Wednesday, January 24, 2024

Her Reckless Heart (Bab 35)


BAB 35


SEBAIK saja Aidan sampai, aku terus masuk ke dalam keretanya. Seperti sudah menjadi satu kebiasaan, aku akan keluar makan tengahari bersama Aidan. Waktu tengahari bagaikan masa untuk aku dan dia menghabiskan masa sebagai pasangan kekasih.


“Awak tak takut ke lama-lama jadi bosan?”


“Kenapa cakap macam tu, hmm?” Aidan pandang ke arahku, wajahnya berkerut.


“Manalah tahu, yang manis lama-lama boleh bertukar jadi tawar,” Aku berkata dalam kiasan. Aku sendiri tidak faham dengan diri sendiri. Adakah aku cepat saja berasa sangsi dengan perhubungan ini? Risau jika lama kelamaan Aidan akan bosan denganku. Mungkinkah pengalaman bercinta di masa lalu masih membuatkan aku berperasaan begini?


“Elle, my dear. Tengok saya, please.


Aku menoleh ke sebelah, menghadap dirinya yang sedang memandu.


“Tolong buang rasa ragu-ragu awak tu, dear. Mungkin awak rasa macam ni sebab kisah lama awak. Saya harap kita sama-sama kekal dan saling cinta dan sayang. Doa itu penting, tahu? Semoga Allah tetapkan hati kita berdua untuk berkongsi rasa yang sama sampai bila-bila.” Aidan memberi pesan yang membuatkan aku terdiam dan tenggelam dalam perasaan sendiri.


I adore you, Elle. I can’t describe how much love I feel for you but I am dating for marriage, love.”


Nafasku tersekat ketika mendengar suara garaunya meluahkan kata-kata tersebut.


I love you, Aidan. Thank you for being a great friend and partner. Saya harap rasa ini akan terus ada seiring waktu berlalu.” Balasku dengan rasa terharu.


“Dengan izin-Nya, saya pun harap kita akan terus menyayangi sesama sendiri.”


Aku mengangguk tanda setuju. Rasa tenang selepas mendengar luahan darinya. “Kita nak pergi mana?” Baru sekarang aku bertanya ke mana kami akan keluar makan hari ini. Tadi tidak terlintas di fikiran, sibuk memikirkan soal hati dan perasaan antara kami berdua.


“Kita balik rumah family saya. Mummy dah sampai sini.”


“Aidan! Are you for real?” Sungguh aku tidak menyangka dia mahu membawa aku menemui mummynya. Memang aku sudah tahu akan rancangan dia ingin membawa aku berjumpa keluarganya tetapi aku sedang tidak bersedia kut! Buah tangan pun tak bawa, menonong saja bawa diri ke rumah orang.


Sorry, dear. Saya tahu awak terkejut tapi no worries okay? Mummy makan nasi, bukan makan anak orang.” Sempat dia berlawak denganku.


“Daddy awak ada sekali ke?” Teringat pula aku akan pertemuan antara aku dan bapanya di Syed and Associates pada minggu lepas.


Maybe?” Aidan menjongket kedua belah bahunya. 


Aku tundukan wajah dan pandang jari-jemari sendiri, sedang memikirkan kejutan ini. Mujur saja aku mengenakan baju blaus bunga dan seluar slack, kasual tapi tidak terlalu santai. Kalau dia maklumkan lebih awal mungkin aku boleh pakai dress ke apa.


Aku melemparkan pandangan tidak puas hati kepadanya, mata disepetkan. Aidan pula beri sengih, seolah tidak rasa bersalah dengan plan saat akhirnya.


Aku menghela nafas, cuba menyiapkan diri sendiri untuk menemui ahli keluarganya.


“Bila mummy awak sampai?” Soalku selepas itu.


“Dua hari lepas, tapi saya suruh mummy rehat dulu baru ajak berjumpa dengan awak.” Beritahu Aidan.


Aku mengangguk. Kedua belah tangan ditautkan, kulit terasa dingin walaupun suhu aircond yang terpasang tidak tinggi mana.


“Mummy okey, jangan risau. I’ve told her about you,” 


Lagilah aku rasa nervous! Kalau aku minta Aidan hantar balik ke ofis semula aci tak? Mulalah otak terfikirkan babak dari drama Melayu yang biasa ditayangkan di kaca televisyen. Bakal mak mertua tidak setuju dengan pilihan si anak tetapi berpura-pura baik. Lepas kahwin baru tersingkap segalanya. 


