua untuk makan di sebuah kafe hipster yang sedikit jauh dari kawasan pejabat kami. Katanya saja nak meneroka tempat baru, memandangkan kafe yang kami akan pergi ini mempunyai review dari foodie-foodie di akaun laman sosial seperti Instagram dan Facebook.
Aku pun onzz jelah memandangkan aku pun teringin nak cuba tempat makan baru, mana tahu kalau sedap dan best seperti dalam review bolehlah aku bawa adikku Elisa dan abangku untuk lepak di kafe itu. Lagi-lagi adik bongsuku itu sejenis suka ambil gambar untuk feed akaun Instagram miliknya. Budak-budak zaman sekarang kan…
Geng kami untuk hari ini adalah seramai empat orang termasuk aku dan Hani, jadi kami tumpang kereta Kamelia sahaja untuk jimat masa dan minyak. Seronok betul masing-masing ya bila dapat menumpang kereta baharu milik Kamelia iaitu jenama Honda Civic.
“Lama Elle tak join kita orang pergi lunch sama-sama,” ujar Dilla, salah seorang rakan sekerjaku ketika kami dalam perjalanan ke kafe.
Aku cuma senyum. Member kami yang lain mengiakan kata-kata Dilla itu.
“Sorry geng, nanti aku join korang selalu ya. Tapi sometimes kita pun ada masa nak lunch sorang-sorang,” Selamba saja aku membalas. Tak kisah dengan pandangan orang lain.
Jenis aku ini memang sebegini. Ikut perubahan mood. Ada masa rasa hendak bersosial, ada masa rasa hendak berseorangan untuk kesejahteraan minda. Gituu…
Mereka semua angguk. Faham dengan peel aku yang satu ini. Dah lama jadi rakan sekerja, jadi pasti mereka sudah tahu dengan perangaiku.
Sampai di sebuah kafe hipster yang Kamelia cadangkan, kami semua terus masuk ke kafe itu.
Dekorasi di kafe itu sangat menarik, rekaan yang moden dan lighting di kafe itu sangat bagus untuk orang yang suka buat kiriman ke sosial media. Aku jenis tak ambil port sangat bab nak ambil gambar ini tetapi aku kan ada adik yang suka ambil gambar jika kami keluar untuk lepak atau cafe hopping jadi faham-faham ajelah.
Kami mengambil tempat di meja yang berdekatan dengan kaunter. Muncul seorang pelayan memberikan kami beberapa buah menu untuk kami lihat sebelum memesan makanan dan minuman yang kami ingini.
Aku membelek buku menu dan melihat senarai dan jenis-jenis makanan serta minuman yang terjual di kafe itu. Memandangkan sekarang waktu tengahari, automatik aku nak cari hidangan yang ada nasi sebagai menu utama. Setelah itu aku terus buat keputusan untuk makanan dan minuman untuk tengahari hari ini.
Rakan-rakan sekerja aku pula kecoh bersembang sambil membelek menu untuk makan tengahari. Aku hanya pasang telinga tak mahu menyampuk. Pelayan yang melayan kami tadi datang dan mengambil pesanan untuk kami berempat.
Aku memesan nasi goreng dengan salted egg butter chicken dan air teh o ais. Hmm, tempat fancy pun aku takkan lupakan air kegemaranku itu. Wajib! Kecuali kalau tekak aku rasa nak minum air-air hipster yang terjual di mana-mana tempat aku singgah untuk makan.
Selepas pelayan itu pergi, Hani, Kamelia dan Dilla menyambung sembang mereka. Aku macam biasa dengar dan membalas kalau ditanya oleh mereka. Sesekali aku menanya mereka pula.
Hani sibuk bercerita tentang emaknya yang asyik beli barang dengan GoShop di Astro dan WOWShop di TV3, jenuh kawan itu bila emaknya minta belikan barang yang dilihatnya di TV. Kami yang lain sudah tergelak. Gelagat mak-mak bila tengok barang-barang seperti peralatan dapur dan barang kelengkapan rumah kan…
Kamelia pula bercerita mengenai tunangnya yang sedang berada di luar negara atas urusan kerja. Dilla pula buka kisah tentang keluarganya sudah bising suruh kahwin. Hah! Pantang betul aku dengar pasal suruh kahwin ini.
“Alah kita ni bukan tua sangat, baru 26 tahun kot,” Aku memberi komen selepas Dilla habis bercerita.
Mereka semua mengangguk tanda bersetuju.
“Itulah, aku ni pun tak habis enjoy jadi single lagi.” Dilla mengeluh.
“Tapi single pun sunyi juga…” Sambung Dilla.
Aku menepuk dahi. Ceitt!
“Kamelia dah ada tunang, Hani pun dah ada boyfriend, Elle pun ada dah berpunya, kapan aja aku ini, Ya Allah…” Dilla berkata sambil buat ayat-ayat minta kesian.
Hampir sahaja aku tersedak air liur mendengarkan kata-kata Dilla, part yang aku masih berpunya itu. Tetapi biarlah rahsia buat masa ini. Buat apa nak kecoh kalau dah putus. Chill-chill jelah.
“Sabarlah Dilla, tak rugi pun jadi single ni. Hidup bahagia tanpa perlu fikir pasal orang lain.” Komen Kamelia kepada Dilla.
“Tapi kalau dah rasa nak berlaki sangat, doa-doalah supaya jodoh cepat sampai. Ke nak cari stok bakal boyfriend slash bakal suami dekat office kita tu?” Nasihat Kamelia yang dah menyengih macam kerang busuk.
“Eii, tak mahulah aku!” Tolak Dilla dengan aksi kegelian.
Aku, Hani dan Kamelia bantai gelak melihat aksi Dilla. Tadi cakap jadi single sunyi, tapi bila Kamelia mengusulkan cadangan untuk cari bakal calon di office kami terus tergedik kegelian. Aduhai Dilla. Apa-apa ajelah!
Mereka semua mengangguk tanda bersetuju.
“Itulah, aku ni pun tak habis enjoy jadi single lagi.” Dilla mengeluh.
“Tapi single pun sunyi juga…” Sambung Dilla.
Aku menepuk dahi. Ceitt!
“Kamelia dah ada tunang, Hani pun dah ada boyfriend, Elle pun ada dah berpunya, kapan aja aku ini, Ya Allah…” Dilla berkata sambil buat ayat-ayat minta kesian.
Hampir sahaja aku tersedak air liur mendengarkan kata-kata Dilla, part yang aku masih berpunya itu. Tetapi biarlah rahsia buat masa ini. Buat apa nak kecoh kalau dah putus. Chill-chill jelah.
“Sabarlah Dilla, tak rugi pun jadi single ni. Hidup bahagia tanpa perlu fikir pasal orang lain.” Komen Kamelia kepada Dilla.
“Tapi kalau dah rasa nak berlaki sangat, doa-doalah supaya jodoh cepat sampai. Ke nak cari stok bakal boyfriend slash bakal suami dekat office kita tu?” Nasihat Kamelia yang dah menyengih macam kerang busuk.
“Eii, tak mahulah aku!” Tolak Dilla dengan aksi kegelian.
Aku, Hani dan Kamelia bantai gelak melihat aksi Dilla. Tadi cakap jadi single sunyi, tapi bila Kamelia mengusulkan cadangan untuk cari bakal calon di office kami terus tergedik kegelian. Aduhai Dilla. Apa-apa ajelah!
__________________________________________________________________________________
Author's Note:
Bab 2 dah masuk! Yay me! *pats myself*
Comments are appreciated!
xoxo, Lina 💓
No comments:
Post a Comment