
BAB 13
"MENGENAI projek kita bersama RZ Holdings… I am very satisfied with the outcome. Pihak wakil IT mereka juga bagi feedback yang positif. Tahniah team Project Management dan team Programming." Pagi hari Isnin itu, Encik Nazri mengatur satu monthly meeting untuk semua bahagian di NJ Holdings..
Syarikat kami sudah menamatkan pengendalian projek bersama RZ Holdings. Projek laman web tersebut sebenarnya sudah sebulan siap. Aku dan ahli pasukan yang lain juga dah siapkan keseluruhan dokumen be untuk tujuan pendokumentasian.
Tarikh deadline dan jadual pelaksanaan adalah mengikut apa yang telah dirancangkan pada awal penglibatan syarikat kami bersama RZ Holdings di dalam proposal..
Sebuah tepukan diberikan oleh semua yang hadir pada meeting pada pagi ini.
Sempat ekor mataku mencari kelibat Hani, Kamelia dan Dilla bersama ahli pasukan mengikut bahagian masing-masing. Kamelia di bahagian HR, Hani dan Dilla pula di bahagian pemasaran.
Syarikat NJ Solutions tidaklah sebesar mana namun ia sudah hampir sedekad ditubuhkan oleh bos kami Encik Nazri.
Selepas itu, Encik Nazri mula beralih ke laporan mingguan dan bulanan dari semua bahagian. Dari bahagian HR sehinggalah ke bahagian programming. Setiap wakil bahagian akan memberi laporan mingguan dan bulanan. Encik Nazri memberi feedback untuk tujuan penambahbaikan.
"Okey, tamat meeting untuk pagi ini. Team project management, please see me later in the office before lunch hour. Thanks." Encik Nazri memberi pesanan sebelum menamatkan meeting pagi ini.
Aku, Encik Khairil dan beberapa orang staf dari bahagian Project Management saling berpandangan sesama sendiri. Pasti ada berkaitan dengan projek IT terbaru.
Sambil menunggu semua staf beredar dari situ, aku memeriksa telefonku untuk melihat sebarang mesej di WhatsApp dan emel-emel penting di aplikasi Gmail.
Beberapa minit menunggu, aku angkat kepala dan melihat jumlah orang di dalam bilik meeting sudah mulai berkurangan. Terus aku bangun untuk melangkah keluar.
*****
DALAM pukul 11:30 pagi, aku mengikuti Encik Khairil bersama tiga orang staf yang lain dari bahagian kami untuk menemui Encik Nazri di pejabatnya.
Encik Khairil sebagai ketua bahagian merangkap pengurus projek bertindak mengetuk pintu bilik pejabat Encik Nazri.
"Masuk."
Kami melangkah masuk dan mengambil tempat.
"We have a new project." Encik Nazri tak berselindung. Dia terus memberitahu tujuan utama dia hendak menemui kami dari bahagian Project Management.
"Syed and Associates? Ever heard of it?" Encik Nazri memandang kami semua yang berada di situ.
Aku pandang semua ahli yang ada di bilik itu. Ada yang mengangguk dan ada juga yang menggeleng.
Encik Khairil, ketua kami kelihatan terangguk selepas mendengar nama tersebut kerana riak wajahnya seakan kenal.
"Wakil dari Syed and Associates ada approach kita untuk deal project dengan mereka." Sambung Encik Nazri setelah tidak ada sesiapa berbunyi sejak tadi.
"Mereka itu kan firma guaman. Project apa je mereka mahukan? Lawyer untuk company kita?" Encik Khairil mencelah pula. Wajahnya berkerut, seolah tak faham.
Tak sabar pula ketuaku ini...
Encik Nazri ketawa. "You ni Khairil...be calm, I baru nak cerita. Tadi tu mukadimah je." Tergeleng kepalanya dengan reaksi ketuaku.
Encik Khairil sengih. "Sorry bos."