Adakah mummy Aidan begitu orangnya? Dalam hati aku berdoa agar mummy kepada teman lelakiku ini tidak seperti itu.


“Elle? Dear?


Aku berpaling dan berikan senyuman kecil kepada Aidan.


“Jujur saya cakap, saya takut dan berdebar. First time nak jumpa mummy dan daddy awak,” Terangku dengan senyum yang masih bersisa.


I promise you, all of you will click together.” 


Aku mengangguk perlahan, cuba menghadam kata-katanya.


“Yang nak kahwin tu saya,” Tambah Aidan.


“Tapi restu tu penting, Aidan.”


Restu, itu menjadi keutamaan apabila seseorang ingin membina fasa baharu dalam kehidupan. Ya, mungkin ada sesetengah beranggapan perkara ini enteng namun aku ingin kedua-dua belah keluarga memberi restu supaya ia dapat mengiringi jalan bahagia untuk pasangan yang bakal membina masjid.


I understand, my dearest. Apa-apa pun kita jumpa dulu my parents. Saya tak sabar nak bina kehidupan baru dengan awak. We are dating for marriage, ok?” 


Jantungku berdetak laju. Ayatnya itu membuatkan wajahku menghangat. 


Me too,” Perlahan saja aku berkata. 


Aku mengerling Aidan di sebelah. Senyuman lebar terpancar di wajahnya. Dalam hati aku berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar. Jujur aku suka apabila Aidan serius mahu membawa percintaan ini sehingga ke gerbang perkahwinan.


Ia jelas menunjukkan dia seorang lelaki yang bertanggungjawab dan komited. Alahai tuan peguam ini, semakin bertambah rasa sayang dan cintaku terhadapnya.


I kind of miss you wearing your suits.”  Ringan saja mulutku berkata. Perlahan aku menampar bibirku, jujur betul. Namun aku sebenarnya terkenangkan awal perkenalan kami berdua. Di awal pertemuan, dia sering memakai suit, lagi-lagi three piece suit. Sekarang dia santai mengenakan kemeja dan seluar slack atau t-shirt dan seluar khaki.

Aidan ketawa. “Nanti saya hantar gambar saya pakai suit.” Balasnya.


Aku mengecilkan mata, ini nak mengenakan aku atau apa?


What?” Tawa Aidan masih bersisa.


“Serius atau awak buat lawak?” Nadaku tidak berpuas hati.


“Serius lah, dear.” Kemudian dia mengambil telefon pintarnya dan diserahkan kepadaku.


“Untuk apa?” Wajahku jelas keliru, tapi tangan menyambut huluran tersebut.


“Tengok dalam galeri, maybe there’s a few photos of myself wearing suits.


Wajah aku kembali membahang. Hisy dia ini! Aku jadi semakin segan, saja cakap tapi kata-kataku memakan diri.


Passcode birthday saya dan awak,”


Mataku membulat, tidak menduga dia menggunakan tarikh lahirku dengan tarikh lahir dirinya. Terus jari-jemari memasukkan nombor kod dan wallpaper skrin utama menyapa mataku. Dia menggunakan gambar swafoto kami berdua ketika keluar ke sebuah kafe. Aku mengemam bibir, mahu menyembunyikan senyum. Dan–dan rasa sweet saja melihat foto tersebut menghiasi skrin di telefon kepunyaannya. Tidak jadi aku hendak melihat gambar-gambar di galeri foto. Mata masih melekat di situ.


Check jelah apa-apa. Kut awak teringin nak spotcheck ke,” Ujar Aidan tanpa berselindung.


Aku menggeleng, nak tengok apa saja? Jari telunjuk mula bergerak dan membuka senarai panggilan. Ada nama mummynya, nombor-nombor lain dan ‘Sayang’. Hmm.. siapalah itu? Bila aku menekan detail pemilik nama itu, bibirku terkunci. Ada perasaan berbaur menyelinap dalam diriku. Pemilik nombor telefon itu adalah diriku sendiri.


