Gambar sekadar hiasan. Kredit: Pinterest
Assalammualaikum, Hello and Annyeong!
Kali terakhir aku update adalah pada bulan Mei yang lepas.
Masa tu tengah busy internship so tak ada yang baru sangat.
Sekarang aku dah settle internship dengan segala perkara berkaitan yang perlu diselesaikan.
Alhamdulillah. Wishing and praying for a good result though. Aminn.
Jadi buat masa sekarang ni aku tengah menulis sedikit, walaupun tak banyak mana tapi okeylah kot.
Dah lama betul tak menaip cerita haha. Rasa janggal tu memang ada, rasa macam berhabuk pun iya.
Tapi I will try my best. It was always my wish to write books, and maybe if ada peluang dan rezeki dapat publish satu dua buah buku ke. Haha!
Hari ini aku godek Canva, one of the editing apps yang popular sekarang ni.
Dulu-dulu masa zaman sekolah aku edit poster menggunakan Photoscape dengan Photoshop. Tapi memandangkan software Photoshop tak ada dalam laptop baru (laptop baru time degree), so aku gunakan apa yang ada.
So, Canva ada features yang pelbagai termasuklah untuk book cover.
Maka terhasillah dua jenis book cover aka poster untuk upcoming cerita yang aku tengah taip sekarang ni.
Tak tahulah ada orang ingat lagi tak cerpen Dia Di Hatiku ni. Haha. (walaupun aku cringe lepas re-read cerpen ni yang part 1)
Kisah Tengku Zarul dengan Nadine Suhaila. But, good news is aku buat keputusan nak tulis balik dan jadikan sebagai satu kisah yang lagi panjang dari cerpen asal.
Cuma itulah ada part kedua cerpen ni aku tak back up dalam pendrive time sekolah dulu, yep stupid Lina...dan banyak cerita lain yang aku pernah tulis hilang dan aku tak buat back up (double stupid for this girl *sigh*)
Upcoming story jugak ni, baru taip sikit. Harap dapatlah seketul Lina menulis dengan istiqamah ye, gitcheww!
Selain itu, aku banyak habiskan masa tengok K-Drama yang berzaman nak tengok tapi mood tak berapa nak ada time degree ni, lol!
Mainland drama pun ada layan sikit. Sambil tu ambik masa menulis walaupun tak banyak lagi hasilnya. Aku pun masih meneruskan hobi membaca dengan TBR yang tak habis-habis lagi haha.
Well, may I get to update one story dalam blog ni.
Serius, rindu nak menulis. Rindu nak tulis dengan idea mencurah macam air ya, like old times.
Stay safe everyone!
Ciao, Lina.
xoxo.
No comments:
Post a Comment