"That's okay. Baiklah. Syed and Associates seperti yang Khairil bagitau is a law firm. One of the famous law firm in KL actually. Mereka approach kita untuk projek vendor untuk supply perisian IT seperti komputer etc., dan projek reka bentuk laman web di firma mereka." Encik Nazri memberitahu kami mengenai projek yang dicadangkan oleh bakal klien kami iaitu Syed and Associates.
Bos kami mula menerangkan mengenai dua projek tersebut dengan lebih lanjut.
Pihak Syed and Associates meminta syarikat kami untuk membekalkan perisian terbaharu seperti komputer dan mesin elektronik untuk firma mereka. Dalam masa yang sama juga, wakil dari Syed and Associates juga meminta pihak NJ Solutions untuk memberi nafas baru kepada laman web rasmi firma guaman mereka.
Jika proposal kedua-dua projek tersebut mencapai kata persetujuan, syarikat kami akan menandatangani satu kontrak bersama firma guaman tersebut untuk tempoh beberapa tahun dalam pembekalan perisian dan servis penyelenggaraan untuk perisian dan laman web firma itu di sepanjang tempoh kontrak berjalan.
Jadi, kami di bahagian Project Management ditugaskan untuk menemui pihak wakil dari firma tersebut untuk tujuan konsultasi mengenai kehendak mereka sebagai klien dan pengguna. Kemudian satu proposal akan disiapkan selepas meneliti dan mengkaji keperluan pengguna serta akan dibentangkan kepada mereka di dalam perjumpaan yang seterusnya. Manakala untuk pembekalan perisian pula, pihak bahagian administration akan menguruskan proposal untuk projek tersebut.
"Okey, nanti saya akan bawa wakil ke Syed and Associates untuk perjumpaan dengan wakil mereka," Ujar Encik Khairil setelah Encik Nazri selesai memberikan penerangan mengenai projek terbaharu tersebut.
Perbincangan secara tidak formal itu berakhir dalam waktu tengahari. Nanti akan ada pula sesi perbincangan antara kami sebagai ahli di bahagian Project Management dalam pukul 3:00 petang.
*****
PETANG itu setelah kami selesai makan dan berehat untuk seketika. Dalam pukul 3:00 petang. Satu perbincangan diadakan di bahagian kami.
"Elle, kali ni awak pun kena join untuk jumpa dengan wakil Syed and Associates." Namaku dipetik oleh Encik Khairil.
Gulp! Aku menelan liur.
Alamak lagi sekali?
Sheera, Ben dan Jun Hui tayang sengih bila mataku menangkap reaksi mereka. Sukalah tu bila nama mereka tak kena petik untuk berjumpa dengan klien!
Aku tayang senyuman tak berapa nak rela.
"Encik Khairil, saya calonkan Sheera ikut join sekali boleh?" Selamba aku angkat tangan dan sebut nama salah seorang rakan sekerjaku.
Mana boleh aku seorang je kena! Mereka yang lain pun ahli dari Project Management kot!
Muka Sheera dah macam tertelan buah pelam yang masam lagaknya. Dia jeling aku yang berada di depannya. Tak puaslah tu bila nama dia aku petik.
Heh!
Encik Khairil terus bersetuju dengan cadanganku. Dia kata bagus juga Sheera ikut kami berdua untuk perjumpaan bersama bakal klien kami itu.
Kami bersurai setelah tamat perbincangan. Menurut bos kami iaitu Encik Nazri, pihak syarikat akan membuat urusan janji temu bersama wakil pihak Syed and Associates dalam masa terdekat.
*****
SEMPAT aku membuat research mengenai bakal klien kami iaitu Syed and Associates di internet sebelum menyambung kerja-kerja yang lain.
Mula-mula bila Encik Nazri beritahu mengenai bakal klien terbaharu syarikat kami, aku sebenarnya tak berapa kenal pun dengan nama bakal klien kami itu.
Hasil dari research dan pembacaan di internet, aku mendapati bahawa firma guaman tersebut dimiliki oleh Dato' Syed Arman, salah seorang peguam yang terkenal di Malaysia.
