BAB 1 (Non-edit)
Memori semalam masih menghantui fikiranku. Setiap kali mata dipejam, memori itu kembali dan menganggu ketenangan hidupku. Bagaimana seorang yang kita paling sayang boleh lukakan hati kita dengan beberapa baris ayat dan perbuatan yang dizahirkan?
“I am sorry, Elle…but I love her more. More than I do when I was with you.”
Zapp!
Aku masih cuba menghadam bait-bait kata yang diucapkan oleh si dia. Terlalu senang untuk dia mengucapkan kata-kata itu. Apakah aku tidak bernilai dalam hati, fikiran dan matanya? Untuk apa selama ini kami bersama, berjanji untuk masa depan kami?
Fikiranku mula melayang kepada memori semalam. Di mana memori itu membuatkan aku lebih terluka.
Si dia bersama seorang wanita lain. Bukan dengan aku! Perit dan pahit untuk aku terima bahawa si dia bersama orang lain selain diriku. Kenangan kami sepanjang tiga tahun bersama tidak bererti langsung untuk si dia?
Kalau ikutkan akal dan hati yang sedang tidak betul memang mahu sahaja aku menyerang mereka berdua. Namun aku tahan kerana aku masih ada maruah dalam diriku. Aku tak akan memalukan diri sendiri dengan menyerang wanita yang sudah merampas kekasih hatiku.
Setelah itu aku terus membawa diri. Aku harus tenang dan tabah. Aku masih waras. Eloklah aku pulang supaya tidak lagi melihat adegan menyakitkan hati yang bersiaran di depan mataku.
*****
“ELLE okey tak ni?” Soal mama. Ketika itu aku sedang duduk di ruang tamu bersama mama dan abah. Waktu malam, jadi masa inilah keluargaku berkumpul untuk menghabiskan masa bersama.
Aku mengangguk.
“Eddie dengan Elle macam mana? Seronok keluar hari ini?” Mama masih menyoal. Dia perasan mungkin yang aku keluar petang tadi memandangkan hari ini hari Sabtu.
Aku terdiam. Mama dan abah masih tidak tahu bahawa aku dengan Eddie sudah putus. Keluargaku sudah kenal dengan Eddie, jadi mereka selalu beranggapan aku akan keluar dengan Eddie jika ada waktu terluang di hujung minggu. Selain keluar bersama kawan-kawan sekerja atau sahabat baikku.
“Oh, Elle keluar sorang je tadi, mama.” balasku setelah mendiamkan diri untuk beberapa minit.
Mama mengangguk sebelum fokus semula ke arah TV yang sedang menayangkan filem Melayu yang ditayangkan di saluran Astro First.
Aku pula hanya buat-buat macam sedang menonton filem yang ditayangkan, padahal hati ini sedang berperang dengan segala perasaan dalam hati.
Malam ini hanya tinggal aku sebagai anak yang masih tinggal bersama keluargaku. Adik-beradikku yang lain, adik perempuan bongsu dan abang sulungku masing-masing sibuk dengan hal mereka di hujung minggu.
Tapi eloklah mereka berdua tiada di rumah pada hujung minggu ini, tidaklah mereka perasan mood aku yang sekarang ini. Lagi-lagi adik bongsuku yang jenis cepat menangkap perubahan mood aku. Tak pasal-pasal kena soal dengan adik aku yang sejenis polis pencen itu.
Huh!
*****
SEMINGGU sudah berlalu pergi. Aku masih seperti sebelum ini. Mungkin hati ini sedang terluka namun aku tidak selemah yang aku sangka. Aku masih boleh menjalani hari-hari seperti sebelum ini. Cuma mungkin aku agak diam dari kebiasaan. Hal ini ditegur oleh rakan sekerjaku di pejabat. Aku hanya buat biasa macam tak ada yang berlaku.
Mesej dari sahabat-sahabat baikku juga aku balas seperti biasa macam tak ada perkara gempak yang dah jadi pada minggu lepas.
“Keluar lunch dengan siapa?” Satu suara menanya membuatkan aku kembali ke realiti.
Aku angkat wajah. Hani, salah seorang rakan sekerja menegurku rupanya.
“Harini aku nak lunch sorang-sorang je.” balasku dengan senyum nipis. Tiba-tiba rasa tak ada mood nak berbual atau bersosial dengan orang seperti kebiasaan.
“Kau okey ke, beb?” Soal Hani dengan nada prihatin.
Aku angguk. “Don’t worry, aku okey je.”
Hani menilik wajahku, mungkin mencari kebenaran di sebalik kata-kataku itu. Kemudian dia mengangguk tanda puas hati. Padahal aku dah biasa buat poker face depan orang. The typical Elle Nadirah.