 Cuba bayangkan kalau dipanggil sayang oleh Aidan. Meleleh jiwa dan ragaku… Panggil dear pun aku dah senyum dan dibuai rasa indah. 


Terus aku tutup dan membuka galeri foto pula. Ada beberapa gambar selfie Aidan berpakaian suit. Three piece suit yang dia gayakan membuatkan aku mengeluh. Kacak sungguh teman lelaki sendiri. Untung badan. Dahlah tinggi lampai, bermata hazel, hidung tinggi, kulitnya sedikit tan, ada lesung pipit dan… berjambang tetapi kemas. Aku geleng kepala sendiri. Agak-agaklah pun, Elle! Belum halal lagi! Tapi helok sangat Aidan ini!


“Mesti awak good looking dari kecil kan?” Mengingati wajah bapa Aidan, Dato’ Syed Arman yang segak itu, pasti mummynya pun tidak kurang cantiknya. Sama cantik dan sama padan.


Sedang aku menatap gambar-gambar di dalam galeri, ada gambar seorang wanita berusia mungkin dalam lingkungan awal 50-an yang masih cantik dengan senyuman mesra. Berselendang dan wajahnya jelas menunjukkan dia berasal dari negara Eropah. Mungkin inilah mummy Aidan, Anastasia Harrison. 


“Mestilah, nanti gabung dengan awak mesti anak-anak kita lagi comel.” Sempat dia berpaling dan sengih kepadaku.


Lagi sekali aku menahan malu tapi bibir tetap tergaris senyuman. Terbayang bayi perempuan atau lelaki yang mungkin mempunyai ciri-ciri dari rupa paras aku dan Aidan. “Harap mata hazel dia tu turun dekat anak-anak,” Tanpa sedar bisikan di dalam hati terluncur secara zahir.


“Mata awak pun cantik, dear. Almond shaped eyes with dark brown colour,


“Eh tahu pula?” 


“Selalu tengok muka girlfriend sendiri,” Akui Aidan. Tidak ada rasa segan langsung.


Haih berapa banyak blusher semula jadi aku pakai di waktu ini. Tangan kanan menekan suhu aircond kereta supaya dinaikkan. Panas.


“Nanti nak berapa orang?”


“Hah?” Dahiku berkerut sedikit.


How many babies do you want? Bakal suami awak ni dah 30-an,” 


“Ke situ pula! Tunang pun belum, terus fikir pasal anak!” Aku menjeling Aidan di sebelah.


“Kena plan awal, awal tak kalut!” Selorohnya dengan tawa kecil.


“Sembang bolehlah!” Aku mengecam kata-katanya. Tidak mahu kalah.


“Okey 3 orang, dua perempuan, satu lelaki. Macam adik-beradik awak, setuju?”


“2 lelaki, dua perempuan?” Sengaja aku menambah perisa


“Wah menambah ya? Boleh dah saya suruh parents saya bawa rombongan meminang. Ada masa ni kita terus cepatkan mana yang perlu,”


Terkedu, aku pandang Aidan dengan rasa tidak percaya.


I am not playing dear. I am dating for marriage. So, will you be my wife?


            Aku bertambah kelu. “Are you proposing, Aidan?”

            
Well, I might proposing you unofficially dan lepas ni boleh upgrade nama panggilan jadi abang. Sekarang praktis panggil Id dulu,” Dia membetulkan panggilan namanya.

“Eii, gatal!” 


Eleh padahal diri sendiri suka, hatiku berbisik.


“Gatal untuk dear saya je,” Dia mengenyitkan mata.


Bagaimana perbualan ini berlarutan menjadi sebuah lamaran secara tidak rasmi? Terus aku terlupa akan rasa gementar untuk menemui mummy Aidan. Otak sudah memikirkan perihal lain, masuk bab anak, nama panggilan dan sebagainya.


*****



SEBUAH BANGLO mewah menjadi santapan mataku sewaktu kereta BMW Aidan masuk ke pekarangan kediaman tersebut. Terdapat beberapa kereta mewah bersusun bersebelahan halaman utama banglo ini. Jelas menunjukkan keluarganya berada, tapi perkara itu aku tidak kisah. Aku menarik nafas untuk menenangkan diri. Inilah masanya untuk aku berhadapan dengan realiti. Enjin kereta sudah dimatikan dan Aidan melangkah keluar dan menuju ke arah pintu bahagian penumpang.