Dato' Syed Arman telah menerajui firma guaman yang diwarisi dari bapanya, Allahyarham Tan Sri Syed Abdul Rahman pada hampir tiga dekad yang lalu. Mereka menawarkan perkhidmatan perundangan seperti bantuan khidmat guaman seperti nasihat dan pembelaan untuk kes sivil seperti saman, perkahwinan, jenayah dan sebagainya.
Gambar Daro' Syed Arman juga sempat aku lihat dari laman web rasmi firma guaman tersebut. Almaklumlah aku memang tak kenal jadi kena ambil tahu juga, mana tahu nanti di sana ada kesempatan untuk menemui orang hebat seperti beliau.
Sebagai seorang consultant cum IT analyst, aku juga ada melihat dan menilai laman web yang dimiliki oleh firma tersebut. Sememangnya penambahbaikan dan reka bentuk semula diperlukan untuk menarik pelanggan mereka melayari laman web rasmi firma guaman itu.
Aku mencatat apa yang aku dapat simpulkan melalui hasil pemerhatian terhadap laman web Syed and Associates dalam buku nota khas. Apabila satu tarikh telah ditetapkan untuk menemui bakal klien kami itu, wakil kami akan mencadangkan dan mendengar permintaan mereka sebagai pengguna dan klien.
“Elle!” Namaku dipanggil. Aku angkat muka. Sheera dah bertenggek di tepi meja.
Kening kiriku terangkat tanda seolah-olah menyoal.
“Kenapalah hang petik nama aku weh?” Rungut Sheera dengan gaya hendak merajuk.
“Biarlah...bukan kau pun member bahagian ni ke? Projek sebelum ni aku dah kena jadi wakil. Tak acilah asyik aku je…” Aku memberi sebab mengapa aku memetik nama Sheera.
Sheera tolak kerusi yang tidak bertuan dan duduk di depanku.
“Elle...aku jarang tau kena keluar jumpa klien ni. Selalu duduk office tolong siapkan mana-mana requirement dalam projek tu.” Sheera mula bersungut.
Aku garu kepala yang tak gatal. Ini yang aku malas ni. Di bahagian Projek Management, yang paling senior ialah Encik Khairil, Cik Muhaini dan Encik Halim. Aku, Sheera, Ben dan Jun Hui adalah antara yang junior dalam kalangan staf di bahagian kami kerana rata-ratanya kami semua baru mempunyai pengalaman kurang dari lima tahun.
Macam aku sendiri, baru sahaja dua tahun bekerja di dalam bahagian ini. Sebelum ini aku pernah menjadi staf bahagian IT di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur selama setahun setengah. Asalnya aku juga membuat latihan praktikal di syarikat yang sama sebelum diserap masuk sebagai permanent staff. Cumanya aku membuat keputusan untuk berhenti dari tempat kerja lama kerana ingin mencuba nasib dalam bahagian Project Management.
NJ Solutions merupakan tempat aku belajar mengenai IT Project Management selain pengetahuan asas sewaktu belajar di universiti dulu.
“Terima ajelah...kan kita antara junior dalam bahagian kita ni. Takkan asyik nak minta senior-senior je turun padang jumpa klien.” Aku menyambung lagi. Dalam masa yang sama aku nak Sheera sedar yang kalau kita tak ambil peluang bila lagi kita hendak belajar mengenai cara untuk bergaul dengan klien? Sudah pasti bahagian kami ini banyak menguruskan projek IT dan sememangnya perlu berjumpa dengan klien di luar premis syarikat.
“Okeylah...yang penting kau ada dengan aku.” Sheera memegang tanganku. Matanya bersinar.
Aku sekadar senyum. Terima ajelah. Dah nama pun rakan sepasukan bukan?
Walaupun aku tak rapat sangat dengan Sheera tetapi kami ada juga berbual apabila berjumpa di dalam bahagian kami atau di sekitar kawasan dalam pejabat. Cumanya aku lebih rapat dengan geng lunchku kerana kami banyak menghabiskan masa bersama untuk keluar makan dan berjumpa di luar pada waktu kerja.
______________
It's good to update another chapter of HRH. Kalau ada errors tu maaflah ye haha.
No comments:
Post a Comment