Emotionless, but sometimes unreadable. Though approachable.
“Okey, kalau macam tu aku dengan geng yang lain nak cau dulu.” Aku lihat Hani sudah memegang dompet miliknya. Rakan-rakan sekerjaku yang lain sudah mula bergerak untuk mencari destinasi makan tengahari mereka untuk hari ini.
Aku hanya melihat mereka beransur-ansur keluar dari ruangan pejabat.
Satu keluhan terluncur keluar dari bibirku. Tak mengapalah, mungkin esok-esok aku join mereka untuk keluar lunch bersama seperti sebelum ini.
Memandangkan hari ini aku tidak lapar mana, aku memutuskan untuk membeli sandwich Subway sebagai makan tengahari. Beli set sandwich sekali dengan cookies pun sedap juga. Aku angguk kepala sendiri. Bersetuju dengan cadangan diri sendiri.
Aku bangun dan bergerak keluar untuk membeli lunch meal di restoran Subway yang berdekatan dengan pejabat.
*****
TAMAT waktu rehat tengahari aku terus masuk ke pejabat seperti biasa. Kini menunggu masuk waktu zohor untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Kebanyakan rakan sekerjaku juga sudah masuk ke pejabat semula. Cuma biasalah ada sesetengah tu ambil masa nak masuk ke pejabat semula. Terutamanya yang geng lelaki, mesti tengah sibuk lepak sambil menghilangkan rasa gian dengan asap dari puntung rokok.
Aku membuka laman sosial Instagram untuk menunggu waktu.
“The first person you think of in the morning, or the last person you think of at night, is either the cause of your happiness or your pain.”
- Unknown.
Eddie.
Fikiranku serta-merta teringatkan dia selepas membaca satu Instagram story yang dikirimkan oleh kenalanku di laman tersebut. Ironi bukan? Kalau dahulu dialah yang membuatkan aku gembira, peneman kala suka dan duka. Kini dia yang menyakiti dan memberi kenangan pahit buat diriku.
Habis madu sepah dibuang. Bak kata pepatah Melayu. Yang disayang kini dibuang ke tepi seperti tiada nilai.
Tak pasal-pasal hatiku ini kembali sakit hati! Aku keluar dari aplikasi sosial media itu dan menyandarkan tubuhku ke kerusi di tempat dudukku. Jam tangan aku kerling buat seketika. Lagi 10 minit sebelum masuk waktu solat.
Aku bersedia mengambil beg telekung untuk bergerak ke surau. Nak masuk awal dan menjalankan ibadah yang satu itu dan kalau boleh tak mahu berebut dengan rakan sepejabat yang lain.
*****
MALAM itu makan malam berlangsung seperti selalu, ada mama dan abah, aku dan adik perempuan bongsuku, Elisa. Abang sulungku outstation memandangkan dia bekerja sebagai seorang engineer di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
Elisa mula bercerita tentang harinya memandangkan adikku itu masih belajar di peringkat ijazah. Aku hanya pasang telinga dan dengar. Sambil itu mendengar mama dan abah menyampuk bertanya dan membalas apa yang diceritakan dan ditanyakan oleh Elisa.
Elisa jeling aku dari tempat duduknya. Aku beriak selamba.
Sudah beberapa kali Elisa cuba memancing untuk aku berbual bersama, tetapi aku memang jenis tak banyak bercakap.
“Kak, adik tengok akak dengan abang Eddie dah jarang jumpa. Ada apa-apa ke?”
Ah sudah! Budak ini memanglah! Boleh pula dia tanya macam itu depan mama dan abah.
Sudahnya mama dan abah mengalihkan pandangan mereka kepada aku pula. Aduh!
“Err…okey je. Biasalah masing-masing sibuk dengan kerja. Apalah adik ni!” Balasku dengan teragak-agak. Kemudian aku tampar bahunya. Pap!
Elisa menjeling aku sambil tangannya menggosok bahunya yang aku tampar tadi. Itulah sibuk sangat lagi!
“Adik ni, suka sibuk hal Kak Elle kamu.” Abah menegur sekaligus menamatkan pertanyaan adik perempuanku. Elisa hanya memuncungkan bibirnya. Selepas itu dia sambung makan.
Aku menarik nafas kelegaan. Nasib baik ada abah masuk campur, kalau tidak entah apa soalan lagi yang keluar dari mulut adik aku yang bertuah itu.
___________________________________________________________________________________
Author's Note:
Hiya! Ini merupakan cerita pertama setelah dah beberapa tahun aku tak menulis. Sorry kalau macam ada kedengaran janggal or whatsoever.
Comments are appreciated!
Cerita ini juga ada di Wattpad memandangkan aku nak cuba marketkan cerita tak seberapa aku ni haha!
No comments:
Post a Comment