Aku pula keluar dari kereta dan berdiri di hadapan Aidan. Kami berbalas pandangan.


Ready?


Aku mengangguk dengan sedikit rasa gugup.


Kami melangkah menuju ke arah pintu utama kediaman itu. Aidan menekan loceng dan tidak sampai beberapa saat, pintu dibuka dari dalam. Seorang wanita bangsa Inggeris dan bertudung menyambut kehadiran kami dengan satu senyuman lebar.


Oh my darlings! Come, come, mummy dah tunggu kamu berdua.” 


Aku menyalam mummy Aidan dan salamku disambut. Dalam hati aku mengucapkan rasa syukur. Bimbang jugalah kalau salamku ditolak. 


Mummy Aidan, Anastasia Harrison memaut lenganku dan aku dibawa masuk ke dalam rumah banglo mewah itu. Aidan pula ditinggalkan di belakang. Sempat aku menoleh ke arahnya dan dia sekadar menggeleng dengan senyuman. Wajahnya jelas gembira dengan situasi ini.


Kami bertiga tiba di sebuah ruang tamu yang luas dan nampaknya di dalam banglo ini semua rekaan adalah moden dengan penggunaan warna cerah sebagai warna utama. Aku melabuhkan duduk di sebuah sofa yang memuatkan dua orang. Aidan duduk di sofa bertentangan.


“Apa khabar, auntie?” Aku cuba berbasa basi.


“Alhamdulillah, mummy sihat je. How are you, Elle? Anak bertuah mummy ni pandai betul simpan rahsia! Kalau tak sebab dia kantoi tak ada di London, maybe sampai sekarang mummy tak tahu dia dah ada pilihan hati!” Seakan tidak kekok, mummy Aidan membahasakan dirinya sebagai mummy denganku.


Aku sekadar senyum, wajah sudah memerah. Nampaknya aku dengan Aidan dua kali lima sahaja. Berahsia dengan ahli keluarga masing-masing. Bila sudah kantoi baru mahu membuka cerita.


I’m fine, auntie. Kami dah lama berkawan tapi baru je declare,” Rasa segan itu aku cuba hilangkan, selamba saja cakap kami baru declare.


“Apa auntie-auntie? Mummy lah, Elle kan bakal isteri Id.” Datin Anastasia menepuk bahuku dengan lembut. Wajahnya mesra dengan senyuman.


“O-okey, mummy.” Aku mengangguk.


“Hai mummy, dah nampak bakal menantu terus lupa anak sendiri ke?” Usik Aidan yang sejak tadi mendiamkan diri.


Datin Anastasia yang bertudung selendang warna ungu pastel menjeling anaknya. “Mestilah, ini kali pertama mummy jumpa Elle. Kasi chance lah eh? You duduk diam-diam!”


Melongo aku mendengarnya. Aidan meletuskan tawa.


Fine, mum. Treat her properly, Id nak kahwin dengan dia je, no one else.” Tanpa segan silu dia memberitahu.


Aku langsung tidak berkata apa, semakin kelu dengan bicara dari Aidan.


Wow, so protective huh? Jangan risau, I’m not your typical Malay drama punya mak mertua. Elle jangan takut eh? Mummy nak berkenalan dengan you aje. Anak mummy ni yang takut sangat!”


“Mestilah, risaulah mummy takut-takutkan dia ke apa. Nanti siapa nak kahwin dengan Id?” 


Amboi! Depan aku, Aidan sudah tidak membunyikan hasrat untuk mengahwiniku. Eii! Malulah aku dengan mummynya! Perangai siapalah dia kutip ini? Ah risau!


I can’t believe I hear this now, darling!” Suara garau seorang lelaki membuatkan kami semua memandang ke arah ruang masuk ke ruang tamu itu. Bapa Aidan, Dato’ Syed Arman melangkah ke arah kami dengan berpakaian formal. Pasti beliau dari firma guamannya.


“Assalamualaikum, Dato’.” Ini merupakan pertemuan kali ketiga, namun pertemuan kali ini di luar kawasan firma guamannya. Bukan sebagai klien dari syarikat aku sedang bekerja, sebaliknya sebagai bakal mertua.


“Panggil je daddy, bukan orang lain dah nanti. Future father in-law Elle juga,” Ujar Datin Anastasia dengan selamba.


Ah, I see. Kita pernah berjumpa sebelum ini di firma. So you’re Id’s girlfriend?” Dato’ Syed Arman sudah mengambil duduk di sebelah isterinya. Wajahnya kelihatan mesra. 


Aku mengangguk


“Patutlah beberapa bulan ni rajin fly ke sini,tengah sakan bercinta rupanya…” Dato’ Syed Arman berkata seraya menatap wajah isterinya.


“Abang, look how beautiful is she? Akhirnya laku juga anak kita ni. I ingat tak ada harapan dah!” Seloroh Datin Anastasia dengan tawa.


Suaminya mengangguk dengan wajah senang hati.


Aku dan Aidan saling berbalas pandangan. Tidak tahu hendak balas apa.


*****


SELESAI makan tengahari dan solat zohor di rumah keluarga Aidan, aku bersiap untuk pulang ke pejabat semula. Waktu rehat pun tidak lama mana. Aku sempat mesej rakan-rakan sepejabatku untuk memaklumkan yang aku mungkin tiba lewat dari kebiasaan. Seperti biasa, Dilla dan Kamelia akan mengusikku kerana pastilah mereka tahu dengan siapa aku keluar tadi.

Semuanya bukan rahsia lagi jadi aku tidak kisah.


Aku dan mummy Aidan sedang berbual tentang Aidan yang gemar makan pedas.


“Aidan ni ikut daddy dia. Mummy? I’m an English lady through and through, tak tahan pedas walaupun dah tiga dekad kahwin dengan daddy.” Mummy Aidan siap gelak selepas berkata begitu.


“Senanglah Elle nak masak untuk anak mummy ni, lidah dan tekak orang Melayu. Dekat London sana, paling rajin pun dia masak mac and cheese, or pastas yang senang nak dimasak. Kalau mummy hantar stok makanan, adalah. Balik rumah family pun nak masakan Melayu. Masa kecil-kecil dulu elok je makan apa yang mummy masak.” Cerita Datin Anastasia lagi.


“Mummy… malulah Id. Semua nak spill!” Aidan seakan tidak rela dirinya menjadi topik perbualan oleh mummynya.


Aku gelak tanpa suara, suka melihat teman lelaki sendiri tidak senang duduk dengan cara mummynya yang seolah mahu berkongsi segala rahsia tentang dirinya denganku. 


Aku perasan yang Aidan tidak banyak bercakap sewaktu bapanya ada. Ketika kami makan bersama-sama pun, Aidan sekadar bercakap ala kadar. Mungkin benar ada krisis antara mereka anak beranak. Sebagai orang luar, aku tidak mahu menyibuk.  


Aidan dan Dato’ Syed Arman mengikuti kami berdua dari belakang.


Sampai di hadapan pintu, aku bersalaman dengan mummy Aidan, belum sempat aku melepaskan tangan, Datin Anastasia menarik aku ke dalam pelukan. Aku terdiam dan membalas pelukannya. Senyuman terbias di bibirku.


“Nanti datanglah lagi, mummy nak juga sembang lama-lama dengan Elle. Pergi keluar makan ke apa. Mummy ada sebulan dekat sini. I’m very happy to see you, darling.” Pesan Datin Anastasia sebelum aku berangkat pulang.


Dalam perjalanan pulang, aku termenung memikirkan mengenai pertemuan hari ini.


Lain sungguh dari apa aku fikirkan awal tadi. Mummy Aidan, Datin Anastasia tidak menunjukkan sebarang reaksi tidak selesa atau berwajah sombong kerana statusnya yang lebih tinggi. Bapa Aidan, Dato’ Syed Arman pun begitu. Ada senyuman mesra di wajahnya, layanannya terhadap diriku juga baik. Kami ada berbual mengenai perihal diriku dan keluargaku. Mereka turut berminat untuk berjumpa dengan keluargaku.


Semoga ada khabar baik untuk aku dan Aidan.


_________________

Author's Notes:

Long chapter... harap semua suka... dan tak rasa cringe 😭
Kita dah rolling on the bed baca untuk double check HAHAH 👀❤️

Like, comment dan share kalau tak keberatan hehe.

Enjoy reading!

xoxo, linaellenia.